Arkib bagi Bulan Julai 2008

h1

Bowling!!

Julai 31, 2008

wassup guys… lama gak aku tak update blog aku nih.. biasalah.. alasan yang klise aderlah takder masa nak update.. balik umah lepas kerja sejak akhir2 nih agak lewat.. so, sampai jer umah, mandi2 terus menidurkan diri… Tilam Vono aku yang berharga RM600 tuh mmg memanggil2 setiap kali aku balik umah.. huhuhu..

hmm.. Jabatan aku akan adakan karnival sukan.. salah satu permainannya aderlah boling.. Futsal ader gak.. tapi aku nak main futsal?? hahaha.. in your dreams bebeh.. so, hari Isnin lepas Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa iaitu bahagian di mana aku bekerja sekarang buatlah sesi latihan+sesi pemilihan.. so, abis jer kerja dalam kul 6 kitorang dah berkumpul kat Alamanda..

hari tuh kitorang main dalam 3 game gak la… aku yang dah lama tak main boling.. balik2 umah jer, rasa nak tercabut segala urat dan sendi.. lenguh siut.. huhuhu..

so, ari nih ari kamis ader lagi satu sesi latihan… esok baru akan diumumkan sapa yang akan wakil Bahagian untuk pertandingan tuh nanti.. prestasi aku?? hmm.. biasa2 jer.. masih bertaraf amatur… hahahaha..

oklah.. doa2 lah aku supaya dapat menujukkan prestasi yang memberangsangkan petang nanti.. untung2 dapat terpilih wakil bahagian… huhuhu..

chow!!

h1

Seminggu Yang Bosan!!!

Julai 20, 2008

wassup guys.. huhu.. baru leh bernapas sket utk update blog aku ni haa.. takda menda pun yg berlaku.. weekdays lepas, seperti biasa aku kerja la kan.. takder aktiviti pun.. cuma Rabu lepas, aku kerja half day jer sebab petang aku ader interbiu kat Suruhanjaya Sekuriti.. Hasrul teman aku pegi ker Mont Kiara utk interbiu tuh.. aku rasa tak dapat kot.. ntahla.. kalo tak dpt pun blum tentu aku nak pegi.. maklumla.. aku kan dah start kerja kat AG.. walaupun kerja agak banyak, macamlah kalo aku kerja kat private company kerja sket.. so.. ntahla.. apa2 hal nanti aku update ok..

hmm.. skarang nih aku dah duk menyewa kat seksyen 7 Bandar Baru Bangi.. Apartment Intana Ria, Tingkat 4.. best gak la tempat nih.. ader security.. ader swimming pool lagik.. pagi semalam, kul 7.30 pagi aku n housemate aku dah terjun kat pool apartment kitorang… mesti ramai yang takut nak turun join sebab tgk ‘ikan paus’ berenang sampai abis melimpah air kolam.. hahaha.. tapi best gak la.. leh gak aku exercise.. berenang aderla exercise yang bagus.. leh kuruskan badan.. gitteww..

malam tadik aku pegi KLIA.. antar 2 org junior aku (junior debat merangkap junior law) si black n nash berangkat ke Sarajevo, Bosnia… gempak tak?? huhu.. diorang bukan pegi berperang ker, buat misi keamanan ker apa.. cuma wakil Malaysia ader conference pasal Human Rights kat sana.. aku sbagai Senior tumpang bangga gak la.. ramai gak dak2 debat pg antar semalam.. kecoh gak la KLIA dgn ke ‘havoc’an kitorang.. biasalah.. dak2 debat kan.. nak2 lagi dak debat UKM… huhuhu.. diorang fly ke Frankfurt dulu pastu baru tukar flight ke Sarajevo.. Malaysia takder direct flight ke Sarajevo lagi..

tgh hari tadi aku mengangkut barang2 yang masih tinggal kat kampung utk balik ke rumah baru.. tak la byk mana pun.. tapi penuh gak la kereta aku.. nasib baik haousemates aku ader kat umah.. so, diorang la tolong mengangkut tadi.. umah aku kira kosong lagik.. tv, peti ais perabot2 lain sumer takder lagik.. nasib baikla ader laptop dgn broadband nih… huhu.. maklumla.. gaji tak dapat lagik.. tapi, kitorang ader misi.. akan penuhkan rumah nih dgn kelengkapan yang moden, canggih lagi terkini.. sesuai dengan kehidupan org2 bujang yang sudah berkerja macam kitorang nih.. so, bila dah sempurna nanti.. aku update gambar2 dalaman umah aku kat sini nanti.. tunggu yer…

ok lah… nak kuar jap.. si ‘buntal’ aku tuh nak minta tlg aku teman dia pegi beli tikar getah dan baldi.. macam2.. hari tuh taknak beli.. ngada2!!!…

chow dulu!!!

p/s:- kalo ader sesaper nak sponsor kitorang TV ker.. Peti Ais ker… dialu2kan lah yer.. nak sponsor benda lain pun boleh.. contact jer gua.. kecik tapak tangan, perut aku tadahkan.. hahahah

h1

Debat! Debat! Debat!

