
Filem@’Slumdog Millionaire’
Mac 3, 2009
“The best scene.. Amitabh Bachan!!!!”
wassup guys… dah lama gak aku tak buat entry baru… maklumlah… 4 hari kat oversea.. gtew.. aku mulakan update aku dgn review filem nih.. lagi pun aku dah janji dgn abg Ajami untuk tonton filem nih dan buat review..
bagi aku.. filem nih HEBAT!!! walaupun aku tak berapa suka direction filem nih sebab kadang2 agak sedikit kalut.. tapi secara keseluruhan filem nih mmg layak untuk OSCAR… tak perlu idea yang complicated.. cerita nih hanya mempertaruhkan perjalanan kehidupan seorang yang bernama Jamal dari kecik sampai dia besar… sangat kreatif.. lepas menonton filem nih buat aku terfikir, filem atau drama yang baik adalah yang menceritakan apa yang benar-benar berlaku dalam kehidupan di dunia ini yang mungkin kita tak pernah sedari..

“Lakonan tiga2 generasi mmg mantap…”
macam filem nih.. sisi kehidupan yang sangat daif di India, puak pelampau agama dan sanggup buat apa saja untuk hidup menjadi pertaruhan… apa yang menarik, perjalanan hidup Jamal adalah medan untuk mengetahui tentang banyak perkara sehingga boleh menjawab soalan dalam “Who wants to be millionaire”… mudah kan?? tapi banyak benda yang tersirat… bila Anil Kapoor menuduh dia menipu dalam game show tersebut menunjukkan bahwa org yang kasta rendah seperti Jamal takkan boleh menjawab soalan2 yang sukar…
tapi aku suka bila “interrogation”… Jamal just cakap “You dont have to be smart”…
This film bagi aku sangat amazing… aku bagi 5 star…
Mcm mane trip oversea you? haha..williams jumaat ni ape ceriter..
awis: tgh tunggu gambar la.. lambat sket buat entry.. william?? pasti akan jadi.. tapi tak pasti sama ada jumaat ni atau hari lain.. huhuhu…
Hi Awis,
Nak dinafikan citer Slumdog ni cantik dari segi jalan cerita menggunakan kesan flashback sebagai jawapan kepada soalan-soalan WWTBAM…tapi bagi saya filem tidaklah sehebat mana sehingga dapat merangkul filem terbaik..Mungkin org barat merasakan ini satu pendedahan yang hebat berkaitan dengan keadaan hidup masyarakat India yang serba daif oleh orang barat sendiri tapi bagi orang asia terutamanya org Malaysia kita sudah biasa didedahkan dengan filem2 hindustan dan tamil yang menampilkan genre2 sebegitu. Saya juga amat kagum dengan A.R Rahman dari dulu lagi tetapi lagu lagu dalam filem itu tidak dapat menandingi lagu-lagu filem beliau yang lain seperti Dil Se, Taal dsb juga lagu lagu hebat yang beliau berikan pada Sarah Brightman untuk album HAREM. Hairan juga, ada banyak lagi filem yang sepatutnya layak menang seperti Dark Night yang pada saya antara filem terbaik personally untuk saya pada tahun 2008.
Mcm biasa dan seperti yang pernah didedahkan politik perfileman di Hollywood juga tak kurang hebat mcm politik di Malaysia gak…hehe..lagi satu filem Curious Case of Benjamin Button pada saya tidaklah sehebat mana malah agak membosankan…
Sorry panjang sgt, terlebih sudahhhhh hehe, take care
awis: filem bollywood sebelum nih takleh nak diangkat sebab bukan diarahkan oleh western.. sebab tu lah leh menang kali ni..
Hye Abg Bob!!
Camne percutian kt Indo..?
siang tadi baru jerr tgk filem nih.satu malam yerr download.curious sgt nak tgk.bagik aku filem Slumdog Millionaire best la jugak.ada part yang aku hampir nak nangis.tapi ada banyak persoalan dalam filem nih.motif tak g sekolah and tak tahu membaca tapi tiba2 leh cakap english, then die tak cerita kan jugak pasal perpisahan antara jamal dgn salim n byk lagi la.
tapi ape2 pun filem nih best and tak mendatar
aku bagik 4/5
awis: ko tak tgk betul2.. tgk lagi sekali ko akan dapat jawapannya…
best kannn?
nx film cari dvd THE READER.. if tgk wayang sure byk potong.. tapi awasss! byk aksi2 telanjang & berjimak dlm filem tu! ahahaha!
awis: tu yg best.. hahaha…
pun dah tgk citer nie….seronok sgt coz crita nie lein pada yg lein…kan?
awis: kannn???
nak menyebok sket la..
pada yang kehairanan macam mana tak pi sekolah tapi tiba2 tau cakap english….
huhu…. harusla anda mengambil tahu bahawa english merupakan 2nd official language kat india…
so lu pikir la sendiri… (versi nabil)…;)
awis: bagus haslina… tapi kat filem tuh gak ada bgtau.. mcm mana dia bleh pandai ckp english.. kena tgk tul2..
diriku belom berkesempatan menonton la babe.. so pengetahuan am sajo yg dapat dikomenkan disini.. kalau dah tgk harusla lagi berjela aku mengomen disini..hehe..;)
awis: laaa…. hampeh tul..