h1

David Archuleta: Live in Malaysia

April 13, 2009

Wassup guys… Sabtu lepas, dalam pada aku sibuk nak siapkan kerja yang memerlukan bantuan bespren aku Ehsan… sempat jugak lah aku mengembara ke Sunway Lagoon semata-mata nak tengok konsert David Archuleta.. aku dapat tiga tiket.. so, apa lagi kan.. pegilah kejap.. lagipun ehsan ader hal plak petang Sabtu tuh….

so, konsert atau boleh dikatakan mini showcase petang tuh bolehlah dikatakan berbaloi.. Archie nyanyi enam lagu jer… itu pun setelah tunggu berjam-jam, dia nyanyi tak sampai pun setengah jam… yerlah.. dah namanya pun mini showcase jer pun… tapi still superb!!! confirm lepas nih kalo dia buat konsert betul2 kat Malaysia aku akan pergi!! huhu..

ok lah.. enjoy the pics..

p1070428

“dapat amik gambar dgn bunting jer…”

p1070451

“konco2 gua..”

p1070460

“aku rasa dalam 5000 orang kot yang bersesak kat ampitheatre nih”

p1070472

“Archie tgh nyanyi…”

p1070476

“terserempak lak ngan Paan n member dia… apa lagik bergabung tenaga lah kitorang”

p1070505

“Paan berangan nak amik gambar dgn Archie.. dgn gua pun jadilah.. katanyaa..”

h1

Hilang???

April 10, 2009

wassup guys… ini entry pertama aku untuk bulan April tahun nih… huhuhu… takder cerita nak story mory ngan korang..

tapi aku ader citer sket.. huhuhu.. kisah mencarik handphone aku yang HILANG.. hahaha.. menakutkan!!!

macam nih, semalam aku balik agak lewat jugak la.. dalam dekat pukul 6pm baru gerak dari opis.. sampai rumah, terus mandi semua dan bersedia untuk tengok result Americon Idol.. bila aku nak grab Hp.. baru aku perasan Hp aku takder… terus aku capai kunci kereta and pegi check kat kereta kot2 tinggal… jantung aku berdegup pantas bila kat dalam kereta takder…

cuak mula menguasai diri… aku terus pantas berjalan menaiki lif dan masuk semula ke rumah… (dramatic gila..) aku terus pinjam Hp hasrul dan try call… ader tone tapi takder orang angkat… call kali kedua still takder org angkat… hati aku kata mesti tertinggal kat opis sebab kat umah takder bunyi pun time tuh dan aku dah carik sekeliling tapi tak jumpa..

“Hasrul.. Jom teman aku pegi opis.. aku rasa tinggal kat opis…” maka dengan track suit dan Tshirt ntah hapa2 aku pakai, dengan hasrul pun tak salin baju opis (kiranya tak mandi lagi la…) kitorang memecut ke Putrajaya dengan kelajuan cuba mengatasi kelajuan cahaya dengan harapan HP aku masih di sana…. setibanya di opis…. takder jugak HP aku… aku tanya kat office mate yang masih kat opis… diorang tak dengar pun bunyi HP dan tak dengar pulak kecoh2 pasal jumpa Hp dan sebagainya…

aku semakin cuak.. tapi masih bertenang… last destinasi aku sebelum balik adalah di bilik Mei and Shaznee… aku call Mei tanya kot2 dia bawak balik.. dia cakap takder.. aku try call Shaznee dengan harapan dia terbawak balik sebab Hp kitorang sama jenis… tak dapat pulak sebab dia ader latihan bola jaring… aku cool and aku ajak hasrul balik…. aku sms Shaznee guna HP Hasrul suruh dia call number Hasrul ASAP..

OTW balik, aku dah semakin risau bila tak dapat lagi call Shaznee.. kitorang singgah apsar malam kerana pencarian HP nih menyebabkan usus kitorang lapar.. (masih bernafsu walaupun tgh risau…) sampai pasar malam, shaznee call and aku tanya pasal Hp aku.. dia selongkar beg n kereta dia dan jawapan yang aku terima adalah Hampa belaka… aku dah semakin stress..

