
Monolog Cinta
Januari 12, 2009Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanpa aku sedari hidup aku umpama angin lalu, betapa asyik tatkala udaranya meniup dan berlalu, bila terhenti bahang panas kembali dan hati sentiasa mengharap udara yang nyaman itu kembali..
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa sangat tenang. Suka, tawa, girang dan riang. Kehidupan yang sederhana tanpa ada secoret arang serta duri yang cuba menjadi penghalang. Mungkin aku telah berjaya membuang segala duka yang pernah membuat hati ini terluka. Tanpa sebarang cinta yang selalu membuat jiwa aku merana, aku tukar segala rencana, hidup aku sekarang sentiasa bahagia bersama keluarga serta sahabat-sahabat yang lebih menghulurkan rasa sayang dan cinta tanpa sebarang ragu dan wasangka.
Aku rasa ruang di hati ini tertutup buat seketika, memberi masa untuk ia bersih semula, agar di lain ketika, ia lebih bersedia untuk memberi dan menerima segala cinta yang penuh dengan suka juga sarat dengan luka dan sengsara. Aku percaya, aku hanya perlu menanti saatnya untuk hati ini menerima keunggulan cinta yang bebas dari air mata luka, sengsara dan kecewa kerana dalam hati ini masih ada cinta yang perlu dikongsi buat si dia yang memerlukannya…..
Keluarga, adinda, sahabat dan teman… Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dalam meneruskan kehidupan… Kalian sememangnya sumber kekuatan aku selama ini…
Hearbreak last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive hearbreaks but to learn from them.
awis: hmm.. nice thought.. thanks..
i dedicate this song to you.
By Josh Groban – “Don’t Give Up”
Cheers bro.
awis: hmm.. wuteva..
im so touched bob..there in there out it is process of learning..ini la pengalaman yang sgt berharga dlm mengajar kita erti kehidupan, kekuatan dalam mengharungi cabaran.u must be strong.lets by gone be by gone.
awis: same goes to you dear.. yang lepas biarkan ia berlalu…
salam.. mau ambik ya monolog ini.. thnx!!