a’kum..
wassup guys… hmm.. hari nih bersamaan 30 Ramadhan 1429H.. iaitu hari terakhir kita berpuasa.. maknanya sehari sebelum kita menyambut Syawal mulia pada esok hari.. kalo ikut sesetengah adat Melayu kat Malaysia nih hari ini juga kita panggil hari Mantai… korang tau tak mantai tuh apa?? Mantai tuh aderlah sejenis kuih yang sedap di makan di tepi pantai aderlah hari persediaan nak sambut raya la… kiranya time nih la segala persediaan terakhir dilakukan.. Bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang, masak kuah kacang dan sebagainya mengikut selera perut keluarga masing2…
tahun nih aku beraya kat Kampung aku kat Seremban… actually tak banyak benda berlaku pada hari mantai sebab kitorang dah siapkan semalam… bukan apa, semalam pun bleh dikira mantai sebab mana tau kot2 ari nih raya kan.. so, untuk mengelakkan risiko walaupun dah tau yang esok Raya semua juadah2 penting dimasak semalam…
Rendang Ayam, Rendang daging, Ketupat palas… semua dah siap semalam..
hari nih cuma masak kuah kacang dan rebus nasi himpit… Lemang??? hmm.. tak salah aku, last time kitorang bakar lemang time aku darjah 5 kot… pastuh tak buat dah.. tak larat.. so, beli jerla…
hmm.. so, ari terakhir poser nih selalunya kitorang akan berbuka dengan masakan hari raya yang dah siap.. sebab ibu aku cakap, makan jer lah apa yang ader.. tak larat nak masak benda2 lain.. huhuhu..
ok lah.. nak tido jap… hahaha…
chow..
p/s- tahun nih aku dah kena bagi duit raya kat anak2 buah dan anak2 sedara.. huhuhu.. bankrup aku moga Tuhan murahkan rezeki aku akan datang….








