
Apakah???
Jun 15, 2008wassup guys… hmm.. aku tak tau nak update apa kat blog aku nih.. maklumla.. macam yang aku cerita kat korang sebelum nih.. aku kan menganggur skang nih.. so, duk umah jerla.. tak banyak aktiviti yang boleh dibuat.. outing?? minyak mahal mehh… takder nafsu nak kuar jalan2.. hehe..
1st aku nak cerita pasal pemberian subsidi minyak melalui pembayaran cukai jalan… huhu.. aku rasa korang pun tau yang hari sabtu iaitu semalam dah start boleh tuntut pembayaran subsidi kat pejabat pos… yang aku pelik orang malaysia nih.. macam lah hari nih jer pejabat pos tu bukak.. berduyun2 manusia pelbagai ragam berkampung kat pejabat pos seawal 6 pagi.. sesaknya bukan main bila aku tengok berita tadik.. yang bestnya tuh.. kerana wang subsidi yang tak seberapa tuh, sampai terus senyap isu harga minyak naik.. bijak Pak Lah yer nak mengambil hati… aku rasa malu plak bila tengok org2 kita nih dah jadi gila subsidi.. hey guys.. wake up please.. RM600 tuh berapa lah sangat boleh cover perbelanjaan minyak korang selama setahun… serius beb.. yang paling tak tahan tuh.. aku dengar masing2 bila dah amik duit subsidi tuh terus sakan bershopping.. dengan sekelip mata wang RM600 tuh lesap dari genggaman.. bijaknya rakyat Malaysia… patutla kerajaan boleh naikkan minyak secara mendadak.. rupanya rakyat sikit pun tak heran.. hmm.. ntahla.. tuh pada pandangan aku la.. bukan nak mengkritik sesapa ek…
hmm.. 18hb nih result aku untuk semester yang terakhir akan keluar.. tak sabar nak menanti.. ntah elok atau tak result aku nanti.. takut siot.. harap2 takderla yg teruk.. dalam masa yang sama actually aku dah dapat tahu yang aku berjaya dalam interview dekat Jabatan Peguam Negara hari tuh.. kiranya aku dapatlah bekerja dengan kerajaan.. Alhamdulillah… cuma aku tak berani nak expose lebih2 sebab tak dapat surat formal lagik.. diorang cakap after dapat final result baru diorang akan antar surat offer.. report duty setakat yang dimaklumkan adalah pada 1 Julai nih… huhu.. cuak lah plak nak start kerja.. division apa, posting kat mana semuanya akan diketahui setelah aku report duty nanti…. buatnya aku kena posting jauh2… huhuhu… mati aku…
hmm.. apa lagi ek.. haa.. setelah hampir dua bulan memerukkan diri kat umah.. esok aku satu famili nak pegi bercuti… bersempena kempen cuti2 malaysia nih.. kitorang akan bercuti ke Cherating dan TeRengganu jer.. tak lama pun.. 1 malam kat Cherating dan 1 malam lagi kat Kuala Terengganu.. dapatlah aku menenangakan fikiran di pantai yang indah.. hahaha… nanti balik dari cuti aku update blog aku pasal percutian aku ek…
ok lah.. nak tido.. ngantuk siot…
chow..
Holla~ Congratulation!! Wah3x..Dah Dpt KEje!! GoV lg!! KeLesss~
awis: Alhamdulillah.. rezeki tuhan nak bagi.. huhu
kherkherkher… we malaysians are easy to handle
ahhahahahahaahhahahahahah..
nice entry.
cheers,
awis: very easy.. but not all Malaysian.. huhuhu..
takot pon ada sebenarnya..rakyat diperbodohkan oleh kerajaan..tapi haku rembat gak duit tuh..wat karaoke 2 bulan!hahahahahaahah
awis: wahhh.. leh la blanja..