Julai 14, 2008

wassup guys.. korang sehat tak?? harap2 sehat la yer.. bukan apa, aku dgr skang nih tgh wabak demam+selsema… ramai gila yg terlantar sakit.. so, pastikan makan makanan yang bersih, minum air yang dimasak dan banyakkan makan buah-buahan.. lagipun, skrg kan musim buah2an tempatan mahu pun bukan tempatan… ‘macam-macam ada’ bak kata astro.. kalo kat N9 area2 Kuala Pilah tuh, macam2 buah ader.. buah naga la, jagung la, mata kucing la.. yang paling tak tahan buh rambutan, manggis dan jugak buah kundang… best gilaa!! (apa yang aku merepek nih??)

hmm.. sebenarnya nak cerita sket… kan aku bgtau ari tuh yang aku pegi lawan debat weekend lepas.. hmm.. sebenarnya Pertandingan tuh ada;ah dalam Zon 3 iaitu Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Johor..

setelah habis perlawanan separuh akhir, telah diumumkan yang negeri-negeri yang layak ke pertandingan akhir bagi Zon 3 adalah Negeri Sembilan dan Sarawak.. huhu…

Semalam, Ahad bersamaan 13 Julai 2008 bertempat di Dewan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah, maka berentaplah kedua-dua negeri ini untuk menentukan siapa yang akan merangkul kejuaraan dan sekaligus akan mewakili Zon 3 ke peringkat Kebangsaan pada Bulan Ogos nanti di Terengganu…

Tajuk pada pertandingan Akhir Debat Merdeka Komuniti Bestari ni adalah ‘Blog: Membawa Keburukan’.. Sarawak bertindak sebagai Pencadang dan Negeri Sembilan sebagai Pembangkang.. perlawanan agak fight jugak dan agak menakutkan bagi pembangkang kerana takut hakim akan mind-setting.. maklumlah.. sejak akhir2 nih macam kritikan dan kutukan terhadap blog2 yang ader di Malaysia nih sebab telah memberi hasutan la, fitnah la dan macam2 cerita negatif yang lain…

Namun, bersandarkan pendekatan kreatif serta teknikal pihak pembangkang maka inilah keputusannya:-

JOHAN                    – NEGERI SEMBILAN

NAIB JOHAN            – SARAWAK

PENDEBAT TERBAIK  – muhammad firdaus abdul rahim hehe…

Alhamdulillah… berkat kesungguhan beraksi di bumi sendiri, maka pasukan tuan rumah berjaya merangkul kejuaraan untuk mewakili Zon 3 ke peringkat kebangsaan nanti.. mesti ader yg kata bias sebab tuan rumah dan sebagainya.. tapi, untuk pengetahuan korang hakim2 semuanya dari negeri2 yang berkecuali… so, aku yakin mereka amat berintegriti dan telus.. huhuuhu..

p/s:- pada teammates (abg anip, jijul dan rita), pastikan Juara Kebangsaan milik kita nanti.. huhuhu.. kepada ayoi dan ‘buntal’… terima kasih banyak sebab sudi nak temankan aku smpai abis masa ujung minggu korang… mmuuaahhhh..

ok lah.. setakat nih.. tu jer cerita yang aku ader..

chow!!

h1

Penat dan Sakit Kepala!!!

Julai 10, 2008

wassup guys… hmm.. tak banyak benda yang berlaku kat aku sekarang.. hidup sebagai seorang yang dah berkerja faham2 lah kan.. pegi pagi, balik umah ptg atau malam.. then rehat dan tido.. takder masa nak update blog..

mungkin korang pikir aku nih ngada2 sebab baru dua minggu kerja dah mengeluh macam2.. tapi, itulah hakikatnya.. penat sehh.. kerja boleh tahan banyak dan agak sukar.. penat badan dan penat kepala.. everything is like very new to you.. setakat nih aku blum lagi balik umah tepat jam 5pm.. paling awal pun aku boleh kuar opis adalah kul 5.15… itu pun aderla skali… huhu.. apa pun, setakat nih aku kerja happy la.. working environment is cool.. sometimes u will look everyone very busy.. but sometimes u will hear a loud of laughing from all staff here… huhuhu… yg penting.. happening la..

hmm.. selain daripada kerja.. just want to inform that esok sampai Ahad nih aku ader pertandingan Debat Komuniti Bestari peringkat Zon.. kiranya esok lepas jer office hour aku kan terus rush pergi Kuala Pilah.. iaitu lokasi pertandingan.. Negeri Sembilan merupakan tuan rumah untuk Zon yang aku akan lawan nih.. ader 4 negeri semuanya… Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Johor… 

