Bisikkan pada bulan,
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku…
tanpa dia,
malam menemaniku, sepi memelukku,
bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi,
sepertiku….
hmm.. wassup guys.. Khamis lepas kul 5pm akak aku ajak tgk cerita nih kat Alamanda.. rupa-rupanya dia mmg dah booking tiket awal2 semata2 nak tengok Filem nih pada hari pertama tayangan.. pastuh tak bgtau aku plak tuh.. sepatutnya aku cadang nak tgk Filem nih dgn seseorang.. huhu.. tapi sebab akak aku dah beli tiket nih.. terpaksa la aku tgk dgn dia.. apa pun, aku tetap akan tgk filem nih sekali lagi dgn seseorang itu , baru ader feel… huhu.. (saspen jer ayat)
seperti biasa, aku takkan review filem nih secara memberi sinopsis apa yg telah aku tonton.. sebab aku rasa ramai yag tlah baca sinopsis filem nih dan ramai juga blogger yg buat review pasal falam nih.. apa yg aku akan review ader lah secara keseluruhan mengikut 3 kisah cerita yang ader dalam filem ini.. maksudnya aku akan komen termasuklah cara lakonan pelakon yang ader dalam setiap kisah tuh.. huhuhu.. so, enjoy my review darlingszz…
Kisah Adam (Afdlin, Nasha Aziz, Vanida Imran)
- ini kisah pertama yang dipaparkan.. sebagai permulaan filem aku rasa kisah Adam nih mmg best.. lakonan Afdlin yang sememangnya bersahaja mmg jadi trademark la.. bayangkan dalam ‘happy go lucky’ beliau dalam cerita nih membuatkan kita geli hati sebab afdlin mmg pandai buat kelakar dengan hanya menuturkan dialog yang bersehaja.. hanya org yang betul2 teliti akan perasan.. yang paling best, dalam masa yang sama kita dapat rasa bila ‘Adam’ ini sebenarnya amat sunyi dan SepiĀ dan sentiasa menantikan org yang dicintainya… huhuhu..
- Nasha Aziz – dia mmg sewel.. aku suka gila lakonan dia dalam nih.. bestlah.. sangat2 best.. sangat membuktikan yang Nasha nih mmg pelakon yang hebat.. no wonder lah filem2 lakonan nasha sangat ditunggu.. apa yang aku bleh katakan.. watak dia yang ‘kalut lagi mengarut’ mmg lain dari yang lain.. sampaikan aku terbayang takder sapa yang sesuai membawakan watak ituh selain dari Nasha.. sebab pembawaan Nasha mengikut rentak dia sendiri…
- lakonan vanida seperti biasa mmg classy.. tapi nothing special sebab dia mmg dah biasa bawak watak lakonan ala2 wanita anggun nih.. so, nothing special but still not denying that she is a good actress..
- Ending – terus terang, pada awal cerita aku amat menyukai kisah Adam yang sarat dgn emosi dan perasaan.. tapi, endingnya terlalu mudah dan aku tak berapa suka.. sangat mudah apabila Adam tak jadi kahwin dgn suzy sebab ilyana kembali kepada adam sebab ilyana sebenarnya tak jadi kahwin.. Apa tuhh??? mmg lah happy ending tuk Adam.. tapi.. hmm.. ntahla.. rasa mcm something missing..
- lastly.. mungkin ader yang tak perasan yang kisah Adam ini dilakonkan oleh 3 orang pelakon yang pernah merangkul pelakon terbaik di FFM… so, what do u expect?? huhuhu.. it’s wonderful!!
Kisah Sufi (Tony Eusoff, Eja, Riezman)
- lakonan tony mmg best.. dia bawak watak Sufi yang kematian Isteri mmg menjadi.. emosi yang dia bawak akibat terlalu sedih dan menyalahkan diri atas kematian isteri dia mmg superbb laa.. bayangkan kita bleh rasa bila ader flashback yang menunjukkan Sufi nih pentingkan kerjaya dia dan agak kurang luangkan masa, tiba2 Tuhan ambil nyawa isteri.. emosi yg Tony luahkan mmg menyentap tangkai hati.. cewahh..
- cuma yang aku agak bosan sedikit apabila ada part yang pasang soundtrack lama gila.. bosan siut.. jadi mcm hilang feel jap.. kalo sekejap mungkin ok.. nih sampai lagu penuh, takder dialog.. aku rasa kurang best sket la..
- dalam cerita nih ader pelakon kanak2.. comel la.. tapi, sayangnya lakonan dia agak hancuss.. bukan apa, aku comparekan dengan lakonan budak perempuan dalam cerita Cinta (yg jadi anak Shidee).. yg nih so kaku.. muka tak beremosi langsung.. kalo lah Kabir amik budak yang sama mesti lagi dasyat dan superbb..
- Ending – ermm.. kesetiaan Sufi yang tunggu perempuan tuh (Eja) sampai dia mati mmg agak memilukan.. tapi, aku personally tak berapa suka sebab, walaupun perempuan tuh still bersama husband dia (rizman) tapi still tak menafikan yang dia tuh curang sebab hati dia sayang kat Sufi.. lepas tuh boleh plak, suami dah mati, baru nak carik Sufi.. pastuh Sufi mati, dia lak yang sedih dan Sepi.. at least ko ader laki sebelumnya.. Sufi?? (wahh tiba2 lak aku emosi..) hahaha… mungkin apa yang digambarkan oleh cerita nih benda tuh mmg berlaku.. ‘apa yg terbaik kita lepaskan.. bukan ditinggalkan’ hmm…
Kisah IIman (Baizura Kahar, Pierre, Syed Hussein)
- rambut baizura so wig murah beli kat Chow Kit.. hahaha.. jgn marah..
- personally, masa tgk kisah nih pada permulaan cerita aku rasa biasa2 jer.. sebab ni kisah remaja kan.. laki nih usha awek nih, tapi awek nih jual mahal seba awek nih dah ader boyfriend.. lakonan pun biasa2 jer aku rasa pada mulanya.. baizura mcm biasa.. tak lah gempak.. lakonan pierre pun kaku semacam.. dan untuk Sein ok lah bagi beginner… nih apa yang aku rasa pada permulaannya…
- bila akhir cerita – OMG!!! this is freak man!! aku mmg takleh agak yang ending dia mcm nih… bulu roma aku meremang, air mata aku bergenang dan macam2 perasaan lagik.. Pierre Andre membawa watak roh yg dah mati.. dan baizura melakonkan watak seorang perempuan yang kematian BF tapi masih belum sedar yang bf dia sebenarnya dah mati.. what a freak man.. this is hollywood standard!!! patutlah lakonan pierre semacam… bila dia flashback balik, terus aku katakan yang lakonan diorang bukan biasa tapi luar biasa dan superbbb beb.. especially pierre…
keseluruhannya… Kabir Bhatia sekali lagi merentap emosi dan perasaan dengan jalan cerita yang luar jangkaan.. pilihan pelakon yang mmg mantap menjadikan cerita nih mantap.. cuma, kenapa lagu ‘Sepi’ nih Yuni Shaara yang nyanyi.. apsal bukan penyanyi Malaysia?? hmm.. just wondering.. akhirnya, bila aku nilai balik, opening dan ending the whole story mmg class dan superbb.. honestly aku mmg nak tgk lagi filem nih.. huhu..
so, my rating is— >>> 4.5 out of 5.0 (kira superbb lah tu kan??)
ok gua chow!!!


