Arkib bagi Bulan Februari 2009

h1

Filem@”Geng: Pengembaraan Bermula”

Februari 20, 2009

Betul ke orang kata filem “Geng: Pengembaraan Bermula” tuh BEST???

Upin&Ipin: Betul….betul….betul…

Betul ke BEST???

Aku: Betul..betul…betul..

poster-geng

“korang dah tengok ker lum??”

wassup guys… actually aaku baru jer dapat peluang tengok citer nih Rabu lepas… after work terus pegi tgk.. kiranya mengubat jugak lah kekecewaan aku kerana gagal mendapatkan tiket pada cuti sabtu ahad yang lepas.. yang aku heran tuh, walaupun bukan hari cuti, punggung panggung kat Alamanda untuk citer Geng nih still penuh.. mana datangnya org aku pun tak tahu… nasib baik aku dah booking 2 tiket awal2… hehehe…

ermm…. kalo nak buat sinopsis dah ramai buat sinopsis.. kalo nak puji lebih2 dah ramai org puji lebih2… kalo nak kutuk lebih2, nanti org marah takder benda pun nak kutuk lebih2… so, apa aku nak komen ek?? hmm.. macam ni lah… keseluruhannya, aku suka kat filem nih… walaupun animasi, tapi rasa macam tgk lakonan makhluk hidup plak.. aku tau bajet Filem nih cuma RM4 juta.. dengan budget sedemikian, aku berbangga dengan filem nih… cuma, kalaulah diberi budget lebih… aku harap benda2 berikut dapat dijadikan lebih hebat:-

  1. aksi kat dalam gua tuh tak berapa best sebab nampak terlalu kartun.. dan gambar pun agak gelap.. ular tuh tak ngeri sangat dan nampak macam robot.. kalo benda nih diperbaiki sure lebih meletup..
  2. kadang2, pergerakan beberapa watak nmpak macam kayu dan terlalu robotik.. contohnya watak Sally… kalo korang perasan tangan dia dah macam “pinochio” aku tgk.. ini pun kalo dapat diperbaiki sure lebih meletup…
  3. hmm.. yang nih hanyalah personal feeling.. aku rasa lagu yang dijadikan background tak berapa sedap… especially lagu masa org kampung nyanyi ramai2… mcm tak berapa ngam la.. aku rasa kalo letak lagu lenggang-kangkung pun lebih feeling.. ntahla.. itu apa yg aku rasa laaa….

selain daripada tiga perkara kat atas… aku rasa Filem nih aderlah filem wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia tak kira apa jua bangsa… kerana bagi aku filem nih mmg menggambarkan betapa kita hidup dalam harmoni berbilang bangsa.. and then, aku setuju dengan apa yg abg Ajami kata dalam review dia… The first “10 minutes”…. pengenalan watak penting bagi aku meggambarkan filem nih setanding dengan animasi hollywood…

cayalah!!!! aku bagi 5/5 bintang…..

h1

Batch 2000 – Memori Indah

Februari 16, 2009

3773_001

Di sini jua memori tercipta… walau seketika terjalin kasih kita… mungkin di sini kita kan berpisah… kenangan bersama takkan ku lupa…

SHAMS Batch 2000 – satu memori yang akan diingati sampai bila2…

I miss all the memories…

p/s:- korang carik lah.. yang mana satu aku?? hehehe…

h1

Top 36 American Idol 8 – What???

Februari 13, 2009

Wassup guys yesterday I watched American Idol season 8 which the final judgment to choose Top 36 was held… Honestly guys, from the beginning my favourite are Jamar Rogers and Danny Gorkey… But more to Jamar… surprisingly, Jamar didn’t make it!!! OMG, these 4 Juries were gone crazy when kicked out Jamar and dramatically, picked candidates which I can say having a mental problem and not talented at all…

Nick@Norman – this guy had an identical crisis during his performances… This is the American Idol and not “Last Comic Standing”… when he get through, I just wonder what his extra talent compared to Jamar???? Voice?? Definitely not!!

Nathaniel – this is another one that we can call “adek-adek” picked by the Juries to be in TOP 36… OMG… the way he look, the way he sing, the way he dress…. very2 horrible… Picked him as one of the TOP 36, make Season 8 has no standard at all…

Tatiana – She is crazy… crazy girl has been chosen as one of the TOP 36… Simon disagree… and I totally agree with Simon… How come other three juries can be attracted with her craziness?? Believe me guys, this woman is crazy….. MENYAMPAH!!!!

I’m done!!!

