h1

BENCI!!!

Jun 15, 2009

Kadang-kadang apa yang kita harapkan, tidak pernah kesampaian…

Selalunya kita harapkan sesuatu yang sempurna di mata kita, tetapi apa yang selalunya tiba adalah sebaliknya…

Hati ini pernah dicintai, pernah juga mencintai… Tapi bila hati ini dilukai, pedihnya seakan bisa menembusi setiap urat dan sendi… Mungkin ini adalah hukuman, kerana aku juga pernah melukakan…

Hari berganti hari, tiada lagi luka di hati… kerana cinta itu, telah ditiup jauh oleh angin lalu… Tapi hati ini sudah takut untuk dibuka pada cinta semula, kerana tidak sanggup untuk menahan pedihnya luka, hilangnya cinta, lenyapnya rindu di jiwa… Aku statik pada kehidupan tanpa hadir seorang teman… Mungkin lebih senang begitu…

Aku benci pada insan yang pernah mengisi kekosongan pada hati ini… Malam-malam aku masih dibayangi mimpi yang bersilih… Hati kembali pedih… Kenapa kau masih nak menggangu ketenangan yang aku lalui saat ini?

Aku dah lama maafkan kau kerana aku tau kau takkan ganggu hidup aku lagi seperti mana yang kau janjikan… tapi kau mungkir… kau kacau aku, kau kacau kawan-kawan aku… terus terang, apa yang kau lakukan ini, menyebabkan AKU SANGAT BENCI DENGAN KAU!!!

Dan memang aku sentiasa berdoa supaya kau hilang dari muka bumi ini!!!

3 comments

  1. marah nampak…rileksla, hehe.

    awis: skrg ok dah.. huhu..


  2. I never wanted to see this kind of feeling from peoples, so~ I don’t know how to comfort org yg sedang marah sebab benci~
    Urm.. pat pat “..sabar..”

    awis: hmm..


  3. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

    (Surah Al-Baqarah : 216)

    awis: hmm…



Tinggalkan Komen