h1

Cerita dari Tronoh…

Julai 30, 2009
  1. Jumaat malam lepas aku gigih berdua dengan Rita Ridwani de Camelia Amour berlepas ke Tronoh dengan menggunakan my “5563″ untuk memeriahkan Debat Alam Sekitar 2009 di UTP. Perjalanan menhambil masa agak sedikit lama kerana kami berdua mmg tak pernah menjejakkan kaki di bumi Tronoh sebelum ini. Hasilnya- bertolak jam 8.30mlm dari Putrajaya dan tepat jam 12.00 mlm kami selamat tiba sampai di tempat penginapan di APBM.. itu pun setelah kami tersalah sangka sebuah bangunan yang meriah dengan lampu2 diingatkan APBM rupa2 nya.. tempat ibadah bagi mereka yang beragama Hindu….
  2. aku cuma 2 hari di Tronoh.. Sabtu dan Ahad.. agak kecewa kerana tak dapat nak bersama2 Akasian sampai ke penghujung perkampungan.. team Akasia kandas di peringkat Suku Akhir selepas ditewaskan oleh pasukan yang menjadi Johan edisi kali ini iaitu UPM.. aku agak sedikit sedih dan ralat terhadap diri aku sendiri kerana di saat mereka memerlukan aku di sisi, aku tiada bersama mereka… apa yang boleh aku buat, kalo itu dah tuntutan kerja yang tak dapat aku halangi…
  3. 2 hari di bumi Tronoh, penuh dengan campuran emosi… gembira, suka, takut, sedih dan macam2.. tapi lebih kepada kegembiraan.. aku gembira dapat meluangkan masa dengan dunia debat yang dah lama aku tak ikuti sejak ASTAR yang terakhir… aku gembira dapat jumpa kawan2 lama dari IPT yg lain.. lama tak berjumap dan bertanya khabar, macam2 kisah yang dikongsi.. paling best, Mont UiTM mungkin akan bersama2 aku untuk audition Biggest Loser Asia nanti.. yang paling dirindui Amlah UiTM.. lama gila tak jumpa adik aku sorang nih… Amlah, tak kurus pun… gteww.. benda yang paling happy apabila Diva 4 serangkai melakukan aktiviti mencemar duli di bumi Ipoh.. terkejut warga Ipoh melihat kehadiran kami.. ditambah dengan sesi rakaman suara Awan Yang Terpiu dan Gemilang sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Tronoh pada malam hari… hahahaha.. so, much fun..
  4. Bangga – aku tak dapat nak elakkan daripada melahirkan perasaan bangga dengan adik2 Akasia… dah lama aku tak tgk spirit dan passion dalam debat sebegitu rupa.. baik daripada mereka yang berdebat, sampailah kepada yang tolong belikan air minuman.. semua bergabung tenaga… adik2, teruskan semangat yang macam tuh sekiranya ada peluang… 4 kemenangan di pusingan awal adalah standard yang aku rasa perlu di jadikan standard minima selepas2 ini.. usaha perlu dilipat ganda andai seribu kejayaan kita inginkan.. kekalahan pada kali ini, adalah kekalahan aku juga kerana mungkin bantuan yang aku berikan tak cukup untuk kalian.. sesungguhnya, itu jer yang termampu… namun InsyaAllah, kalau diizinkan Tuhan dan diizinkan kalian, aku akan lipatkan usaha agar kalian bukan pendebat yang biasa.. tapi pendebat yang tinggi aura dan luar biasa di mata ‘mereka’…. Ameen…
  5. Tronoh – sememangnya, kalau tiada acara atau aktiviti, nescaya aku takkan menjejaki… apa yang akuboleh katakan, aku takkan ke sana lagi untuk bercuti… hahahahaaha…. yang penting, aku rindu breakfast kat warung tepi jalan sebelum sampai UTP tuh.. apa nama dia Azwan?? warung apa ntah…

ok lah… selesai ulasan ringkas dari Tronoh…

Tinggalkan Komen