Posted by: awiscool2007 |

Filem: Apa Kata Hati..

wassup guys.. sebelum aku buat entry pasal isu kenaikan harga minyak.. aku nak relax2 kan otak korang dulu pasal filem yang baru aku tonton semalam…

Apa Kata Hati arahan Saw Teong Hin.. Pelakon2 dia: Raja Farah, Farid Kamil, Awal, Dynas, Ogy, Harun Salim Bachik dan ramai lagilah pelakon2 popular yg buat cameo tuk filem nih…

ok lah.. mcam mana ek aku nak komen filem nih… terus terang, bila aku tgk trailer filem nih.. aku agak tertarik la nak tonton filem nih… jalan cerita yang agak menarik.. tambahan pula filem nih diarah oleh Saw Teong Hin yang pernah menghasilkan filem hebat iaitu ‘Puteri Gunung Ledang’…

pun begitu.. setelah menonton filem nih ptg semalam dgn kawan aku Hasrul kat Alamanda, Putrajaya.. apa yang aku boleh katakan filem nih agak mengecewakan aku.. ader byk benda yang tak kena dalam filem nih.. aku setuju idea filem nih agak hebat dan menarik tapi byk perkara yang aku rasa tidak diambil berat sehingga aku rasakan filem nih agak bosan untuk ditonton…

  1. Seperti yang media telah review.. aku bersetuju yang lakonan Raja Farah agak gagal dalam Filem ini walaupun sebenarnya watak dia yang paling mencabar untuk dilakonkan.. dia heroin tapi bagi aku dia agak gagal.. terus terang aku lebih suka lakonan dia dalam filem ‘Salon’ dulu.. ekspressi muka dia bila dapat dengar kata hati lelaki macam tak natural.. mungkin kurang penghayan…. hmm… ntahla..
  2. tema cerita nih.. ‘komedi romantik’.. tapi.. aku tak nampak mana komedinya.. dan mana romantiknya… setuju ader beberapa babak yang agak lawak.. misalnya babak AC.mizal.. tapi kita gelak dgn aksi AC Mizal.. bukan dgn babak yang dilakonkan oleh AC Mizal.. Awie misalnya… percubaan melakonkan watak ‘lelaki lembut’ nampak sangat seperti beliau ‘berlakon’… bak kata org filem.. Awie seolah-olah tak buat ‘research’… ramai jer lelaki2 gagah yang melakonkan watak lelaki lembut sebelum ini tapi lakonan diorang juh lebih hebat seolah2 natural… mungkin diorang buat research… tapi.. babak yang Awie cakap tak boleh nak bagi anak tuh mmg lawak…. hahahaha..
  3. watak2 cameo… memang cameo tuh tak penting.. tapi kalo kita tgk filem2 hollywood, watak cameo nih kadang2 mmg melekat kat hati… sampai abis filem akan teringat babak yang dilakonkan oleh cameo nih.. misalnya dalam Filem nih.. babak Radhi Khalid jer yg agak best.. babak Sofia Jane, Vanida Imran even Erma Fatima…. Apa TUHH?? Geli sangat… Laarriiikk….
  4. last but not least… filem nih sunyi… kadang2 kita rasakan banyak babak2 yang bosan sebab tak der sound effect atau muzik latar yang mungkin boleh kita lebih menghayati filem nih… huhuhu..

komen terakhir… aku rasa Awal kalo takder dalam filem nih pun ok.. tak penting pun… hahaha.. kredit to Dynas, AC Mizal, OGY and Farid Kamil yang bersungguh menghayati watak dalam filem nih.. yang lain2… hmm… ntahla…

Rating:- 2 Bintang Jerrr…

Chow..

Respon

yep. i setuju dengan review u terhadap film ni.. i sebagai peminat filem malaysia pun kecewa dengan citer ni. tapi babak yang tak bole lupe adalah senaman ac dengan 4 isterinya. best la. tapi overall hampeh.. benci sangat!

awis: takper.. kita tunggu Sepi plak.. Kabir Bhatia harap2nya tak kecewakan kita..

tQ 4 t.rev dik..

p/s: nx tme bley laa kita tgk wyg sesama @ alamnada ;-)

awis: thanx singgah.. tgk wayang?? anytime.. huhuhu..

maknenyer 2 bintang…tak layak dapat bintang langsung cite ni..haku bagi taik bintang je

awis: taik bintang pun bintang gak…

Kan..stuju ngn bobiana…jum tgk sepi….

awis: perlu ker tgk dgn u?? harusla dgn hmm….

Leave a response

Your response:

kategori