
Filem@”Talentime”
Mac 30, 2009
Wassup guys… kali nih aku nak review filem Talentime plak.. aku tengok citer nih dengan housemates, exhousemate n fazura pada 26 Mac lepas tayangan Midnite… huhuhu.. gigih betul kitorang semata-mata nak tengok karya terbaru Yasmin Ahmad nih..
Hmm.. macam mana aku nak review filem nih ek… ok lah.. aku akan bagitau 5 perkara yang aku suka dan 5 3 perkara yang aku kurang suka pasal filem nih..
Suka
-
Aku sangat suka dengan lakonan Mahesh dan Jaclyn Victor… bagi aku sebagai pelakon yang baru pertama kali berlakon filem, lakonan mereka tidak mengecewakan.. especially Jac yang sangat menjiwai watak dia.. sangat natural dan tidak overacting…
-
Aku suka dengan lagu2 soundtracks yang melatari filem nih… Suara Aizat memang kelasss menyanyikan lagu2 yang dicipta untuk filem nih.. takder satu lagu pun yang aku rasa bosan walaupun dinyanyikan secara full song.. Syafie pun pandai melakonkan secara miming macam memang dengar lagu tuh dia betul2 nyanyi… hahaha…
-
Aku suka dengan idea yang menimbulkan persoalan di awal, dan persoalan dijawab kemudian… contohnya bila keluarga Melur ada Maid berbangsa Cina yang akan menimbulkan persoalan di awal cerita dan akhirnya akan membuat kita tersenyum setelah mendapat jawapan di hujung cerita…
-
Aku suka dengan satira yang cuba diketengahkan dalam filem nih… pertembungan budaya dan permasalahan dikalangan bangsa.. persoalan kasta dan agama… dan seperti biasa trademark Yasmin tentang Cinta dan kasih sayang yang boleh menjelma dengan apa jua situasi dan pelbagai keadaan serta cara.. sangat Kemas!!
-
Aku suka dengan skrip yang dituturkan oleh pelakon.. terutamnya yang berbahasa inggeris.. all the poetics phrases… such a wonderful words when it was uttered by the Melur’s siblings especially adik dia yang 2nd tuh… sapa nama dia?? Melati kalo tak silap… OMG.. her accent so sedap!!!

“Mahesh dan Melur”
Kurang Suka
-
Aku kurang suka bila Syafie speaking English.. nampak sangat beza bila dia menyanyikan lagu inggeris dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.. He should practice more on his ability to speak with right pronounciation… nampak sangat fake.. yerlah.. bila nyanyi meletup… bila cakap… euww… tapi aku tau, dia dah cuba.. cuma lepas nih kena berlatih lagik.. pegi belaja dengan Fatimah Abu Bakar n Family… gtew…
-
Aku kurang suka bila ader beberapa part yang agak kurang sesuai ditonton atau didengar oleh kanak2 bawah umur.. sebab cerita nih kategori U… contoh, hand symbol yang ditunjukkan oleh Mahesh dan juga beberapa dialog yang aku rasa tak perlu pun takper.. itu hanya pandangan aku… (abisla ramai yang hentam..)
-
Aku kurang suka bila watak kahoe tak digarap dengan lebih lama atau sempurna… setahu aku dalam filem nih ader 3 watak yang boleh dikatakan penting la.. iaitu mahesh, hafiz dan kahoe… mahesh dengan hafiz ok la.. tapi kahoe macam something missing.. watak dia macam sekejap sangat… ooppss… hehehe…
Keseluruhannya, seperti biasa karya Yasmin Ahmad sangat menarik untuk ditonton.. tapi, secara peribadi… ini bukanlah karya yang paling saya minati berbanding dengan karya2 sebelumnya… namun, masih layak untuk menjadi antara filem terbaik.. cubaan yasmin untuk mengetengahkan bakat baru tidak menghampakan… maka, saya seru seluruh rakyat malaysia untuk emnonton filem ini kerana saya pun nak menonton sekali lagi…
Rating:- 4 1/2 bintang….
kanak2 inginkan keadilan!!! kami mahu pornografi!! porno! porno!
Demonstrasi kanak2 terhadap halangan orang2 tua.
awis: patutlah paan gila seks skrg.. rupanya sejak kanak2 beliau dah terdedah…. huhuhu…
aku dengar 3X bunyi yang mengghairahkan tatkala adegan2 “tuut”…bunyi itu rasanya datg dari kerusi hujung lane aku duduk…bunyi?..tuut?..hujung?..hhmmmmm…
awis: komen anda ditapis.. hahaha… hujung?? zita ek??
dah..tak adil..tak adil..u mmg laha…Agenda setting sangat!!!!!kita clash!!!!!!
awis: tak adil kepada sapa?? dah komen u mmg berbaur fitnah dan tak sesuai disiarkan.. gitteww…
btw, dont ever forget..
lakonan superb azean irdawaty..
NOT JUST ANOTHER MALAY MOVIE.
awis: itu tak perlu dipersoalkan.. ada ker lakonan beliau yang tak superb??
mmg best la citer nih…tapi tak g tgk2 lagi…ader tgk trailer n baca sinopsis die jerr…
bz tesis nyah…!!!
awis: curik lah masa tgk..
aku pun suka cerita ni walaupun orang kata karya yasmin ahmad typical mcm tu je.
part mahesh mmg sedih la sgt especially bila dia melutut kat mak dia tu. part maid dia sebenarnya islam tu pon takde la non expected, tapi ada juga la impak yang bagi kita kesedaran supaya jangan cepat judge orang.
and elemen-elemen lawak dlm cerita ni mmg first class and some dialogues/scenes berjaya buat aku nangis. ntah bila nak keluar dvd dia ni, x sabar nak tgk lagi skali.
apa2 pun, the best piece of Yasmin is Mukhsin. Mukhsin berjaya membuatkan aku suka karya Yasmin unlike Sepet. Teringin nak tgk Rabun and Muallaf sebenarnya. Hehe
tata
awis: tak tgk rabun lagi?? rugi woo… but same here, I can’t wait to watch muallaf.. bila lah kak min nak bg org malaysia tgk citer nih??