
Debat! Debat! Debat!
Julai 14, 2008wassup guys.. korang sehat tak?? harap2 sehat la yer.. bukan apa, aku dgr skang nih tgh wabak demam+selsema… ramai gila yg terlantar sakit.. so, pastikan makan makanan yang bersih, minum air yang dimasak dan banyakkan makan buah-buahan.. lagipun, skrg kan musim buah2an tempatan mahu pun bukan tempatan… ‘macam-macam ada’ bak kata astro.. kalo kat N9 area2 Kuala Pilah tuh, macam2 buah ader.. buah naga la, jagung la, mata kucing la.. yang paling tak tahan buh rambutan, manggis dan jugak buah kundang… best gilaa!! (apa yang aku merepek nih??)
hmm.. sebenarnya nak cerita sket… kan aku bgtau ari tuh yang aku pegi lawan debat weekend lepas.. hmm.. sebenarnya Pertandingan tuh ada;ah dalam Zon 3 iaitu Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Johor..
setelah habis perlawanan separuh akhir, telah diumumkan yang negeri-negeri yang layak ke pertandingan akhir bagi Zon 3 adalah Negeri Sembilan dan Sarawak.. huhu…
Semalam, Ahad bersamaan 13 Julai 2008 bertempat di Dewan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah, maka berentaplah kedua-dua negeri ini untuk menentukan siapa yang akan merangkul kejuaraan dan sekaligus akan mewakili Zon 3 ke peringkat Kebangsaan pada Bulan Ogos nanti di Terengganu…
Tajuk pada pertandingan Akhir Debat Merdeka Komuniti Bestari ni adalah ‘Blog: Membawa Keburukan’.. Sarawak bertindak sebagai Pencadang dan Negeri Sembilan sebagai Pembangkang.. perlawanan agak fight jugak dan agak menakutkan bagi pembangkang kerana takut hakim akan mind-setting.. maklumlah.. sejak akhir2 nih macam kritikan dan kutukan terhadap blog2 yang ader di Malaysia nih sebab telah memberi hasutan la, fitnah la dan macam2 cerita negatif yang lain…
Namun, bersandarkan pendekatan kreatif serta teknikal pihak pembangkang maka inilah keputusannya:-
JOHAN – NEGERI SEMBILAN
NAIB JOHAN – SARAWAK
PENDEBAT TERBAIK – muhammad firdaus abdul rahim hehe…
Alhamdulillah… berkat kesungguhan beraksi di bumi sendiri, maka pasukan tuan rumah berjaya merangkul kejuaraan untuk mewakili Zon 3 ke peringkat kebangsaan nanti.. mesti ader yg kata bias sebab tuan rumah dan sebagainya.. tapi, untuk pengetahuan korang hakim2 semuanya dari negeri2 yang berkecuali… so, aku yakin mereka amat berintegriti dan telus.. huhuuhu..
p/s:- pada teammates (abg anip, jijul dan rita), pastikan Juara Kebangsaan milik kita nanti.. huhuhu.. kepada ayoi dan ‘buntal’… terima kasih banyak sebab sudi nak temankan aku smpai abis masa ujung minggu korang… mmuuaahhhh..
ok lah.. setakat nih.. tu jer cerita yang aku ader..
chow!!
aik? ko masuk lagi ek walaupun dah abes blaja?
awis: ni debat tuk org dewasa.. bukan wakil Uni.. tapi wakil kampung.. hahaha
hmm, tahniah. doakan nua plak tuk selangor. nanti boleh jumpa dekat kebangsan..
awis: Insyaallah.. buat sehabis baik..
perghhhhh terkasima jap tengok header. hehe
awis: apsal lak nak terkesima?? hmm…
best nye.
Tahniah.
Sokongan infiniti utk team ni !!!!!!
http://penamaya.wordpress.com
awis: terima kasih kerana menyokong!! huhu…
Tahniah abg Bob.
Moga maju jaya slepas ini…
awis: terima kasih.. doakan kitorang nanti ek..
SALAM ZIARAH.
Tahniah bro Firdaus. Mantap. Partner dgn sape? x-UKM jgk ke or ada team br dr AG.
bertambah “kaya”la menang debat lg
awis: satu team dgn jijul, abg anip and Riduan ex-debater UM..
Tahniah … usul agak berat untuk pembangkang .. tapi semamangnya pasukan N9 mantap n semantap line upnya … saya tetap optimis Kejuaraan Di terengganu nanti N9 …. Coz zon 4 pun biasa jer kot …
Melaka
awis: doakan sajer yer.. rezeki semua di tangan Tuhan.. janji dapat buat yg terbaik..
bob aku demam gak… rindu kat kecomelan hang.
doakan selangor team… nak jumpa team N9 kat final kebangsaan confident x??
awis: Insyaallah.. buat yg terbaik kat Kedah.. aku dgr zon korang mantap2…