Hasrul cuba tenangkan aku yang HP aku mesti ada sebab ader ringing.. kalo ader org curik, mesti dah off dan buang sim kad… aku positifkan diri..

kitorang sampai rumah…. Black menunggu penuh rakus di ruang tamu dan terus grab air kepala kelapa yang dia pesan kat hasrul.. ”HP Dolce hilang uols” kata Hasrul… “Eh.. tadi saya macam dengar bunyi HP Abg Bob banyak kali” respons Black…

Aku terus terjah ke dalam bilik…. rupa-rupanya HP aku bersembunyi

DI DALAM POKET SELUAR KERJA AKU!!!!  

Aku lafazkan rasa syukur pada Ilahi sambil dihanjing secara teruk oleh Hasrul tanpa henti…. dengan muka selamba dan hati yang kembali tenang… aku ke meja makan dan mulakan santapan yang aku beli di pasar malam… tanpa pelawa dan menunggu Hasrul yang baru jer nak mandi….

SEKIAN…

p/s: kenapa aku tak dengar bunyi HP aku masa aku carik kat umah sebelum aku kuar dgn Hasrul pegi carik kat opis.. sedangkan ringtone sangat kuat… hmm…. 

h1

Vacation@ Bandung & Jakarta – Part II

Mac 31, 2009

wassup guys.. sorilah lambat buat entry Part II nih.. maklumlah.. asyik sibuk memanjang… mcam yang aku bgtau sebelum nih.. Kitorang pegi Jakarta after kitorang pegi Bandung… basically, kitorang ader 1 malam jer untuk stay kat Jakarta.. nak dijadikan cerita, dek kerana mengharapkan hotel yang murah dan berdekatan dengan Mangga Dua, kitorang telah menjelajah ke kawasan yang amat mengerikan, menggelikan dan seribu satu macam perasaan yang tidak terlalu gembira buat aku…

Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, Jakarta nih amat besar.. penduduk di Jakarta menyamai penduduk di Malaysia… ader Jakarta Barat, Jakarta Timur, Utara, Selatan dan Jakarta Pusat… kitorang stay kat area Jakarta Barat iaitu area Mangga Besar… Hotel Royal Regal.. rupa-rupanya, kawasan area Mangga Besar tuh, aderlah kawasan pelacuran yang paling famous kat Jakarta… Malam jer, penuh dengan orang yang nak melanggan dan dilanggan.. patut pun hotel murah, walaupun vogue…

tapi, macam aku kata tadik.. yang exclusive aderlah area Jakarta Pusat.. tapi sebab kesuntukan masa, ditambah dengan traffic jam yang sangat dasyat di Jakarta, kitorang lepak2 kat hotel dgn pegi area Mangga Dua Shopping Complex jer.. Honestly, Mangga Dua nih tidaklah se ‘vogue’ yang disangkakan…. better kat Bandung lagik… banyak outlet kedai yang tutup.. dan sangat bosan…. so, kalo korang nak shopping, pegi jer Bandung… Mangga Dua takder apa….

ok lah… malas nak merepek panjang.. here the pics..

dsc_0070

“indahnya Jakarta Barat”

dsc_0071

“mengerikan…”

dsc_0087

“posing sebelum berjaya melintas jalan”

dsc_0088

“Mangga Dua WTC yang dibanggakan tapi nothing!!”

dsc_0090

“uuuhhh… Lazizah..”

dsc_0132

“akak jual beg yg malu tapi mau”

dsc_0119

“DVD yang murah gilos.. sekeping = RM1.50″

dsc_0143

RP25000 = RM7.50… mahal kan t-shirt tuh??”

h1

Filem@”Talentime”

Mac 30, 2009

taelntime-poster

Wassup guys… kali nih aku nak review filem Talentime plak.. aku tengok citer nih dengan housemates, exhousemate n fazura pada 26 Mac lepas tayangan Midnite… huhuhu.. gigih betul kitorang semata-mata nak tengok karya terbaru Yasmin Ahmad nih..

