Arkib bagi Hari 28 Jun 2008

h1

‘Si Buntal’ dan ‘UKM Idol’..

Jun 28, 2008

huhu.. nak cerita sket pasal ari Jumaat semalam.. adik angkat aku Si Buntal dah balik ke Semenanjung.. setelah dia bertapa dgn famili dia dan practicum kat kampung halaman dia kat Sabah Milan, maka dia pun baliklah ke sini semalam.. aku amik dia kat LCCT kul 6.30pm semalam.. ramai gila org kat LCCT…

sekarang dia tgh sibuk dgn dak2 debat UKM yang lain untuk uruskan Debat Naib Canselor UKM sempena kemasukan pelajar2 baru ke UKM pada esok hari.. Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 2hb Julai 2008 jam 8.00 malam.. huhuhu… aku telah pun dijemput untuk menjadi salah sorang hakim Final pada malam tuh.. kiranya lepas jer abis kerja, aku terus lah gerak ker UKM nanti…

pasal UKM IDOL plak… huhu.. malam tadi telah diadakan UKM Idol 2008 kat Panggung Seni, UKM.. aku pegi tgk sebab salah sorang finalis tuh besfren gua.. si Hasrul.. kiranya lepas jer aku antar ’si buntal’ pegi kolej dia.. kitorang terus bergegas ke Panggung Seni untuk beri moral support.. dak2 akasia ramai gak yg pegi.. skali dgn aku ader black ngan jojo.. pastuh ader nash, kak da ngan lisa de Palong… siap buat banner lagi pakai kertas A4… huhu.. havoc gak lah kitorang malam tuh menjerit bila Hasrul nyanyi.. hahaha…

tapi takder rezeki buat Hasrul.. Johan dapat gak seorang akak nih nyanyi lagi Kak Melah… best gak la.. 2nd dapat kat abg botak nyanyi lagu lama.. lagu apa ntah.. tak sedap pun bg aku.. tapi agaknya dia ala2 evergreen, hakim pun evergreen tuh yg menang kot.. 3rd dapat kat sorang akak comel nih nyanyi lagu Wajah Kekasih… Hasrul?? nan ado… huhu… tak cukup feel kot bro… hikhik.. lariikk..

apa pun.. hasrul nyanyi best gak la.. lagu Tommy J. Pisa.. ‘Biarkan Aku Menangis’.. actually aku yg bagi idea kat dia suruh nynyi lagi nih.. apa pun.. thanks sebab open table tuk penyokong2 En.H malam tadik walaupun kalah… hahahaha.. jgn maree.. lariikk..

ok.. chow..

p/s:- aku dah tgk ‘Sepi… tapi nak tgk sekali lagi.. esok kot.. nanti aku review ek.. abg ajami, tunggu review ’sepi’ dari saya tau…

h1

Sekilas…

Jun 28, 2008

wassup guys.. lama gak aku tak update blog nih.. maklumla.. aku kan ala2 berkabung dengan result aku yg ado tuh.. hahaha… apa pun aku cerita lah sket apa yg aku buat since last post aku tuh..

Isnin sampai Rabu lepas aku dijemput untuk jadi hakim debat kat UiTM Shah Alam.. memandangkan aku pun takder komitmen apa2 lagik so mudah lah utk aku mintak cuti dari akak aku untuk ke Uitm, Shah Alam sebegai hakim.. nama debat tuh ‘Occupational Safety & Health Debating Tournament 2008′ atau dalam Bahasa Melayu nya Debat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.. macam buruk jer nama debat dia kan.. tapi debat nih taklah grand mana pun.. team yg join pun tak banyak just ader 18 team jer… tapi memandangkan Sapek mintak tolong gt, aku datnglah.. lagi pun dah lama tak tgk debat dan jumpa kawan2 debat dari Universiti lain.. huhuhu.. penat gila weh.. aku jadi hakim dari pusingan pertama sampai pusingan akhir.. tak ker gila tuh..

tapi bestlah gak.. aku agak enjoy.. host yg agak best.. thanks to Zuhaini and the Gang yang bawak kitorang jenjalan mengisi kekosongan di waktu malam.. dapat gak aku cuci mata.. oopss..

best dapat jumpa geng2 Uitm yang dah lama tak jumpa, Amran UTM, Fiza n Azwan UMP, Amlah n shuben (huhu..), cameraman yang suka amik gambar aku (perasan gila)… kiranya mmg bestlah.. sangat best dan bahagia… hahaha..

akhirnya debat ini menemukan pasukan debat dari UiTM Shah Alam 1 menentang UiTM Shah Alam 2 di pentas akhir.. dan team 1 telah berjaya merangkul juara…. huhuhu..

habis cerita di Shah Alam, ari Khamis baru nih aku pegi UKM plak nak uruskan pasal transkrip.. Alhamdulillah kat akademik tak ramai orang, so aku berjaya lah dapat transkrip rasmi aku yang mengatakn aku telah berjaya dianugerahkan dengan ‘Bachelor of Law (hons) UKM’… terharu gak la.. nak dijadikan cerita plak, lepas aku amik transkrip tuh staf dari ‘Security Commission’ call aku suruh fax kan transkrip rasmi kat diorang.. macam tau2 jer yang aku baru amik transkrip.. so, aku terus carik kedai fax kan transkrip aku kat diorang.. kiranya dari segi prosedur, urusan aku dgn SECCOM dah settle… tinggal diorang nak panggil interview jerr.. hmm.. ntahla. tak tau nak kata aku berharap ker tak.. semuanya terpulang pada rezeki yang TUhan nak bagi.. lagi pun.. 1 Julai nih aku dah nak start kerja kat Jabatan Peguam Negara.. dah confirm division apa, kat mana semua nanti aku post kat sini bgtau kat korang ek..

ok lah.. untuk entry kali ini cukup sampai sini..

chow..