
‘Puisi untuk Yasmin Ahmad’ by Azean Irdawaty
Julai 31, 2009Payah sungguh lena menyinggah ke mata
Payah lagi hati ini nak sembuh luka
Kekosongan padat di ruang rasa
Tak tau arah mana nak menghala
Rindu ini semakin pilu
Sunyi menghiris bak sembilu
Aku hanya mampu beristighfar memohon kudrat
Kerana aku tak kuat menerima hakikat
Aku kehilangan sahabat…
Tatkala aku habis membaca puisi ini.. air mata mula bergenang.. sememangnya puisi ini lahir daripada Insan yang betul2 mengenang segala jasa dan keikhlasan seorang manusia yang bernama Yasmin Ahmad..
Terima kasih Azean Irdawaty… Moga puisi ini membuka mata mereka yang penuh hasad dengki dan iri hati terhadap Yasmin Ahmad selama ini..
Al-Fatihah…
im touched!!
awis: sama2 kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat..
AlFatihah…
awis: Ameen..
Salam Ramadhan…Banyakkan amal dan Ibadah..