KITA pernah menjalin satu hubungan yang erat penuh ukhuwah.. Memang benar kadang-kadang KITA marah, kecil hati dan ada telingkah.. Tapi selalunya KITA cepat mengalah.. KITA biarkan perhubungan KITA itu musnah.. KITA tahu ada “api dalam sekam” yang menjadi punca KITA bertelagah.. Tapi KITA asyik buat tidak endah.. KITA biarkan perhubungan KITA menjadi parah.. sedangkan tanpa KITA ketahui KITA telah biarkan “api” itu menang dengan mudah.. akhirnya perhubungan KITA terus seperti “retak menanti belah”.. sedangkan yang menjadikan KITA begini sedang ketawa berdekah-dekah..
KITA tahu dan KITA sedar bahawa antara KITA masih memerlukan.. tapi KITA mungkin sudah hilang semangat kekeluargaan dan keKITAan.. KITA tahu yang KITA sentiasa bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan kemenangan.. tahniah KITA ucapkan.. tapi bukankah lebih indah kalau kejayaan KITA diraikan dengan rendah diri dan rendah hati mengirimkan salam kemaafan??
KITA tahu yang KITA ada potensi dan kemampuan diri.. tapi KITA perlu sedari yang perkara itu sentiasa dibaluti dengan ego dan iri hati.. dunia ini KITA tidak boleh iktiraf diri sendiri.. kerana KITA perlukan sesuatu sebagai pemangkin untuk mengukur kemampuan KITA sendiri.. dunia KITA ini adalah keluarga yang perlu dibajai.. dalam keluarga apa yang selalu KITA perlukan untuk memajukan diri?? nasihat menasihati dan sayang menyayangi..
hanya luahan rasa dan bicara… untuk KITA fahami tentang erti KITA dan menjadi bekalan untuk KITA menjadi dewasa…
p/s: bingkisan madah KITA ini hanya ditujukan untuk KITA.. KITA tahu ini adalah untuk KITA bila KITA faham erti KITA dan tahu KITA adalah KITA…