Hmm.. macam mana aku nak review filem nih ek… ok lah.. aku akan bagitau 5 perkara yang aku suka dan   3 perkara yang aku kurang suka pasal filem nih..

Suka

  1. Aku sangat suka dengan lakonan Mahesh dan Jaclyn Victor… bagi aku sebagai pelakon yang baru pertama kali berlakon filem, lakonan mereka tidak mengecewakan.. especially Jac yang sangat menjiwai watak dia.. sangat natural dan tidak overacting…
  2. Aku suka dengan lagu2 soundtracks yang melatari filem nih… Suara Aizat memang kelasss menyanyikan lagu2 yang dicipta untuk filem nih.. takder satu lagu pun yang aku rasa bosan walaupun dinyanyikan secara full song.. Syafie pun pandai melakonkan secara miming macam memang dengar lagu tuh dia betul2 nyanyi… hahaha…
  3. Aku suka dengan idea yang menimbulkan persoalan di awal, dan persoalan dijawab kemudian… contohnya bila keluarga Melur ada Maid berbangsa Cina yang akan menimbulkan persoalan di awal cerita dan akhirnya akan membuat kita tersenyum setelah mendapat jawapan di hujung cerita…
  4. Aku suka dengan satira yang cuba diketengahkan dalam filem nih… pertembungan budaya dan permasalahan dikalangan bangsa.. persoalan kasta dan agama… dan seperti biasa trademark Yasmin tentang Cinta dan kasih sayang yang boleh menjelma dengan apa jua situasi dan pelbagai keadaan serta cara.. sangat Kemas!!
  5. Aku suka dengan skrip yang dituturkan oleh pelakon.. terutamnya yang berbahasa inggeris.. all the poetics phrases… such a wonderful words when it was uttered by the Melur’s siblings especially adik dia yang 2nd tuh… sapa nama dia?? Melati kalo tak silap… OMG.. her accent so sedap!!!

talentim-1

“Mahesh dan Melur”

Kurang Suka

  1. Aku kurang suka bila Syafie speaking English.. nampak sangat beza bila dia menyanyikan lagu inggeris dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.. He should practice more on his ability to speak with right pronounciation… nampak sangat fake.. yerlah.. bila nyanyi meletup… bila cakap… euww… tapi aku tau, dia dah cuba.. cuma lepas nih kena berlatih lagik.. pegi belaja dengan Fatimah Abu Bakar n Family… gtew…
  2. Aku kurang suka bila ader beberapa part yang agak kurang sesuai ditonton atau didengar oleh kanak2 bawah umur.. sebab cerita nih kategori U… contoh, hand symbol yang ditunjukkan oleh Mahesh dan juga beberapa dialog yang aku rasa tak perlu pun takper.. itu hanya pandangan aku… (abisla ramai yang hentam..)
  3. Aku kurang suka bila watak kahoe tak digarap dengan lebih lama atau sempurna… setahu aku dalam filem nih ader 3 watak yang boleh dikatakan penting la.. iaitu mahesh, hafiz dan kahoe… mahesh dengan hafiz ok la.. tapi kahoe macam something missing.. watak dia macam sekejap sangat… ooppss… hehehe…

Keseluruhannya, seperti biasa karya Yasmin Ahmad sangat menarik untuk ditonton.. tapi, secara peribadi… ini bukanlah karya yang paling saya minati berbanding dengan karya2 sebelumnya… namun, masih layak untuk menjadi antara filem terbaik.. cubaan yasmin untuk mengetengahkan bakat baru tidak menghampakan… maka, saya seru seluruh rakyat malaysia untuk emnonton filem ini kerana saya pun nak menonton sekali lagi…

Rating:- 4 1/2 bintang….