Chiao!!!

h1

Lepak@Aunty Aini’s Garden cafe

Februari 11, 2009

wassup guys… aku nak share satu tempat baru untuk korang jalan2 carik pasal makan… tapi tempat nih jauh sket dan agak terpencil… tempat nih dekat dgn umah aku kat kampung… tempat makan nih dekat dengan Pekan Nilai lama, dekat dengan Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai… jap lagi aku post gambar yang tunjuk map+alamat…

basically, restoran nih dah lama… kalo tak silap aku, after aku SPM tuh aku dah try makan kat sini… tapi, biasalah.. tahun demi tahun restoran nih semakin popular…

uniknya restoran nih, ia menghidangkan local cuisine+western+Italian… tapi, local cuisine bukan calang2 tau.. ader gulai daging salai, gulai ayam kampung, ikan sungai dan mostly Negeri Sembilan local dishes yang boleh dimakan dengan nasi putih… pilihan noodles pun best gak.. ader laksa johor, laksa penang dan several chinese style noodles…

other than that, western and italian pun best gak.. apa yang istimewa, kebanyakan masakan kat sini aderlah ‘homemade’… contohnya mashed potato dgn mushroom soup dia, tak mainlah dalm tin campbell or cap maggi ker… semuanya dibuat sendiri oleh Aunty Ainy yang sememangnya pakar dalam masakan2 tersebut… hatta burger pun guna beef patty yang buat sendiri ok…

Harga – tak murah n tak mahal… paling murah+air semua dalam RM15/set.

Lokasi – sangat special walaupun tersorok.. kalo korang nak tahu, restoran nih kat kawasan kampung.. tepi jalan jerr.. dan lebih istimewa, sebelah restoran nih kawasan perkuburan… huhuhuhu.. tapi, tetap ramai org datang…

Fakta Istimewa – restoran nih pernah dikunjungi oleh Anthony Bourdain dan pernah dimasukkan dalam rancangan beliau kat channel “Travel&Living”…

so, tak cukup menarik lagik ker??? aku rasa, kalo dah masuk rancangan “Anthony Bourdain”….. hmm.. pikir2 lah sendirri..

chow…

06022009097

“menu card disebelah candle light.. oh romantiknya..”

 

06022009098

“address and map”

 

06022009100

“Aunty Aini’s Big Bite Burger with Brown Sauce – RM11.50″

 

06022009101

“Sphagetti Beefball – RM11.50″

 

06022009107

“Entrance – ala2 konsep Bali katanya…”

P/s:- sorry gambar kurang memuaskan.. dining area tak boleh nak amik sebab pencahayaan kurang.. so gambar tak cantik.. maklumlah.. guna HP jer..

h1

Tagged by Sankai: Tanda2, Apa, Bila, Bagaimana…

Februari 10, 2009

wassup guys… gua kena tagged dgn Sankai… actually nih yang kedua dalam tempoh terdekat nih dan gua rasa, baiklah gua jawab sebab yang 1st gua buat bodoo jerr.. hahahaha… so, enjoy reading…

TANDA TANDA

1. Tanda2 kamu badmood?
Selalunya kalo aku badmood, ekspressi wajah aku akan berlainan.. tak seperti biasa dan kelihatan agak serius sehingga takut org nak tegur (biasanya aku akan sentiasa berwajah cerrriaaa…) tapi aku agak direct kot.. selalunya kalo time aku badmood aku akan cakap kat org yang ader dekat dgn aku
jangan kaco aku.. aku badmood nih….mudah kan??

2. Tanda2 kamu marah?
aku agak baran dan cepat marah.. tapi aku jugak cepat sejuk.. kalo aku marah, mmg muka jadi merah macam bom nak meletup… selalunya aku cuba tahan tapi bila ader org cucuk, aku akan melenting dan maki hamun tak tentu pasal.. maka keluarlah segala carutan dan makian yang akan menyebabkan gegendang telinga org yang mendengar berdarah… power kan?? Dengan akak aku pun aku selalu gaduh.. selalunya mulut aku nih mmg takder insurans.. so, akan berakhir dengan akak aku menangis laa.. pastuh aku buat bodoh jer la.. sampai lah dia sejuk… hahahaha…


3. Tanda2 kamu sinting?
errmmm… sinting tuh bukan gila ker?? Kalo gila2@sewel aku datang selalunya aku akan buat benda pelik2… contohnya, mengemas rumah beria2… pastuh karaoke sambil menari.. kalo korang tiba2 nampak aku menari tuh kiranya time tuh aku tgh sewel lah tuh…

4. Tanda2 kamu malu?
ermm…. nih susah sket.. sebab aku nih mmg tak tau malu… ye ker?? Hahahaha… selalunya kalo aku malu atas satu2 insiden contohnya terpeluk salah org kat shoping complex ker, aku akan blah dgn cepat sambil gelak kuat2… hahahaha…

