h1

“KITA”

Jun 23, 2009

KITA pernah menjalin satu hubungan yang erat penuh ukhuwah.. Memang benar kadang-kadang KITA marah, kecil hati dan ada telingkah.. Tapi selalunya KITA cepat mengalah.. KITA biarkan perhubungan KITA itu musnah.. KITA tahu ada “api dalam sekam” yang menjadi punca KITA bertelagah.. Tapi KITA asyik buat tidak endah.. KITA biarkan perhubungan KITA menjadi parah.. sedangkan tanpa KITA ketahui KITA telah biarkan “api” itu menang dengan mudah.. akhirnya perhubungan KITA terus seperti “retak menanti belah”.. sedangkan yang menjadikan KITA begini sedang ketawa berdekah-dekah..

KITA tahu dan KITA sedar bahawa antara KITA masih memerlukan.. tapi KITA mungkin sudah hilang semangat kekeluargaan dan keKITAan.. KITA tahu yang KITA sentiasa bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan kemenangan.. tahniah KITA ucapkan.. tapi bukankah lebih indah kalau kejayaan KITA diraikan dengan rendah diri dan rendah hati mengirimkan salam kemaafan??

KITA tahu yang KITA ada potensi dan kemampuan diri.. tapi KITA perlu sedari yang perkara itu sentiasa dibaluti dengan ego dan iri hati.. dunia ini KITA tidak boleh iktiraf diri sendiri.. kerana KITA perlukan sesuatu sebagai pemangkin untuk mengukur kemampuan KITA sendiri.. dunia KITA ini adalah keluarga yang perlu dibajai.. dalam keluarga apa yang selalu KITA perlukan untuk memajukan diri?? nasihat menasihati dan sayang menyayangi..

hanya luahan rasa dan bicara… untuk KITA fahami tentang erti KITA dan menjadi bekalan untuk KITA menjadi dewasa…

p/s: bingkisan madah KITA ini hanya ditujukan untuk KITA.. KITA tahu ini adalah untuk KITA bila KITA faham erti KITA dan tahu KITA adalah KITA…

4 comments

  1. Singgah sahur

    awis: singgahle..


  2. “People have scars in all sorts of unexpected places. Like secret road-maps of their personal histories… diagrams of all their old wounds. Most of our old wounds heal leaving nothing behind but a scar, but some of them don’t. Some wounds we carry with us everywhere… and though the cuts long gone… the pain still lingers. What’s worse, new wounds which are so horribly painful… or old wounds that should have healed years ago and never did. Maybe our old wounds teach us something… they remind us of where we’ve been and what we’ve overcome. They teach us lessons about what to avoid in the future. That’s what we like to think. But that’s not the way it is, is it? Something’s we just have to learn over and over and over again.”

    awis: hmm.. well said.. but not really suitable in this case.. hahaha.. to “deep” la dear…


    • Don’t let the past hold you back, you’re missing the good stuff.

      awis: huh?? hmm.. ok..


  3. KITA kuatkan lah semangat dan jangan biarkan KITA terus jadi…..
    Fikir2kan lah…
    KITA takkan lakukan sesuatu kalo KITA sendiri tak mula kan…

    awis: hmm? menarik.. ini interpretasi apa plak ek??



Tinggalkan Komen