h1

Perkara 1: Kursus Alam Sekitar

Ogos 11, 2008

wassup guys.. seperti yang aku janji kan kat korang sebelum nih aku akan update kat korang tiga perkara.. ini perkara pertama yang aku nak share ngan korang..

4 hingga 6 Ogos yang lepas.. aku dihantar untuk mengikuti kursus mengenai isu2 alam sekitar dan hidupan liar yang dianjurkan oleh ILKAP dan NRE.. aku orang jer yang dipilih mewakili bhagian hal ehwal antarabangsa, Jabatan Peguam Negara iaitu opis tempat aku bekerja… huhuhu..

kursus nih secara keseluruhannya mmg gempak dan best la.. 1st day agak bosan sebab satu hari di ILKAP hanya dengar ceramah jer.. pagi sampai ker petang.. cuba korang bayangkan?? huhuhu…

tapi the adventure begin from the next day until last day.. pagi2 5hb kitorang naik bas ILKAP pegi ke Pahang.. halatuju kitorang ader lah menuju ke Institut Biodiversiti di Hutan Krau, Pahang.. ala.. tempat nih dekat2 dengan area Bentong.. kiranya tak lah jauh sangat dari KL.. odw ke sana kitorang buat sesi lawatan ker Kilang Kelapa Sawit, di Felda Krau.. aderla dalam 2 jam kat sana.. siap minum pagi+makan tengah hari disajikan oleh penduduk2 Felda yang menyambut ketibaan kitorang yang ala2 VIP gitew….. hahaha…

pastu petang masuk kelas balik.. then malam ader ‘night walk’ wa cakap lu.. gempak tak?? tapi tak lah masuk hutan sangat sebab hari hujan.. so, atas dasar keselamatan kitorang ‘walk on the tar road’ jer la.. huhuhu… tapi still hutan ok… last day mmg menyerenokkan tahap gaban…. outdoor activities semuanya… main2 dengan rusa, bagi beruang makan, bagi gajah makan+mandi dengan gajah.. menari denagn org asli pun ader.. tak percaya???? aku pun pada mulanya tak percaya.. tapi mmg itulah aktiviti kitorang!! best dan gempak.. kalo ader peluang.. mmg aku nak pegi lagik..

untuk tatapan korang dan sebagai bukti aku tak cakap bohong.. tengok gambar2 nih… huhuhu..

“peserta-peserta kursus”

“bermanja dengan rusa”

“menyusukan anak beruang.. euwww”

“memeluk bapak beruang”

“gajah: beratnya anak aku..”

“debushh.. gajah jatuhkan kitorang”

Tinggalkan Komen