
Vacation@Bandung & Jakarta – Part I
Mac 17, 2009Perancangan awal adalah tujuh orang kesemuanya untuk percutian kali ini… tapi dua orang (ayoi n paidin) tak dapat pergi atas komitmen yang tak dapat dielakkan.. so, siri jelajah ke Bandung dan Jakarta kali ini hanya melibatkan kami berlima.. laksana lima bersaudara terbang mencari cinta di Tanah Jawa… cewahh…
Basically, kitorang pegi sana 4 hari 3 malam jer… dua malam di bandung dan cuma malam terakhir di Jakarta… Honestly, memang memenatkan… Nasihat aku yang paling utama, kalau anda ada 2-3 malam jer… janganlah pegi dua tempat sekaligus.. so, we will learn from this mistake this time.. sepatutnya, 3 malam tu kami penuhi di Bandung sahaja.. dan Jakarta mungkin lain kali kerana kekangan masa amat ketat sekali… Akhirnya, kat Bandung tak habis explore… kat Jakarta tak cukup masa dan tak cukup duit sebab dah habis belanja kat Bandung.. lagi pun, Jakarta tu amat besar.. dan korang ader masa sehari jer nak explore.. so bayangkan!!! pasal duit.. ni nasihat aku yang kedua.. perbelanjaan memang kena rancang dengan rapi dan teliti… bak kata Faizi yang mana aku amat bersetuju… bila semua benda murah kat sana, jangan bawak duit sikit… sebaliknya, bila barang murah lah yang korang kena bawak belanja lebih untuk shopping habis-habisan…. yerla.. bak aku kata tadi, kitorang dah gila habiskan duit kat Bandung.. then bila dah kat Jakarta makan angin dgn asap jer la… hahahaha….
ok.. aku mulakan Part I nih dgn Bandung…
10 11 Perkara yang anda harus lakukan bila bercuti ke Bandung
- Explore semua Factory outlet yang ader.. kalo boleh jangan miss satu pun… korang boleh berjalan kaki sepanjang Jalan Dago n Jalan Riau untuk pergi ke Factory2 outlet nih… jangan jalan jer.. shopping sekali..
- Pergi ke Tangkuban Perahu… iaitu kawasan kawah gunung berapi… cantik gila dan sejuk gilaa…
- Shopping Jeans kat Cihampelas…. Sepanjang jalan tuh kedai jual Jeans jerrr…
- Pergi ke Pasar Baru untuk shopping kain ela ker.. kain lace untuk kawin ker atau beg2 imitation yang boleh ditawar…. lupa plak.. kalo shopping kat Factory outlet “Fixed price”…
- Jalan2 carik makan n lepak2 kat “Paris van Java”… Shopping complex yang paling vogue kat Bandung.. untuk lepak2 ok la.. shopping mahal sebab shopping mall plak…
- Dekat area Tangkuban Perahu tuh ader banyak ladang strawberi.. korang boleh singgah dan petik starwberi dan makan… bezanya dengan kat malaysia… harga yang murah gila.. dan strawberi manis dan besar2… serius beb…
- Jangan lupa explore makanan kat sini… masakan padang ader.. masakan sunda ader… snek paling famous aderlah “Batagor”… tapi aku tak sempat nak rasa… huhuhu..
- kalo korang pegi Tangkuban Perahu, on the way balik ko suruh lah supir bawak korang makan kat Kampung Daun… Masakan Sunda dengan Environment yang sangat “Istimewa”… yang nih wajib pegi.. walaupun makanan dia mahal sket.. tapi korang akan puas hati…
- kat Bandung DVD murah gila… sekeping jatuh dalam RM1 – RM1.50…. kat Jakarta pun ader.. tapi kat Bandung lagi banyak.. cakap jer nak apa.. memang boleh borong beb….
- Malam2 korang leh lepak kat Dago Plaza(which very near to my hotel) untuk cuci mata n tgk gelagat anak2 muda bandung… nak clubbing pun ok.. sangat happening sebab, Bandung nih Kota Muzik dan Kota Fesyen di Indonesia… so, What do u expect???
- Jangan lupa pegi Kartika Sari dan Rumah Mode…. Kartika Sari untuk beli snek2+kek2 yang sedap2.. Rumah Mode adalah factory Outlet yang paling famous kat Bandung….
banyak lagi… tapi tak larat dah nak citer… Part II nanti aku citer pasal Jakarta plak… so, here Enjoy some pics…
“Taufik kat depan hotel kitorang kat Bandung”
“makanan pertama kat Bandung… Masakan Padang..”
“Pengembaraan bermula..”
“Kartika Sari”
“Tangkuban Perahu”
“sejuk giloss kat Tangkuban Perahu.. dengan Pak Rahmad, Driver merangkap Tourist Guide”
“Makan kat Kampumg Daun”
“Masakan Sunda di Kampung Daun”
“Rumah Mode: Wajib pegi..”
“Paris van Java”
“Paris van Java yang sgt cantik..”
Wah menarik.Nak gi gak la.Skrang dah ada RM2.30 sen dalam dompet.Jadi, sebagai pembakar semangat, beli dulu sirap bandung!
awis: bagus.. kat sana femes air soda gembira = bandung+soda
bandung+soda..kat kampung aku dulu ada gak, kami panggil “sirap perancis”. sedap, memang sedap.seronok la kau bob..jeles neh! haha..
awis: memang best.. plan nak pegi Macau plak.. murah jer airasia..
Ag bob, laksamana berlima mencari cinta di tanah jawa @ bak bercinta dan berbulan madu di tanah jawa??huhu
awis: dah tentulah mencari… semua single mingle plek… mmg byk cinta di tanah jawa… huhu…
respon kepada komen insan kerdil :
Tatkala awis membalas komen insan kerdil, maka berkumandanglah lagu ini…”cinta *************”
wakakakakaa
awis: komen anda terpaksa ditapis… tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat… huhuhuhu…
eh tumpang komen ye…
tips2 yang sangat bergune… tima kasih banyak2..
selamat ke bawak balik DVD dari sana? kalo selamat nak borong nih… next month nak pergi…
awis: selamat jer.. huhuhu.. letak kat dalam kargo.. jgn letak kat hand luggage..
Hallu…I plan nk pg Bandung jugak end of this year. Any tips nak cari Supir yg bagus utk bwk tour from Jakarta-Bandung 4 days 3 nites? Plan utama nk pg Bandung je, tp psl naik Mas so turun kt Jakarta.
awis: hmm.. masa kitorg pegi, our friend yg ader kat Bandung yg dapatkan supir.. tapi I can tell normal rates for avanza or unser which can accommodate 5 people (selesa), around 300,000 rupiah tak termasuk petrol… itu kos tuk sehari, 8pg sampai 10mlm mcm tuh… campur petrol (indo called benzin) dlm 500,000 rupiah lebih kurang.. kalo lebih drpd tuh, it’s MAHAL…