
Analisis Pasca AJL-23
Januari 19, 2009wassup guys… hari nih gua MC.. demam selsema.. pagi tadi nak bangun pun tak larat.. skrg dah ok sket sebab dah makan ubat doktor.. tapi hidung gua still tersumbat… aarrgghhh.. tensen gila.. takper.. nih semua ujian tuhan yang Esa..
malam tadi berakhirlah penantian rakyat Malaysia untuk menyaksikan siapa yang bergelar Juara Lagu ke-23… secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan keputusan malam tadik.. kalo korang baca entri aku yang sebelum nih pun, ramalan aku takder la salah semuanya…
pun begitu, selepas tengok keseluruhan persembahan semalam… aku rasa Persoalan Cinta memang layak untuk menang kategori Etnik.. persembahan Farawahida mmg outstanding jika nak dibandingkan dengan Aiman dan Doa Dalam Lagu.. tapi, aku target keseluruhan Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir… dan mmg aku bersetuju dia merangkul persembahan terbaik dan vokal terbaik… mmg meremang bulu roma lah tgk persembahan dia malam tadik… gila beb..
apa pun, aku tak ralat la bila keseluruhan dapat kat MUH… performance diorang mmg superb… suara Lan meletup lah plak jika nak dibandingkan dengan semi final tempoh hari..
special dedication buat Stacy… persembahan dia pun mantap.. kalo bukan faizal tahir, mesti dia yang dapat…
ok lah…
Tahniah kepada semua….
Chiao!!!