wassup guys… lama gila aku tak update blog aku nih… alasan aderlah seperti biasa.. bz dgn kerja dan kehidupan seharian… takderlah byk sgt aku nak update.. keseluruhannya ader 3 benda jer yang aku nak update….
1) Pakcik aku yang aku panggil Papa, telah kembali ke rahmatullah pada 24/10/2008 bersamaan hari jumaat yang lalu… setelah hampir 24 hari juga dimasukkan ke ICU di Hospital Kelang, akhirnya Tuhan lebih menyayanginya… Al-Fatihah..
2) Raya nih ader beberapa majlis rumah terbuka yang aku hadiri.. rumah terbuka Jabatan Peguam Negara, rumah terbuka JALSOA kat Istana Kehakiman dan satu2 nya open house kawan yang aku sempat hadir aderlah rumah Fahrol (Loisa Chong) kat S.Alam… happening gak sebab kitorang pg ramai2.. siap ader kambing golek tuh… huhuhu…
3) Sekarang nih aku ader kat Terengganu… ader pertandingan DEBAT KOMUNITI BESTARI KEBANGSAAN 2008.. sekarang dah nak final stage.. ader 4 negeri yang berjaya melayakkan diri berdasarkan juara pada pertandingan peringkat zon yg lepas.. 4 negeri tersebut aderlah:
SABAH
NEGERI SEMBILAN
PENANG
WILAYAH PERSEKUTUAN
jadi pasukan aku (N9), akan bertemu dengan Sabah pada peringkat separuh akhir nanti… kalo menang akan ke Final pada sabtu ini yang akan berlangsung di Taman Tamadun Islam, Terengganu… so doakan kejayaan kitorang ok…. huhuhu..
ok lah… setakat itu jer update yg aku ader… nanti2 bila free sket aku post entry2 yang vogue lagi meletup yerr…