Sabtu nih kitorang akan lawan dengan Perlis dan Sarawak akan lawan dengan Johor… perlawanan adalah kalah mati.. so, sapa yang menang akan bertemu di Final yang akan diadakan pada keesokan harinya iaitu hari Ahad… then, sapa yang menang Final akan berlawan di Terengganu untuk menentukan negeri mana yang akan menjuarai Debat Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan 2008.. Final akan disiarkan secara live tuh… aku harap sangat, percubaan aku kali pertama nih akan membuahkan hasil sekurang-kurangnya Johan peringkat zon nanti…

so.. minggu nih mmg agak memenatkan aku.. aku doa agar diberi kesihatan yang secukupnya oleh Tuhan.. bukan apa.. setakat ni kalo aku penat2 gila macam nih mesti demam… huhuhu…

so guys.. wish me luck!!!!

chow…

h1

Status: Bukan Penganggur!!

Julai 5, 2008

wassup guys… apa kabar?? huhu.. akhirnya dpt jugak aku curik sedikit masa tuk update blog aku nih.. hmm.. utk pengetahuan korang hari ini (jumaat) merupakan hari keempat aku bergelar seorang ‘pekerja’.. aku bukan lagi berstatus penganggur skarang.. setelah penat menganggur selama 2 bulan, duk kat umah membesarkan badan dan segala yang boleh diperbesarkan, akhirnya aku hentikan aktiviti2 itu berkuatkuasa 1hb Julai 2008 bersamaan hari Selasa lepas.. huhu…

ceritanya begini.. hari Isnin lepas dalam pukul 10pg aku pun dapat panggilan dari sebuah jabatan kerajaan yang meminta aku ‘report duty’ pada keesokan harinya iaitu hari Selasa la.. Gila kentang!!! mengejut gila.. hari nih call esok terus report duty la.. mmg kerja gila.. nasib baik lah dekat, cuba bayangkan yang duk sabah ker, swak ker, Milan ker… huhuhu.. tak ker parah tu??

so, kesokan harinya kul 5.00am aku dah bangun.. cewah, semangat gila.. cuak pun ader.. yerla.. aku dari umah akak aku kat Nilai.. nak report duty kat Putrajaya.. jauh gak la.. sampai kat Putrajaya dalam kul 7.15pg… awal gila.. report kul 8.30am.. hahaha.. paper jerla.. dalam dekat pukul 9.00pg, lobi bangunan C3 kat Kompleks C dah meriah gila.. aderla dalam dekat 100 orang yang report duty ari tuh… basically, ramai yang tak tau lagi dapat jawatan apa.. maklumla, kerja kerajaan risikonya aderlah bersedia utk di post kan kat mana2 sahaja dan apa2 jawatan yang diorang suka hati nak bagi..

so, setelah taklimat dan sesi penyerahan arahan penempatan yang ala2 bagi tugasan AF jer aku rasa.. maka, inilah jawatan aku sekarang:-

Peguam Persekutuan,

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa,

Jabatan Peguam Negara,

Putrajaya.

actually masa interview, division ni lah yang aku mintak.. dan Alhamdulillah aku berjaya dapat apa yang aku mintak.. ader 7 orang semuanya sekali sama dgn aku yang daftar kat International Affair Division (IAD) hari tuh.. yang paling aku suka skali, kawan aku Jinan pun dapat sama division dengan aku… wakakaa.. sukanya… lagi 2 orang kawan aku aeron ngan mona pun dapat jawatan yang sama tapi diorang Bahagian Guaman.. kat tingkat 3.. kitorang tingkat 6…

yang lain2 macam taufik, jah, fazlin, aida kelate dan ramai lagilah.. diorang dapat pendakwaan.. tgh kursus kat ILKAP sekarang nih.. dgr serta Taufik dapat jadi Timbalan Pendakwa Raya kat BPR.. Gempak sehh… huhu..

so, kiranya aku dah mula bz la sebab dah mula kerja.. 2nd day jer aku dah dapat kerja.. byk la jugak untuk beginner mcm aku nih.. huhu.. tapi so far so good la.. oh lupa lak nak bgtau.. even aku di bawah International Affair Division tapi aku diletakkan di bawah unit yang khusus.. macam Gnan dia di bawah Unit Human Rights.. Aku??? hehehe… aku di bawah unit Environment, Space and Private International Law.. huhu.. kiranya aku banyak uruskan hal2 Alam Sekitar dan Angkasa Lepas dan lain2 lagik.. wakaka..

ok lah.. tu jer cerita aku.. takleh cerita lebih2.. maklumla sebagai penjawat Awam kena sensitif.. takleh cerita over2.. rahsia kerajaan kena jaga… ahahahaha..

gua chow…