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
hmmm.. nak cemburu untuk apa ek.. aku bukan ader awek pun.. hehehe.. kalo dulu, aku akan buat muka kalo aku cemburu.. dan selalunya org tuh paham kalo aku tgh cemburu.. susah nak explain.. hanya org yang faham jer tahu mcm mana aku cemburu…

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
aku mudah mengalirkan air mata… tapi, kalo kesedihan itu bersifat personal.. aku lebih suka layan feeling sorang2 kat atas katil dalam bilik.. dan biasanya aku akan terus tidur sambil air mata masih membasahi pipi… huhuhu…


7. Tanda2 kamu gembira?
nyanyi kuat2… gelak kuat2… makan.. pastuh makan… then makan… dan makan…. noktah!!

APA

1. Apa warna baju kamu pakai sekarang?
Kemeja hitam belang dgn tie kuning kotak2… hahahaha…

2. Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping?
ermmm.. aku rasa tak.. tapi kalo aku kurus kan, mesti aku kaki shopping sebab ader saiz… hahhaaha…

3. Apakah kamu percaya love at first sight?
Ya… tapi aku percaya cinta pandang pertama jarang berkekalan… hmm…


4. Apa yang ingin kamu lakukan sekarang?
abiskan jawab tag yang merapu nih.. pastuh makan…

5. Apa rasa dihati kamu saat ini?
sunyi tapi tenang….

 

BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan kedunia ini?
10 Oktober 1983. Kali kedua kat padang masyar nanti la kot…


2. Bila saat terindah dalam hidupmu?
Bila bersama org yang tersayang especially my family.

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa?
entah…. tak ingat lah plak… aku anak soleh… gtew….

4. Bila kali terakhir ehem ehem ehem?
apa tuh??? Tak paham la… stupid question….

5. Bila kamu akan married?
target umur 30 tahun… masih tgh mencarik… sapa sudi, isi borang yer…

BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati?
jauhkan diri daripada org itu.. dan berdoa agar Tuhan maafkan orang itew..

2. Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hensem?
aku akan reply please say something I dont know

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
teman mcm mana? Meninggalkan mcm mana? Kalo teman biasa, who cares!!! Teman2 lain ramai… kalo teman rapat, sedih tapi redha… kalo teman istimewa.. ermmm… aku no comment!!


4. Bagaimana jika ada orang tidak suka sama kamu?
memang akan ada… bukan senang nak suruh semua org sukakan kita.. so, biarlah.. tak mendatangkan barah pun…

5. Bagaimana jika kamu bangun kamu di kelilingi api?
Cuba menyelamatkan diri sambil mengucap kerana mungkin itu saat berakhirnya kehidupan…


6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
aku akan jadi gila yang betul2 gila… tapi aku yakin aku tidak akan keseorangan…

 

p/s:- aku nak tag budak2 baru dalam list blogger aku… Mimi, Mira, Khalis, Zizi and Junny

h1

Why the Jews so smart???

Februari 5, 2009

wassup guys.. gua dapat email dari ex-school mate gua dulu pasal benda nih.. hmm.. aku rasa it’s quite interesting and then i decide to post it here to share with all of u guys… so, baca dan tafsir sendiri… mana yang baik kita amalkan, yang buruk kita ketepikan…

apa pun, segala yang baik adalah datang daripada Allah, yang buruk juga datang dari Allah tapi disandarkan kepada kita sebagai hambaNya yang lemah…

renung-renungkan….

chow!!

 

Something to share…

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharaja
lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat
difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon
dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg
mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan
selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya
mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat
manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh,
tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini
dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka
(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah
telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum
Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi
Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan
berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum
Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa
Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi
mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang
badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim
diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa
kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah
bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya
secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet
saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg
baik.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan
untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak
dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,
Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,
dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,
perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi
saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa
soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia,
ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat
saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu
, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa
kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala
ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan
dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat
orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan
kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah
mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan
buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita
merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya,
pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami
3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah
dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ
kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum
Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari,
menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh
fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak
ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering
menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun
yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi
(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa
faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu
lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan
digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi
konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak
kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan
konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh
akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan
begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak
rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya
puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi
pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak
rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga
ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak
seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg
telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