h1

Vacation@Bandung & Jakarta – Part I

Mac 17, 2009

Perancangan awal adalah tujuh orang kesemuanya untuk percutian kali ini… tapi dua orang (ayoi n paidin) tak dapat pergi atas komitmen yang tak dapat dielakkan.. so, siri jelajah ke Bandung dan Jakarta kali ini hanya melibatkan kami berlima.. laksana lima bersaudara terbang mencari cinta di Tanah Jawa… cewahh…

Basically, kitorang pegi sana 4 hari 3 malam jer… dua malam di bandung dan cuma malam terakhir di Jakarta… Honestly, memang memenatkan… Nasihat aku yang paling utama, kalau anda ada 2-3 malam jer… janganlah pegi dua tempat sekaligus.. so, we will learn from this mistake this time.. sepatutnya, 3 malam tu kami penuhi di Bandung sahaja.. dan Jakarta mungkin lain kali kerana kekangan masa amat ketat sekali… Akhirnya, kat Bandung tak habis explore… kat Jakarta tak cukup masa dan tak cukup duit sebab dah habis belanja kat Bandung.. lagi pun, Jakarta tu amat besar.. dan korang ader masa sehari jer nak explore.. so bayangkan!!! pasal duit.. ni nasihat aku yang kedua.. perbelanjaan memang kena rancang dengan rapi dan teliti… bak kata Faizi yang mana aku amat bersetuju… bila semua benda murah kat sana, jangan bawak duit sikit… sebaliknya, bila barang murah lah yang korang kena bawak belanja lebih untuk shopping habis-habisan…. yerla.. bak aku kata tadi, kitorang dah gila habiskan duit kat Bandung.. then bila dah kat Jakarta makan angin dgn asap jer la… hahahaha….

ok.. aku mulakan Part I nih dgn Bandung…

10  11 Perkara yang anda harus lakukan bila bercuti ke Bandung

  1. Explore semua Factory outlet yang ader.. kalo boleh jangan miss satu pun… korang boleh berjalan kaki sepanjang Jalan Dago n Jalan Riau untuk pergi ke Factory2 outlet nih… jangan jalan jer.. shopping sekali..
  2. Pergi ke Tangkuban Perahu… iaitu kawasan kawah gunung berapi… cantik gila dan sejuk gilaa…
  3. Shopping Jeans kat Cihampelas…. Sepanjang jalan tuh kedai jual Jeans jerrr…
  4. Pergi ke Pasar Baru untuk shopping kain ela ker.. kain lace untuk kawin ker atau beg2 imitation yang boleh ditawar…. lupa plak.. kalo shopping kat Factory outlet “Fixed price”…
  5. Jalan2 carik makan n lepak2 kat “Paris van Java”… Shopping complex yang paling vogue kat Bandung.. untuk lepak2 ok la.. shopping mahal sebab shopping mall plak…
  6. Dekat area Tangkuban Perahu tuh ader banyak ladang strawberi.. korang boleh singgah dan petik starwberi dan makan… bezanya dengan kat malaysia… harga yang murah gila.. dan strawberi manis dan besar2… serius beb…
  7. Jangan lupa explore makanan kat sini… masakan padang ader.. masakan sunda ader… snek paling famous aderlah “Batagor”… tapi aku tak sempat nak rasa… huhuhu..
  8. kalo korang pegi Tangkuban Perahu, on the way balik ko suruh lah supir bawak korang makan kat Kampung Daun… Masakan Sunda dengan Environment yang sangat “Istimewa”… yang nih wajib pegi.. walaupun makanan dia mahal sket.. tapi korang akan puas hati…
  9. kat Bandung DVD murah gila… sekeping jatuh dalam RM1 – RM1.50…. kat Jakarta pun ader.. tapi kat Bandung lagi banyak.. cakap jer nak apa.. memang boleh borong beb….
  10. Malam2 korang leh lepak kat Dago Plaza(which very near to my hotel) untuk cuci mata n tgk gelagat anak2 muda bandung… nak clubbing pun ok.. sangat happening sebab, Bandung nih Kota Muzik dan Kota Fesyen di Indonesia… so, What do u expect???
  11. Jangan lupa pegi Kartika Sari dan Rumah Mode…. Kartika Sari untuk beli snek2+kek2 yang sedap2.. Rumah Mode adalah factory Outlet yang paling famous kat Bandung…. 

