h1

Minyak Naik ke Naik Minyak???

Jun 5, 2008

minyak naik lagi…. kali ini naik yang agak drastik.. 78 sen untuk Petrol dan RM1 untuk Diesel…. minyak masak ngan minyak gamat tak tau naik bila… tapi aku rasa tak lama lagi naik jugak lah tuh… macam biasa.. bila minyak kenderaan naik.. minyak yang bukan untuk kenderaan pun akan naik.. bukan setakat minyak.. barang2 lain pun akan naik.. tapi kerajaan janji akan pastikan barng2 lain tak naik.. boleh percaya ker?? sebab setau aku, bila minyak naik maka kos pengangkutan dan logistic akan turut naik.. so.. wahai sekalian rakyat jelata.. tunggulah kenaikan harga barang2 lain pulak yer… huhuhu..

hmm.. minyak naik sebab kenaikan harga minyak di pasaran dunia.. aku pun tak berapa paham pasal kenapa harga minyak sedunia perlu diseragamkan.. bukankah negara kita pun merupakan negara pengeluar minyak?? tapi minyak kita mahal.. hmm.. mungkin kita tertakluk dgn syarat OPAC dan sebagainya.. masa aku debat dulu setau aku, mmg lah kita pengeluar minyak.. tapi kita pengeluar minyak mentah.. minyak yang dah jadi minyak petrol bukan keluaran negara kita.. itu yang aku diberitahu sebelum nih la.. hmm.. aku pun tak tau..

sebelum minyak kita naik hari nih.. kerajaan telah paparkan dalam media betapa minyak kita ader lah murah berbanding negara2 asia tenggara yang lain… ok.. itu aku setuju.. tapi ader sedikit keraguan yang aku tak berapa pasti.. sebelum nih minyak kita harganya RM1.92 seliter setelah diberi subsidi… negara lain misalnya S’pore dan Indonesia harganya RM2.30 atau lebih… persoalannya, adakah negara tersebut turut memberi subsidi kepada rakyatnya??? kalo itu aderlah harga tanpa subsidi.. maka, haraga minyak mereka jauh lebih murah daripada kita… sebab harga minyak kita seliter sebelum in tanpa subsidi mencecah RM4.00 seliter.. hmm.. kalo harga minyak mereka aderlah setelah ditolak subsidi seperti negara kita, maka betullah yang harga minyak kita murah… hmm.. tapi kalo sebaliknya.. ader benda yang tak kena…. huhuhu..

kini… harga minyak dah pun naik.. RM2.70 seliter untuk petrol.. apa yang kita boleh buat sebagai rakyat?? memberontak?? tunjuk perasaan??? bom pejabat Pak Lah?? hmm… secara rasionalnya.. apa yang kita boleh buat aderlah bersyukur dengan apa yang ader.. kita cubalah mengamalkan hidup sesederahana yang boleh.. misalnya, kalo dah tau minyak kereta mahal.. naiklah public transport untuk pergi kerja.. tak pun naik motor.. kurang sket penggunaan minyak.. Hujan?? jangan bagi alasan.. baju hujan kan ader… bagi yang berpendapatan rendah.. cuba fikirkan untuk majukan diri bagaimana… zaman sekarang, orang yang kurang pelajaran pun dah boleh jadi jutawan… macam2 bleh dilakukan asalkan halal.. sekarang nih, pendidikan seks dan pendidikan terhadap perancangan keluarga pun perlu disebarkan khususnya kepada mereka yang tinggal di pedalaman yang mempunyai tahap hidup yang miskin… kita bukannya menekat zuriat.. tapi kalo dah terlebih.. tak mampu nak jaga, bagi pakaian, makan minum dan sebagainya pun susah juga… setau aku merancang keluarga nih tak salah di sisa agama.. jangan main tebuk jerr.. bila anak dah berderet terus jadikan alasan macam mana nak tanggung anak2 kalo minyak naik, barang naik dan sebagainya…

hmm… itu pandangan aku.. terpulanglah pandangan orang lain… Kalo Pakatan Rakyat ader cadangan yang jauh lebih baik untuk turunkan harga minyak, cadangkanlah pada kerajaan… bagitau pada media.. kalo benar2 relevan.. rasional.. boleh diterima akal… aku yakin bertindak lebih baik daripada bercakap.. huhu..

ok lah.. chow dulu… nak buat belanjawan jap.. kurangkan makan kat tempat2 mahal.. kurangkan beli baju2 mahal.. kurangkan beli fragrances serta alat2 penjagaan diri yang mahal.. aku yakin kehidupan akan sama sahaja..hahahaha..

7 comments

  1. jom kita jalan kaki.
    Kesihatan dan juga berjimat (serampang 2 mata)

    awis: yaaaa!!! kuruskan badan jugak… (serampang 3 mata)


  2. majukan diri,
    baru dpt majukan keluarga,
    bila dah majukan keluarga,
    bolehlah majukan masyarakat,
    bila dah majukan masyarakat,
    dapatlah majukan negara…..

    awis: huhuhu.. work harder!!!


  3. down kejap!baru beli keta kena jual balik!

    awis: kenapa nak jual?? jimatkan lah benda2 lain.. huhu..


  4. aku cadangkan, pertandingan yang bagi hadiah kereta tukar hadiah la. apa kata bagi skim pengisian minyak percuma 100 hari (100 hari 100 kereta celcom tukar kepada 100 hari 100 skim pengisian minyak untuk 100 hari) ok tak??

    awis: aku sangat bersetuju… tapi murah sgt.. kita buat 100 kali isian penuh… hahaha…


  5. stujuuuuuuu…meletop cadangan! ok bob..adiah ko debat MMP ni ditukar kepada vaucer mengisi minyak berjumlah RM30hengget!wakakakakaaaaa

    awis: oooppss.. kantoi plak.. hadiah apa ek?? huhu


  6. kepada bapak2 hayyam…kurangkan spedo…gitewwwwwwwwww!!!

    awis: pesanan kepada mak hayyam juga… hahaha..


  7. RedApples : ler.. kalau hadiah menang kreta. Dapat tuh, jual terus lar. Dapat cash. Lots more then 100 isian minyak or 100 hari minyak percuma. Tak gituww??

    Hmm..

    Cheers.

    awis: tu pun leh gak.. jual kereta wat isi minyak… huhu



Tinggalkan Komen