Pertandingan Debat Terbuka ASTAR 2009 baru melabuhkan tirainya malam Sabtu yang lalu. Tahun 2009 menyaksikan 40 pasukan bekampung dan berhimpun di Universiti Malaya demi menimba secebis pengalaman dan sekelumit harapan untuk memenangi pertandingan yang aku kira amat berprestij di kalangan pendebat-pendebat muda yang baru ingin menapak dalam dunia perdebatan. Walaupun tidak pernah diletakkan sebagai peraturan, namun seakan telah dijadikan tradisi bahawa Debat ASTAR ini hanya untuk mereka yang boleh dikatakan ‘muda’. UKM seperti biasa menghantar dua pasukan untuk mempertaruhkan nasib, namun nasib tidak menyebelahi mereka yang sekadar berjaya di pusingan awal sahaja. Tidak mengapa kerana bagi aku, Debat Astar ini bukanlah untuk mengejar kemenangan tapi medan untuk belajar selok-belok perdebatan yang penuh dengan cabaran baik fizikal mahu pun daya pemikiran…
Analisis Debat Astar kali ini bagi aku yang telah diberi amanah untuk menjadi hakim pertandingan dari pusingan awal hingga ke pusingan akhir begini:-
1. Pendebat Lebat : maksud aku sekarang dunia IPT sudah tidak ketandusan pendebat. Walaupun pertandingan ini dianggap khusus untuk ‘junior’ namun penyertaan seramai 40 pasukan walaupun ada yang hantar sampai 9 pasukan untuk satu universiti sudah cukup untuk membuktikan dunia pendebat amat ramai dan lebat. Namun timbul persoalan adakah pendebat yang lebat ini juga merupakan pendebat yang hebat berdebat???
2. Pendebat Hebat: Sepanjang aku menghakimi, dari aspek persembahan aku rasa pendebat –pendebat muda ini boleh berdebat dengan baik. Maksud aku dari aspek penyampaian majoriti ada gaya yang memikat hati pendengar. Namun aku rasa, pendebat-pendebat muda ini ada masalah untuk mencari identiti sendiri. Tidak ada yang istimewa kerana gaya mereka semuanya sama. Misalnya, sikap untuk menjadi klon senior mereka ketikaa berdebat bagi aku bukanlah perkara yang baik. Menjadikan mereka sebagai idola itu bagus, tapi kalau dah setiap gaya, ayat mahu pun lenggok bahasa anda ikut, itu dah melampau. Jangan jadi klon. Carik identiti sendiri supaya orang lain tahu itu adalah anda. Namun, bukan semuanya begitu. Ada sebuah pasukan dari UPSI yang saya hakimi, amat menarik pada perhatian saya. Ketiga-tiga mereka mempunyai gaya yang bersahaja dan tersendiri. Epal Merah pun bersetuju dengan pendapat aku. Kalau dilatih dan diasah dengan teliti, pasukan ini mampu mengejutkan dunia perdebatan satu hari nanti.
3. Pendebat Lambat: Benar boleh dikatakan pendebat-pendebat ini hebat dalam penyampaian, namun adakah mereka juga hebat dalam pemikiran yang disampaikan dalam penghujahan?? Analisis aku dalam perkara ini adalah begini, pendebat-pendebat muda hari ini adalah pendebat yang lambat. Daya pemikiran yang lambat menyebabkan apa yang dihujahkan bosan di awalan, dah hujung2 baru nak mencapai klimaks namun aku kira itu dah terlambat untuk menyelamatkan kes. Idea yang hebat perlu di canai cepat agar strukutur penghujahan dalam perdebatan anda menjadi kuat dan hebat. Pertikaian yang aula (lebih utama) perlu dibangkitkan terlebih dahulu baru perdebatan anda bermutu. Teknik pengulangan hujah yang kebanyakan pendebat lakukan juga tidak baik, maka jalan penyelesaiannya adalah banyakkan membaca. Faham usul perdebatan juga faham setiap terma serta frasa yang ada di dalam usul perdebatan. Ini bukan lagi zaman berdebat dengan retorik semata-mata. Sebagai contoh pertandingan akhir, kelemahan yang paling ketara adalah pendebat tidak menguasai fakta dan isu yang ingin diperdebatkan. Maka banyaklah fakta2 yang berbunyi pelik dikeluarkan oleh kedua-dua pasukan. Tuntas, elakkan menjadi pendebat yang lambat kerana ia akan menjadi halangan utama untuk anda menjadi pendebat yang HEBAT!!!
sekadar pendabat peribadi, jadi renung-renungkan dan selamat beramal…
Chow!!!

“suasana melepak selepas abis round”

“Fazura kecewa bila UKM tak masuk Octo-Final”

“Hakim from Alumni Debat UKM – En.H and Fazura”

“bersama wakil Malaysia ke Pidato Dunia 2009 – Epal Merah.. yang separuh tu Sam UiTM.. kesian kena crop!!”
