
Pulut Vs Mulut
September 18, 2008Aku cuba memberi pandangan serta tafsiran dari kaca mata seorang Insan yang sudah matang dan dewasa.. benarlah apa orang kata.. bila kita semakin menginjak usia.. banyak perkara yang akan kita fikir sebelum tutur kata mula bicara… banyak perasaan dan hati yang cuba dijaga sebelum suara menikam ruang udara.. banyak sebab dan punca yang menjadi penghalang daripada kata-kata ini dialun kepada mereka yang masih belum mengerti tentang kehidupan yang penuh suka, duka, lara dan sengsara…
Hidup ini… bukan untuk serkap jarang dan iri hati… bukan untuk cemburu buta dan hasad dengki.. bukan juga untuk bawa seribu cerita yang tanpa mencari kebenaran yang pasti… mata tidak boleh melihat apa yang ada dalam hati.. maka kita perlu hati-hati… takut suara dan kata-kata yang dikeluarkan boleh mencemar jiwa dan merosakkan setiap salur sendi dan nadi.. aku tahu di zaman teknologi ini.. macam-macam boleh terjadi.. kalo tidak masakan apa yang berlaku di sini.. pantas diketahui oleh makhluk yang jauh hidup bersendiri.. tapi sebab kata-kata cuba dialun mengikut sesedap hati… cerita yang baik jadi fitnah dan semakin sensasi… gegar alam buana bila makhluk di sana tanpa usul periksa angguk membenarkan apa yang didengari.. masalah yang berlaku sejak dulu hingga kini… puncanya?? suara serta kata-kata anak-anak yang dibelai serta dimanja bagai menatang minyak sapi…
tak cukup cerita seberang lautan… kerana kata-kata di sini pula bercakaran dan penuh pertelingkahan… dahulu sahabat dan kawan.. sekarang kaulah binatang kaulah haiwan… orang kata sikap ’bodoh sombong’ boleh merosakkan kesihatan dan perhubungan… kata mereka “kami tak suka ada campur tangan”… baik, kalo itu yang diinginkan… tunjuklah pada dunia cara itu boleh membawa kepada kejayaan dan kegemilangan… orang kata “jangan derhaka pada orang tua.. buruk padahnya…” tapi sorang pun taknak ambil pengajaran… mungkin terasa diri terlalu hebat dan hebatnya pula tiada bandingan… sebab kata-kata dan suara juga hal ini berlarutan dan dibiar tenggelam di lautan nista tanpa pengakhiran… benar rezeki itu di tangan Tuhan… tapi, cuba kaji dengan teliti apa agaknya yang menyebabkan KEJATUHAN, KEHANCURAN, KEMUSNAHAN YANG AMAT MEMALUKAN!!!!
Kesimpulan aku mudah…
‘Kerana Pulut Santan Binasa… Kerana Mulut Badan Binasa’
Renung-renungkanlah…
Ikhlas dari Aku yang Takkan Bersuara…
silap la bro, kerana mulut, pulut binasa. baru tul.
awis: betul gak ek kata ko kili… hmmm…
norquueeee
macam i paham je ape yang u tulis ni….
biarkan je mereka yang bodoh sombong, kerna akhirnye mereka akan jerit meminta tolong, melolong didalam lohong yang dibina asasnye SOMBONG!!!haha..tetap nak rimakanzzz…u ape khbr??lame tak jumpa…mish u
awis: memang kelezzz rima u.. miss u too..