wassup guys… ini entry pertama aku untuk bulan April tahun nih… huhuhu… takder cerita nak story mory ngan korang..
tapi aku ader citer sket.. huhuhu.. kisah mencarik handphone aku yang HILANG.. hahaha.. menakutkan!!!
macam nih, semalam aku balik agak lewat jugak la.. dalam dekat pukul 6pm baru gerak dari opis.. sampai rumah, terus mandi semua dan bersedia untuk tengok result Americon Idol.. bila aku nak grab Hp.. baru aku perasan Hp aku takder… terus aku capai kunci kereta and pegi check kat kereta kot2 tinggal… jantung aku berdegup pantas bila kat dalam kereta takder…
cuak mula menguasai diri… aku terus pantas berjalan menaiki lif dan masuk semula ke rumah… (dramatic gila..) aku terus pinjam Hp hasrul dan try call… ader tone tapi takder orang angkat… call kali kedua still takder org angkat… hati aku kata mesti tertinggal kat opis sebab kat umah takder bunyi pun time tuh dan aku dah carik sekeliling tapi tak jumpa..
“Hasrul.. Jom teman aku pegi opis.. aku rasa tinggal kat opis…” maka dengan track suit dan Tshirt ntah hapa2 aku pakai, dengan hasrul pun tak salin baju opis (kiranya tak mandi lagi la…) kitorang memecut ke Putrajaya dengan kelajuan cuba mengatasi kelajuan cahaya dengan harapan HP aku masih di sana…. setibanya di opis…. takder jugak HP aku… aku tanya kat office mate yang masih kat opis… diorang tak dengar pun bunyi HP dan tak dengar pulak kecoh2 pasal jumpa Hp dan sebagainya…
aku semakin cuak.. tapi masih bertenang… last destinasi aku sebelum balik adalah di bilik Mei and Shaznee… aku call Mei tanya kot2 dia bawak balik.. dia cakap takder.. aku try call Shaznee dengan harapan dia terbawak balik sebab Hp kitorang sama jenis… tak dapat pulak sebab dia ader latihan bola jaring… aku cool and aku ajak hasrul balik…. aku sms Shaznee guna HP Hasrul suruh dia call number Hasrul ASAP..
OTW balik, aku dah semakin risau bila tak dapat lagi call Shaznee.. kitorang singgah apsar malam kerana pencarian HP nih menyebabkan usus kitorang lapar.. (masih bernafsu walaupun tgh risau…) sampai pasar malam, shaznee call and aku tanya pasal Hp aku.. dia selongkar beg n kereta dia dan jawapan yang aku terima adalah Hampa belaka… aku dah semakin stress..
Hasrul cuba tenangkan aku yang HP aku mesti ada sebab ader ringing.. kalo ader org curik, mesti dah off dan buang sim kad… aku positifkan diri..
kitorang sampai rumah…. Black menunggu penuh rakus di ruang tamu dan terus grab air kepala kelapa yang dia pesan kat hasrul.. ”HP Dolce hilang uols” kata Hasrul… “Eh.. tadi saya macam dengar bunyi HP Abg Bob banyak kali” respons Black…
Aku terus terjah ke dalam bilik…. rupa-rupanya HP aku bersembunyi
DI DALAM POKET SELUAR KERJA AKU!!!!
Aku lafazkan rasa syukur pada Ilahi sambil dihanjing secara teruk oleh Hasrul tanpa henti…. dengan muka selamba dan hati yang kembali tenang… aku ke meja makan dan mulakan santapan yang aku beli di pasar malam… tanpa pelawa dan menunggu Hasrul yang baru jer nak mandi….
SEKIAN…
p/s: kenapa aku tak dengar bunyi HP aku masa aku carik kat umah sebelum aku kuar dgn Hasrul pegi carik kat opis.. sedangkan ringtone sangat kuat… hmm….