h1

Pendebat Lebat vs Pendebat Hebat vs Pendebat Lambat

Februari 3, 2009

Pertandingan Debat Terbuka ASTAR 2009 baru melabuhkan tirainya malam Sabtu yang lalu. Tahun 2009 menyaksikan 40 pasukan bekampung dan berhimpun di Universiti Malaya demi menimba secebis pengalaman dan sekelumit harapan untuk memenangi pertandingan yang aku kira amat berprestij di kalangan pendebat-pendebat muda yang baru ingin menapak dalam dunia perdebatan. Walaupun tidak pernah diletakkan sebagai peraturan, namun seakan telah dijadikan tradisi bahawa Debat ASTAR ini hanya untuk mereka yang boleh dikatakan ‘muda’. UKM seperti biasa menghantar dua pasukan untuk mempertaruhkan nasib, namun nasib tidak menyebelahi mereka yang sekadar berjaya di pusingan awal sahaja. Tidak mengapa kerana bagi aku, Debat Astar ini bukanlah untuk mengejar kemenangan tapi medan untuk belajar selok-belok perdebatan yang penuh dengan cabaran baik fizikal mahu pun daya pemikiran…

 

Analisis Debat Astar kali ini bagi aku yang telah diberi amanah untuk menjadi hakim pertandingan dari pusingan awal hingga ke pusingan akhir begini:-

 

 

 

1.       Pendebat Lebat : maksud aku sekarang dunia IPT sudah tidak ketandusan pendebat. Walaupun pertandingan ini dianggap khusus untuk ‘junior’ namun penyertaan seramai 40 pasukan walaupun ada yang hantar sampai 9 pasukan untuk satu universiti sudah cukup untuk membuktikan dunia pendebat amat ramai dan lebat. Namun timbul persoalan adakah pendebat yang lebat ini juga merupakan pendebat yang hebat berdebat???

 

2.       Pendebat Hebat: Sepanjang aku menghakimi, dari aspek persembahan aku rasa pendebat –pendebat muda ini boleh berdebat dengan baik. Maksud aku dari aspek penyampaian majoriti ada gaya yang memikat hati pendengar. Namun aku rasa, pendebat-pendebat muda ini ada masalah untuk mencari identiti sendiri. Tidak ada yang istimewa kerana gaya mereka semuanya sama. Misalnya, sikap untuk menjadi klon senior mereka ketikaa berdebat bagi aku bukanlah perkara yang baik. Menjadikan mereka sebagai idola itu bagus, tapi kalau dah setiap gaya, ayat mahu pun lenggok bahasa anda ikut, itu dah melampau. Jangan jadi klon. Carik identiti sendiri supaya orang lain tahu itu adalah anda. Namun, bukan semuanya begitu. Ada sebuah pasukan dari UPSI yang saya hakimi, amat menarik pada perhatian saya. Ketiga-tiga mereka mempunyai gaya yang bersahaja dan tersendiri. Epal Merah pun bersetuju dengan pendapat aku. Kalau dilatih dan diasah dengan teliti, pasukan ini mampu mengejutkan dunia perdebatan satu hari nanti.

 

 3.       Pendebat Lambat: Benar boleh dikatakan pendebat-pendebat ini hebat dalam penyampaian, namun adakah mereka juga hebat dalam pemikiran yang disampaikan dalam penghujahan?? Analisis aku dalam perkara ini adalah begini, pendebat-pendebat muda hari ini adalah pendebat yang lambat. Daya pemikiran yang lambat menyebabkan apa yang dihujahkan bosan di awalan, dah hujung2 baru nak mencapai klimaks namun aku kira itu dah terlambat untuk menyelamatkan kes. Idea yang hebat perlu di canai cepat agar strukutur penghujahan dalam perdebatan anda menjadi kuat dan hebat. Pertikaian yang aula (lebih utama) perlu dibangkitkan terlebih dahulu baru perdebatan anda bermutu. Teknik pengulangan hujah yang kebanyakan pendebat lakukan juga tidak baik, maka jalan penyelesaiannya adalah banyakkan membaca. Faham usul perdebatan juga faham setiap terma serta frasa yang ada di dalam usul perdebatan. Ini bukan lagi zaman berdebat dengan retorik semata-mata. Sebagai contoh pertandingan akhir, kelemahan yang paling ketara adalah pendebat tidak menguasai fakta dan isu yang ingin diperdebatkan. Maka banyaklah fakta2 yang berbunyi pelik dikeluarkan oleh kedua-dua pasukan. Tuntas, elakkan menjadi pendebat yang lambat kerana ia akan menjadi halangan utama untuk anda menjadi pendebat yang HEBAT!!!

 

sekadar pendabat peribadi, jadi renung-renungkan dan selamat beramal…

Chow!!!

 

 

 

 

30012009082

“suasana melepak selepas abis round”

 

30012009083

“Fazura kecewa bila UKM tak masuk Octo-Final”

 

29012009061

“Hakim from Alumni Debat UKM – En.H and Fazura”

 29012009069

“bersama wakil Malaysia ke Pidato Dunia 2009 – Epal Merah.. yang separuh tu Sam UiTM.. kesian kena crop!!”