Arkib bagi Bulan Disember 2008

h1

Daulat Tuanku!!

Disember 30, 2008

AL-FATIHAH!!

Buat AlMarhum DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah mangkat pada 27 Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429H.

DAULAT TUANKU!!

Ampun beribu-ribu ampun, sembah Patik harap Diampun.

Merafak sembah penuh takzim Ke Bawah DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-11.

Patik sebagai salah seorang rakyat Tuanku, yakin dan percaya seluruh rakyat jelata Negeri Sembilan gembira dan bersyukur dengan pertabalan Tuanku.

 

 

h1

Di antara Kalian.. by D’Massive

Disember 23, 2008

Wassup guys.. malam tadi sambil2 aku buat kerja opis kat atas katil aku pun dengar lah lagu2 kat MP4 aku.. lagu2 tuh ader yang aku download dari external hard disk hasrul… so, banyak gak la lagu2 yang aku tak pernah dengar pun kat radio sebelum nih (ker aku yang ketinggalan??), sedap2 plak dan menyuntik2 gegendang telinga lantas menjelma dalam siulan aku selepas sang minda memproses apa yang aku dengar.. hamikk kau!!

dalam banyak2 lagu tuh.. ada satu lagu yang amat menyentap perasaan serta tangkai hati… lirik dan irama memang kena dengan kehidupan aku sekarang.. aku ulang2 lagu tuh sampai 100  10 kali sambil mengenangkan segala apa yang terjadi.. akhirnya air mata aku menitis lagik.. (murah sangat air mata aku ini untuk dialirkan… ader ker ‘dialirkan’???) wateva…

so, aku dengan rasminya meletakkan lagu nih sebagai lagu tema aku buat masa nih… hmm.. moga2 ader yang memahami…

nah.. ni lirik lagu dia..

D’Massive – Di antara Kalian

kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku diantara kalian
aku tak mengerti
ini semua harus terjadi

kuakui ku sangat sangat mengharapkanmu
tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
aku tak mengerti
ini semua harus terjadi


lupakan aku kembali padanya
aku bukan siapa- siapa untukmu
kucintaimu tak berarti bahwa
ku harus memilikimu slamanya

kuakui ku sangat sangat menginginkanmu
tapi kini ku sadar ku diantara kalian
aku tak mengerti
ini semua harus terjadi

h1

Lepak@William’s

Disember 22, 2008

wassup guys.. Jumaat malam yang lepas aku, Ehsan, Hasrul, Zita, Paidin, Jah, Rita Ridwani De Camelia Amour, Pang and Kak da dengan gigih pergi ke Kelana Jaya semata2 untuk dinner kat satu tempat nih yang dipanggil William’s or Willis or whateva lah… actually aku dah pernah pegi sekali tempat nih masa Royal Debate kat UIA hari tuh… kawan2 alumni debater bawak.. kali nih aku plak bawak kawan2 yang disebutkan namanya di atas pegi lepak tempat nih… boleh dikatakan jauh gak la dari bangi(umah aku).. kira2 dekat 40 minit gak.. tapi sebab masing2 berkobar nak pegi.. so kitorang redah jerla.. lagi pun Jumaat malam kan.. sabtu cuti…

tempat nih happening… buruk jer tempat dia.. tepi jalan.. dan honestly, not so bersih.. ader banyak lipas.. wakakaka… so, sapa yang geli tuh, mesti tak berselera nak makan kat sini… apa yang menyebabkan aku nak makan kat sini aderlah sebab makanan dia.. they can cook everything.. without menu.. just name it.. their specialities is western and italian food… tapi still ader thai food and also mamak’s food.. so, pendek kata macam2 ader.. presentation of the food is XXXL… Honestly, for one meal it’s very difficult untuk habiskan sorang… besaq gila.. tapi Ehsan boleh habiskan meal dia sensorang which ordinary three people will share it.. OMG Ehsan!! hang mmg kuat makan!! tapi body still Amber Chia… hahahaha…

Price for certain food is quite reasonable…. tapi ader gak yang macam tak reasonable langsung… contoh, burger set walaupun besaq and sedap but it cost u RM20… gila kentang mahal!! drinks pun mahal gak.. Ribena+longan gelas besaq for same presentation in more classy restaurant only cost u RM5-RM6 but here it cost u RM8… OMG mahal… but ader org cakap harga dia berpatutan because of the portion and also for the taste.. but minus the environment of eating yang tahap longkang!!! aku rasa mahal gilos!!