banyak lagi… tapi tak larat dah nak citer… Part II nanti aku citer pasal Jakarta plak… so, here Enjoy some pics…

dsc_0126“Taufik kat depan hotel kitorang kat Bandung”

dsc_0135“makanan pertama kat Bandung… Masakan Padang..”

dsc_0150“Pengembaraan bermula..”

dsc_0165“Kartika Sari”

dsc_0242“Tangkuban Perahu”

dsc_0287“sejuk giloss kat Tangkuban Perahu.. dengan Pak Rahmad, Driver merangkap Tourist Guide”

dsc_0313“Makan kat Kampumg Daun”

dsc_0369“Masakan Sunda di Kampung Daun”

dsc_0406“Rumah Mode: Wajib pegi..”

dsc_0480“Paris van Java”

dsc_0478“Paris van Java yang sgt cantik..”

h1

Kentut Lu…!!!

Mac 6, 2009

gua dapat email daripada kawan skool gua pasal benda nih.. Haslina nama dia.. ada yg nak kenal?? bukan apa.. kalo pompuan antar email pasal kentut la apa la… mesti lu orang leh agak kan kwn gua nih mcm mana?? hahahahaha… jgn marah cik haslina….

enjoy reading!!!

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara ‘transmitter’ dengan ‘receiver’. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender… Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet. yang disebut “morning thunder”. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak… sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada… konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu`alam

h1

Filem@’Slumdog Millionaire’

Mac 3, 2009

slum-dog-millionaire

“The best scene.. Amitabh Bachan!!!!”

wassup guys… dah lama gak aku tak buat entry baru… maklumlah… 4 hari kat oversea.. gtew.. aku mulakan update aku dgn review filem nih.. lagi pun aku dah janji dgn abg Ajami untuk tonton filem nih dan buat review..

bagi aku.. filem nih HEBAT!!! walaupun aku tak berapa suka direction filem nih sebab kadang2 agak sedikit kalut.. tapi secara keseluruhan filem nih mmg layak untuk OSCAR… tak perlu idea yang complicated.. cerita nih hanya mempertaruhkan perjalanan kehidupan seorang yang bernama Jamal dari kecik sampai dia besar… sangat kreatif.. lepas menonton filem nih buat aku terfikir, filem atau drama yang baik adalah yang menceritakan apa yang benar-benar berlaku dalam kehidupan di dunia ini yang mungkin kita tak pernah sedari..

slumdog_millionaire

“Lakonan tiga2 generasi mmg mantap…”

macam filem nih.. sisi kehidupan yang sangat daif di India, puak pelampau agama dan sanggup buat apa saja untuk hidup menjadi pertaruhan…  apa yang menarik, perjalanan hidup Jamal adalah medan untuk mengetahui tentang banyak perkara sehingga boleh menjawab soalan dalam “Who wants to be millionaire”… mudah kan?? tapi banyak benda yang tersirat… bila Anil Kapoor menuduh dia menipu dalam game show tersebut menunjukkan bahwa org yang kasta rendah seperti Jamal takkan boleh menjawab soalan2 yang sukar…

tapi aku suka bila “interrogation”… Jamal just cakap “You dont have to be smart”…

This film bagi aku sangat amazing… aku bagi 5 star…

h1

Filem@”Geng: Pengembaraan Bermula”

Februari 20, 2009

Betul ke orang kata filem “Geng: Pengembaraan Bermula” tuh BEST???

Upin&Ipin: Betul….betul….betul…

Betul ke BEST???

