
Filem@”Geng: Pengembaraan Bermula”
Februari 20, 2009Betul ke orang kata filem “Geng: Pengembaraan Bermula” tuh BEST???
Upin&Ipin: Betul….betul….betul…
Betul ke BEST???
Aku: Betul..betul…betul..

“korang dah tengok ker lum??”
wassup guys… actually aaku baru jer dapat peluang tengok citer nih Rabu lepas… after work terus pegi tgk.. kiranya mengubat jugak lah kekecewaan aku kerana gagal mendapatkan tiket pada cuti sabtu ahad yang lepas.. yang aku heran tuh, walaupun bukan hari cuti, punggung panggung kat Alamanda untuk citer Geng nih still penuh.. mana datangnya org aku pun tak tahu… nasib baik aku dah booking 2 tiket awal2… hehehe…
ermm…. kalo nak buat sinopsis dah ramai buat sinopsis.. kalo nak puji lebih2 dah ramai org puji lebih2… kalo nak kutuk lebih2, nanti org marah takder benda pun nak kutuk lebih2… so, apa aku nak komen ek?? hmm.. macam ni lah… keseluruhannya, aku suka kat filem nih… walaupun animasi, tapi rasa macam tgk lakonan makhluk hidup plak.. aku tau bajet Filem nih cuma RM4 juta.. dengan budget sedemikian, aku berbangga dengan filem nih… cuma, kalaulah diberi budget lebih… aku harap benda2 berikut dapat dijadikan lebih hebat:-
-
aksi kat dalam gua tuh tak berapa best sebab nampak terlalu kartun.. dan gambar pun agak gelap.. ular tuh tak ngeri sangat dan nampak macam robot.. kalo benda nih diperbaiki sure lebih meletup..
-
kadang2, pergerakan beberapa watak nmpak macam kayu dan terlalu robotik.. contohnya watak Sally… kalo korang perasan tangan dia dah macam “pinochio” aku tgk.. ini pun kalo dapat diperbaiki sure lebih meletup…
-
hmm.. yang nih hanyalah personal feeling.. aku rasa lagu yang dijadikan background tak berapa sedap… especially lagu masa org kampung nyanyi ramai2… mcm tak berapa ngam la.. aku rasa kalo letak lagu lenggang-kangkung pun lebih feeling.. ntahla.. itu apa yg aku rasa laaa….
selain daripada tiga perkara kat atas… aku rasa Filem nih aderlah filem wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia tak kira apa jua bangsa… kerana bagi aku filem nih mmg menggambarkan betapa kita hidup dalam harmoni berbilang bangsa.. and then, aku setuju dengan apa yg abg Ajami kata dalam review dia… The first “10 minutes”…. pengenalan watak penting bagi aku meggambarkan filem nih setanding dengan animasi hollywood…
cayalah!!!! aku bagi 5/5 bintang…..
Salaam dik, slumdog millionaire dah tgk?
awis: blum sempat lagi bang.. tapi dah ader lam laptop.. nanti saya tgk n review..
betul betul betul….
setuju ..sama pandangan ngan saya tentang masih nampak kaku pergerakan kartun dalam filem nih….
awis: kann??
memang best la, kita nie bukan apa dah disogokkan dengan filem2 animasi omputih yg melets kan, tu yg ngengada tu, bajet kita ciput ja kan. kira ok la kalau kita dah boleh bt takat tue kan?
awis: tak sabar nak tunggu episode seterusnya.. mesti ader punya..
betul betul betul.
hehehee
awis: betul..betul..betul..
ishk..apa punggung2..geli geli..satu penulisan yang pra matang hahahahahhaa
cite ni mengangkat martabat golongan Sally kerana jarang la ada kartun ‘patah’
P/s:sebab itu bob komen Sally tak cukup patah, sebab bob memahami golongan itu hahahahahahahhhaa
awis: tau takper… aku mmg memahami semua jenis orang…. tak macam ko!!
hehehehe…
memang besh!!
tapi babak akhir ade sikit touching la bang bob..
kak da siap ala2 nangis
awis: kak da mmg over….
Betul-betul-betullllll
awis: uuhhh… yeehhh..
First blog I read after wakeup from sleep today!
—————————-
Mind Blowing!
awis: huhu… thank you.. is it a compliment??
kenapa cd geng x keluar keluar
awis: citer yg bagus dan meletup mmg lambat keluarnya..