btw, aku still akan pergi lagik wpun komen aku macam hampeh kan??? sebab food dia sedap.. and they will cook what u want!! hahahha..

p/s:- teringat bila waiter tu cakap they have everything here.. pastuh Rita respons.. “Lemang ada lemang?? saya nak Lemang Cheese…” hahahahaha… terkulat abang waiter tuh.. hahaha…

here some pics…

'Premium Chicken+Beef+Lamb.. RM30'

'Premium Chicken+Beef+Lamb.. RM30'

 

'Premium Chicken - RM15'

'Premium Chicken - RM15'

 

'Nasi Goreng Ketam yang Ehsan makan - RM25'

'Nasi Goreng Ketam yang Ehsan makan - RM25'

 

'Zita had Sphagetti Meatball Carbonara - RM20'

'Zita had Sphagetti Meatball Carbonara - RM20'

 

'Burger nih Rita makan n memang sedaaappp - RM20'

'Burger nih Rita makan n memang sedaaappp - RM20'

 

'Special Drinks.. Cost u RM6 to RM8...'

'Special Drinks.. Cost u RM6 to RM8...'

 

note: sorry kualiti gambar tak memuaskan.. pakai HP jer… huhu..

Chiao!!

h1

Nana’s Birthday Party!!

Disember 22, 2008

wassup guys.. Sabtu lepas (20/12/2008) telah diadakan Potluck Birthday Party untuk officemate aku yang disayangi iaitu Nana da Princess.. yang bestnya, host untuk party nih aderlah birthday girl sendiri.. huhuhu.. sian nana tak dapat surprise party sebab kali nih kitorang planned the celebration.. so, we gather kat umah nana kat Puri Ayu, Shah Alam dalam pukul 1.00pm macam tuh.. actually, dalam invitation card nana tulih pukul 12.00, so kiranya bila kitorang (Jinan, aku, Ng and Ng’s GF in one car) sampai dalam ala2 pukul satu lebih ok lah kan.. nak dijadikan cerita, si Nana boleh takdak kat rumah.. pegi Giant beli bola nak main kat swimming pool.. so menapak gak lah kitorang tunggu kat dalam kereta luar her condo area untuk tunggu dia.. kuang asam punya besday gurl.. huhuhu…

then, after setengah jam tunggu kitorang dapat masuk kat dalam area condo Nana.. nasib baik pak guard tu bagi masuk kalo tak, parking luar and kitorang menapak lah… huhuhu..

party nih happening gak la.. everyone bawak food.. Jinan bawak Vegie Beryani, Roasted Chicken and Cuppa Cakes. Aku bawak Sphagetti Bolognese Ala Bob and Roasted Black Pepper Sausages. Ng bawak Fruit Salad. Michelle bawak Potato Salad and Mashed Potato with the gravy. Mei bawak Sandwiches. Myrah bawak KFC. Mamau bawak Roti John and keropok. Tuan rumah buat air jerr.. hahahaha…

party nih bukan jer makan2.. after makan, sesi dalam kolam pulak.. uuuhhh.. yeehhh… main bola lah.. main macam2 lah.. memang happening la.. pastuh dah habis berendam, sesi indoor plak(main kat dalam rumah… hehehe…) bukannya main apa.. main PS2 plak.. siap ader dance mat bagai… tak reti penat diorang nih.. aku dah tak larat diorang still main2 lagik.. so, aku lelap jerlah kat sofa.. hahaha..

dalam kul 6 lebih kitorang pun gerak… takleh nak lama2.. malam tuh si nana ader sesi nak celebrate dengan BF dia plak.. takmo kaco..

well princess.. happy birthday yang ke-25… semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki…

chow…

here some pics…

h1

Persahabatan by Khaleel Gibran

Disember 19, 2008

Wassup guys.. skrg nih aku rindu sangat dgn kawan2 aku yang jarang bersama… kawan UKM, kawan KUSZA, kawan sekolah, kawan debaters.. dan ramai lagi.. especially team of four. jah,zita,faiden and me… hmm… rindu sgt saat kita kuar sama2 dulu.. suka, duka n segalanya…..

For u guys, I dedicate this poem…

 

PERSAHABATAN by Khaleel Gibran

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia  menjawab: 
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

h1

Cinta Ini Membunuhku..