Aku: Betul..betul…betul..

poster-geng

“korang dah tengok ker lum??”

wassup guys… actually aaku baru jer dapat peluang tengok citer nih Rabu lepas… after work terus pegi tgk.. kiranya mengubat jugak lah kekecewaan aku kerana gagal mendapatkan tiket pada cuti sabtu ahad yang lepas.. yang aku heran tuh, walaupun bukan hari cuti, punggung panggung kat Alamanda untuk citer Geng nih still penuh.. mana datangnya org aku pun tak tahu… nasib baik aku dah booking 2 tiket awal2… hehehe…

ermm…. kalo nak buat sinopsis dah ramai buat sinopsis.. kalo nak puji lebih2 dah ramai org puji lebih2… kalo nak kutuk lebih2, nanti org marah takder benda pun nak kutuk lebih2… so, apa aku nak komen ek?? hmm.. macam ni lah… keseluruhannya, aku suka kat filem nih… walaupun animasi, tapi rasa macam tgk lakonan makhluk hidup plak.. aku tau bajet Filem nih cuma RM4 juta.. dengan budget sedemikian, aku berbangga dengan filem nih… cuma, kalaulah diberi budget lebih… aku harap benda2 berikut dapat dijadikan lebih hebat:-

  1. aksi kat dalam gua tuh tak berapa best sebab nampak terlalu kartun.. dan gambar pun agak gelap.. ular tuh tak ngeri sangat dan nampak macam robot.. kalo benda nih diperbaiki sure lebih meletup..
  2. kadang2, pergerakan beberapa watak nmpak macam kayu dan terlalu robotik.. contohnya watak Sally… kalo korang perasan tangan dia dah macam “pinochio” aku tgk.. ini pun kalo dapat diperbaiki sure lebih meletup…
  3. hmm.. yang nih hanyalah personal feeling.. aku rasa lagu yang dijadikan background tak berapa sedap… especially lagu masa org kampung nyanyi ramai2… mcm tak berapa ngam la.. aku rasa kalo letak lagu lenggang-kangkung pun lebih feeling.. ntahla.. itu apa yg aku rasa laaa….

selain daripada tiga perkara kat atas… aku rasa Filem nih aderlah filem wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia tak kira apa jua bangsa… kerana bagi aku filem nih mmg menggambarkan betapa kita hidup dalam harmoni berbilang bangsa.. and then, aku setuju dengan apa yg abg Ajami kata dalam review dia… The first “10 minutes”…. pengenalan watak penting bagi aku meggambarkan filem nih setanding dengan animasi hollywood…

cayalah!!!! aku bagi 5/5 bintang…..

h1

Batch 2000 – Memori Indah

Februari 16, 2009

3773_001

Di sini jua memori tercipta… walau seketika terjalin kasih kita… mungkin di sini kita kan berpisah… kenangan bersama takkan ku lupa…

SHAMS Batch 2000 – satu memori yang akan diingati sampai bila2…

I miss all the memories…

p/s:- korang carik lah.. yang mana satu aku?? hehehe…

h1

Top 36 American Idol 8 – What???

Februari 13, 2009

Wassup guys yesterday I watched American Idol season 8 which the final judgment to choose Top 36 was held… Honestly guys, from the beginning my favourite are Jamar Rogers and Danny Gorkey… But more to Jamar… surprisingly, Jamar didn’t make it!!! OMG, these 4 Juries were gone crazy when kicked out Jamar and dramatically, picked candidates which I can say having a mental problem and not talented at all…

Nick@Norman – this guy had an identical crisis during his performances… This is the American Idol and not “Last Comic Standing”… when he get through, I just wonder what his extra talent compared to Jamar???? Voice?? Definitely not!!

Nathaniel – this is another one that we can call “adek-adek” picked by the Juries to be in TOP 36… OMG… the way he look, the way he sing, the way he dress…. very2 horrible… Picked him as one of the TOP 36, make Season 8 has no standard at all…

Tatiana – She is crazy… crazy girl has been chosen as one of the TOP 36… Simon disagree… and I totally agree with Simon… How come other three juries can be attracted with her craziness?? Believe me guys, this woman is crazy….. MENYAMPAH!!!!

I’m done!!!

Chiao!!!