Wassup guys…. lamanya la aku tak mengaktifkan diri dalam dunia blog nih.. di samping alasan hidup yg sentiasa bz, gelombang Facebook seakan2 telah melenyapkan minat aku untuk ber’blogging’ semakin menipis.. tapi skrg tiba2 plak rasa rindu.. mungkin dah lama tak bercerita serta berkongsi rasa dan cerita kepada anda semua yang mungkin kerap menjadi pembaca setia blog aku nih… cewahh..
kalo ikutkan byk gak cerita2 serta aktiviti yang ingin aku update kat sini.. tapi tgkla macam mana.. bergantung kepada kerajinan untuk menaip dan kelapangan masa juga..
hmm… apa ek?? aku sekarang agak kesunyian kerana tinggal sorang kat umah sewa aku kat Bangi.. Hasrul housemate aku sambung blaja kat USM… tapi, dia kata kalo takder aral, mungkin dia akan memenuhkan masa kat Bangi sebab kelas cuma 2 hari seminggu… berita yang agak gembira bagi aku.. at least most of the days dia ader kat Bangi.. harap2 rancangan menjadi la.. at the same time aku masih menunggu jawapan beberapa org untuk menghuni Teratak 741 kitorang… kalo positive, maknanya akan bertambahlah housemate dan perkara itu juga akan memberi kegembiraan kepada aku dan hasrul.. harap2 positivelah.. bukan apa, kitorang agak particular dalam nak carik housemate.. maklumlah, Teratak 741 kitorang bukan typical rumah bujang yer… kelengkapan semua cukup ditambah pulak dengan dekorasi ala2 Eric Leong oleh Hasrul.. makan hati lah jugak org kalo tgk umah kitorang.. gteww.. so, payah gak la nak carik housemate yg menepati kriteria kami berdua… huhuhu…
hmm.. aku jugak dah pindah bangunan baru… kerja masih sama.. belum tukar lagik (nak tukar ker??)… cuma bangunan jer yg baru.. dekat dengan PICC.. Alhamdulillah.. aku dapat bilik sendiri… cuma dah tak havoc macam dulu la.. sebab masing2 dah duk kat bilik jer.. buat kerja katanya… so, hubungan mesra sesama jiran masa duk kubikal dulu agak kurengg sket.. skrg nih kalo nak bergosip bercerita pun guna FB jer.. canggih tak?? hahaha.. so bosan..
nih bilik baru aku.. ok tak??



hmm… ok lah.. nanti aku update kat post2 seterusnya…
chow!!!