Disember 17, 2008

Cinta ini Membunuhku by D’Massive

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.


Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.


Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

 Woo… Hu~u… Haa…
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

 p/s: ni lah lagu tema aku sekarang.. hmmmm…

h1

Aku, dia dan dia.. (extended)

Disember 15, 2008

hmm… wassup guys… just want to wish thank u pada semua yang bagi komen untuk post aku yang sebelum nih pasal benda nih.. hmmm…

apa yang aku boleh bgtau..  sampai detik ini.. aku telah pun TEWAS…. AKU TEWAS!!! aku tewas dengan hati dan perasaan aku.. aku tewas dengan apa yang sepatutnya aku lakukan, tidak aku lakukan.. mungkin aku sangat menyayangi dia..

tapi… aku masih merasakan bahawa meneruskan perhubungan dengan F aderlah satu tindakan salah.. aku harus bangkit untuk membetulkan keadaan.. mungkin sekarang aku tewas.. tapi, esok lusa belum tau lagik..

aku biarkan masa menentukan segalanya……

TIDAKKKK!!!!!!

h1

Finalis AJL 2008!!

Disember 13, 2008

kali nih kita ceria2 sket yer uols.. asik serabut dgn masalah cintan cintun jer!! bosanlah!!

hmm.. berakhirnya separuh akhir muzik2 kategori pop rock tadi, maka secara rasminya kita tahulah senarai penuh finalis Anugerah Juara Lagu 2008… Edisi ke-23 dah AJL rupanya.. yang penting tahun nih banyak gak keputusan2 luar jangka dan agak sengit jugaklah list tahun nih.. ampai susah nak predict sapa yang boleh ditabalkan sebagai Juara AJL23 kali nih.. (untuk rekod, AJL22 memang aku target Estranged yang dapat!!! hahaha…)

so, berikut aderlah senarai penuh finalis AJL23:-

Etnik Kreatif

  1. Doa Dalam Lagu – Mawi&Heliza
  2. Persoalan Cinta – Farawahida
  3. Dusta Berkalang – Aiman

awis: kategori nih dah semakin hambar… bagi pendapat aku, of course lah Doa Dalam Lagu boleh grab trophy kali nih.. tapi kalolah berlaku kejutan, aku rasa Aiman boleh dapat.. masyuk gak lagu dia.. cuma terlalu A’rabb laa sebutan dia…

Balada

  1. Coba – Faizal Tahir
  2. Sampai Syurga – Faizal Tahir
  3. Bila Nak Saksi – Spider
  4. Hanya Di Mercu – Ayu
  5. Lagu Kita – Aizat
  6. Dingin – Ziana Zain (tiba2 pihak TV3 umum finalis lagu tambahan untuk kategori balada masa semifinal pop rocl tadi… tapi tak per.. wpun aku sedih bukan nubhan, kak ziana pun kelesss gak… huhu)

awis: balada memang sengit.. peringkat separuh akhir pun dah sengit gila.. personally aku kecewa lagu nubhan tak masuk.. lagu tuh bagi aku kuat gila.. mungkin taste jury berbeza.. tapi aku bangga dgn performance Bob… meletup ok.. memang dia bersungguh2… tapi lagu biasa2 jer bagi aku.. tak berapa kuat… personally, aku rasa Faizal tahir akan grab trophy untuk kategori nih.. maybe untuk lagu sampai syurga… tapi untuk kejutan aku pilih lagu Aizat.. simple and nice.. dekat dengan hati… huhuhu..

Pop Rock

  1. Yang Pernah – Estranged
  2. Bukan Disini – Sofaz
  3. Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussein
  4. Kalis Rindu  – Elyana
  5. Aku Stacy – Stacy

awis: aku kecewa fiq tak dapat masuk… macam best jer tadik.. wpun tak sebest 3 malam tanpa bintang.. aku kecewa dengan Estranged sebab Rich hampeh bawak lagu Yang Pernah tadik.. mungkin sebab lagu dia kuat menyebabkan dia layak masuk final.. hmm.. personally, aku rasa Meet Uncle Hussein bleh grab trophy.. lagu yang unik dengan syarat kena perform final nanti.. kenapa bukan Estranged?? sebab lagu dia mcm sama jer dgn lagu tahun lepas Itu Kamu… huhuhu.. kalo untuk kejutan, aku pilih Stacy, Aku Stacy.. gempak sehh performance dia!!! lagu pun kuat.. lirik pun kuat!! huhuhu…

so, tak sabar nak tunggu AJL nanti.. untuk vokal terbaik, aku target antara kak ziana n stacy!! persembahan terbaik tak tau lagilah kan… untuk Juara Lagu, hmm… susah lah kali nih!!! argghhh… yang penting sama2 kita nantikan ek..

cheers..

