Arkib bagi Hari 5 Julai 2008

h1

Status: Bukan Penganggur!!

Julai 5, 2008

wassup guys… apa kabar?? huhu.. akhirnya dpt jugak aku curik sedikit masa tuk update blog aku nih.. hmm.. utk pengetahuan korang hari ini (jumaat) merupakan hari keempat aku bergelar seorang ‘pekerja’.. aku bukan lagi berstatus penganggur skarang.. setelah penat menganggur selama 2 bulan, duk kat umah membesarkan badan dan segala yang boleh diperbesarkan, akhirnya aku hentikan aktiviti2 itu berkuatkuasa 1hb Julai 2008 bersamaan hari Selasa lepas.. huhu…

ceritanya begini.. hari Isnin lepas dalam pukul 10pg aku pun dapat panggilan dari sebuah jabatan kerajaan yang meminta aku ‘report duty’ pada keesokan harinya iaitu hari Selasa la.. Gila kentang!!! mengejut gila.. hari nih call esok terus report duty la.. mmg kerja gila.. nasib baik lah dekat, cuba bayangkan yang duk sabah ker, swak ker, Milan ker… huhuhu.. tak ker parah tu??

so, kesokan harinya kul 5.00am aku dah bangun.. cewah, semangat gila.. cuak pun ader.. yerla.. aku dari umah akak aku kat Nilai.. nak report duty kat Putrajaya.. jauh gak la.. sampai kat Putrajaya dalam kul 7.15pg… awal gila.. report kul 8.30am.. hahaha.. paper jerla.. dalam dekat pukul 9.00pg, lobi bangunan C3 kat Kompleks C dah meriah gila.. aderla dalam dekat 100 orang yang report duty ari tuh… basically, ramai yang tak tau lagi dapat jawatan apa.. maklumla, kerja kerajaan risikonya aderlah bersedia utk di post kan kat mana2 sahaja dan apa2 jawatan yang diorang suka hati nak bagi..

so, setelah taklimat dan sesi penyerahan arahan penempatan yang ala2 bagi tugasan AF jer aku rasa.. maka, inilah jawatan aku sekarang:-

Peguam Persekutuan,

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa,

Jabatan Peguam Negara,

Putrajaya.

actually masa interview, division ni lah yang aku mintak.. dan Alhamdulillah aku berjaya dapat apa yang aku mintak.. ader 7 orang semuanya sekali sama dgn aku yang daftar kat International Affair Division (IAD) hari tuh.. yang paling aku suka skali, kawan aku Jinan pun dapat sama division dengan aku… wakakaa.. sukanya… lagi 2 orang kawan aku aeron ngan mona pun dapat jawatan yang sama tapi diorang Bahagian Guaman.. kat tingkat 3.. kitorang tingkat 6…

yang lain2 macam taufik, jah, fazlin, aida kelate dan ramai lagilah.. diorang dapat pendakwaan.. tgh kursus kat ILKAP sekarang nih.. dgr serta Taufik dapat jadi Timbalan Pendakwa Raya kat BPR.. Gempak sehh… huhu..

so, kiranya aku dah mula bz la sebab dah mula kerja.. 2nd day jer aku dah dapat kerja.. byk la jugak untuk beginner mcm aku nih.. huhu.. tapi so far so good la.. oh lupa lak nak bgtau.. even aku di bawah International Affair Division tapi aku diletakkan di bawah unit yang khusus.. macam Gnan dia di bawah Unit Human Rights.. Aku??? hehehe… aku di bawah unit Environment, Space and Private International Law.. huhu.. kiranya aku banyak uruskan hal2 Alam Sekitar dan Angkasa Lepas dan lain2 lagik.. wakaka..

ok lah.. tu jer cerita aku.. takleh cerita lebih2.. maklumla sebagai penjawat Awam kena sensitif.. takleh cerita over2.. rahsia kerajaan kena jaga… ahahahaha..

gua chow…