
Daulat Tuanku!!
Disember 30, 2008AL-FATIHAH!!
Buat AlMarhum DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah mangkat pada 27 Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429H.
DAULAT TUANKU!!
Ampun beribu-ribu ampun, sembah Patik harap Diampun.
Merafak sembah penuh takzim Ke Bawah DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11.
Patik sebagai salah seorang rakyat Tuanku, yakin dan percaya seluruh rakyat jelata Negeri Sembilan gembira dan bersyukur dengan pertabalan Tuanku.