Arkib bagi Hari 10 Julai 2008

h1

Penat dan Sakit Kepala!!!

Julai 10, 2008

wassup guys… hmm.. tak banyak benda yang berlaku kat aku sekarang.. hidup sebagai seorang yang dah berkerja faham2 lah kan.. pegi pagi, balik umah ptg atau malam.. then rehat dan tido.. takder masa nak update blog..

mungkin korang pikir aku nih ngada2 sebab baru dua minggu kerja dah mengeluh macam2.. tapi, itulah hakikatnya.. penat sehh.. kerja boleh tahan banyak dan agak sukar.. penat badan dan penat kepala.. everything is like very new to you.. setakat nih aku blum lagi balik umah tepat jam 5pm.. paling awal pun aku boleh kuar opis adalah kul 5.15… itu pun aderla skali… huhu.. apa pun, setakat nih aku kerja happy la.. working environment is cool.. sometimes u will look everyone very busy.. but sometimes u will hear a loud of laughing from all staff here… huhuhu… yg penting.. happening la..

hmm.. selain daripada kerja.. just want to inform that esok sampai Ahad nih aku ader pertandingan Debat Komuniti Bestari peringkat Zon.. kiranya esok lepas jer office hour aku kan terus rush pergi Kuala Pilah.. iaitu lokasi pertandingan.. Negeri Sembilan merupakan tuan rumah untuk Zon yang aku akan lawan nih.. ader 4 negeri semuanya… Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Johor… 

Sabtu nih kitorang akan lawan dengan Perlis dan Sarawak akan lawan dengan Johor… perlawanan adalah kalah mati.. so, sapa yang menang akan bertemu di Final yang akan diadakan pada keesokan harinya iaitu hari Ahad… then, sapa yang menang Final akan berlawan di Terengganu untuk menentukan negeri mana yang akan menjuarai Debat Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan 2008.. Final akan disiarkan secara live tuh… aku harap sangat, percubaan aku kali pertama nih akan membuahkan hasil sekurang-kurangnya Johan peringkat zon nanti…

so.. minggu nih mmg agak memenatkan aku.. aku doa agar diberi kesihatan yang secukupnya oleh Tuhan.. bukan apa.. setakat ni kalo aku penat2 gila macam nih mesti demam… huhuhu…

so guys.. wish me luck!!!!

chow…