Chow!!!

h1

Aku, dia dan dia….

Disember 12, 2008

hidup aku memang tak tentu arah sekarang nih.. otak serabut.. fikiran terganggu.. macam2 lagi lah.. yang penting mmg tak tenteram.. kalau lah masa boleh diputarkan ke masa lampau, banyak benda yang aku akan ubah.. aku takkan mengecewakan A.. aku akan sayang A.. sepenuh hati dan jiwa raga aku.. tapi sekarang?? hati aku dilanda permasalahan yang aku sendiri tak tahu apa kesudahnnya… aku telah menyayangi F.. aku menyayangi F macam orang gila.. walaupun jarak kami jauh tapi aku tetap setia dan percaya yang dia juga menyayangi aku sepnuh hati dan jiwanya.. tapi mungkin aku salah.. F mungkin menyayangi aku.. tapi F mungkin menyayangi orang lain jugak.. walaupun A bukan lagi ‘cinta’ aku, tapi dia selalu jadi tempat rujuk aku.. A cakap sebelum sayang aku pada F pergi dengan lebih mendalam dan sebelum F tipu aku lagi, atau buat perkara2 yang akan melukakan hati aku dengan lebih teruk lagi, lebih baik tinggalkan dia..

tapi, aku tak tau sama ada aku mampu utk lupakan dia atau tak.. sebab aku sangat sayangkan dia.. sebab dia, aku rasa jiwa aku terisi dengan kasih sayang.. tapi F tipu aku.. banyak benda yang dia tipu aku.. sampai satu tahap aku rasa F tak ikhlas sayang dengan aku… entahla.. aku pun tak pasti.. aku pun baru kenal dia.. bulan puasa hari tuh baru aku kenal.. tapi itu tak memberi maksud aku boleh senang2 lupakan dia… A ada cakap kat aku yang kalo aku tinggalkan dia, mungkin aku akan dapat yang lebih baik dan lebih sempurna daripada F… tapi A, itu semua mungkin.. yang paling aku geram bila A cakap ” you are lawyer!! you should not be indecisive!! make a wise decision!!”… yahh.. mmglah aku lawyer, tapi bab cintan cintun nih aku mmg fail!! yah, i’m a failure..

sehingga, saat post nih aku tulis.. aku masih tak tau apa sepaptutnya aku buat.. mungkin aku patut beri dia peluang kedua?? tapi mungkin tidak sebab kata A, kalo dia dah biasa menipu dalam perhubungan, dia akan tetap menipu sampai bila2.. manusia tak pernah puas…

mungkin betul cakap A… walaupun hati masih kuat menyayangi F, tapi aku perlu untuk lepaskan dia.. biarlah dia carik haluan dia sendiri.. aku yakin, dengan cara hidup dia sekarang dia boleh dapat insan yang jauh lebih baik daripada aku.. cuma aku??

akhirnya sendiri lagi….. hmmm….

h1

Laskar Pelangi

Disember 10, 2008

Nidji – Laskar Pelangi

Mungkin Adalah Kunci
Untuk Kita Menaklukkan Dunia
Telah Hilang
Tanpa Lelah Sampai Engkau
Meraihnya

Laskar Pelangi
Takkan Terikat Waktu
Bebaskan Mimpimu Di Angkasa
Raih Bintang Di Jiwa

Menarilah Dan Terus Tertawa
Walau Dunia Tak Seindah Surga
Bersukurlah Pada Yang Kuasa
Cinta Kita Di Dunia

Selamanya…

Cinta Kepada Hidup
Memberikan Senyuman Abadi

Walau Ini Kadang Tak Adil
Tapi Cinta Lengkapi Kita

Laskar Pelangi
Takkan Terikat Waktu
Jangan Berhenti Mewarnai
Jutaan Mimpi Di Bumi

Menarilah Dan Terus Tertawa
Walau Dunia Takseindah Surga
Bersukurlah Pada Yang Kuasa
Cinta Kita Di Dunia

Selamanya…