SINGAPURA: Amerika Syarikat memuji Malaysia kerana memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan antarabangsa secara keseluruhannya
Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates berkata, Malaysia membuktikan keupayaan melindungi Selat Melaka dan langkahnya menentang lanun dan pengganas.
Gates bercakap pada sidang media di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-7 anjuran Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik (IISS) – Dialog Shangri-La di sini, semalam, selepas mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut menyertai dialog itu.
Gates berkata, hubungan AS dengan Malaysia terutama dalam bidang ketenteraman adalah baik dan mereka sedang melihat peluang baru bagi mempertingkat kerjasama tentera.
Beliau berkata, mereka membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh membuat persiapan awal dalam memberi bantuan kemanusiaan.
Sementara itu Najib berkata, Malaysia akan mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan terutama dalam usaha menjamin keamanan dan keselamatan serantau.
Najib berkata, mereka juga membincangkan perkembangan keselamatan di Asia Tenggara termasuk Selatan Filipina dan keselamatan maritim.
Najib dan Gates juga menyentuh isu-isu yang berlaku di Afghanistan dan Timur Tengah. – Bernama
wassup guys… hmm sajer jer nak ketengahkan isu ini.. artikel nih aku ambik kat berita harian online.. bila aku baca artikel nih, macam2 interpretasi yang boleh kita berikan… aku rasa pelik bila tiba2 AS nak puji Malaysia pasal isu keselamatan bagai.. bukan apa.. bagi aku AS nih yang mmg terkenal dengan keganasan serta jenayah2 perangnya takkan memuji sesuatu melainkan ada ‘udang di sebalik batu’..
bila aku baca pasal Robert Gates nih mungkin akan melihat potensi untuk menjalinkan kerjasama tentera aku dah rasa lain macam.. aku harap Malaysia berfikir panjang sebelum rundingan kerjasama dibuat.. Benar, AS mungkin akan menjanjikan macam2 janji manis.. tapi aku takut perkara sebaliknya akan terjadi.. bagi aku target AS adalah untuk jadikan Selat Melaka sebagai pengkalan tenteranya… lagi satu, kalo kita buat kerjasama ketenteraan kita akan digelar ‘US Allies’.. maka samalah kita dgn sekutu2 AS yang lain.. adakah sanggup kita jadi macam tuh.. ibarat kita menyokong keganasan yang mungkin ditafsirkan oleh AS sebagai keselamatan dan ketenteraman…
hmm.. sama2 lah kita fikirkan.. tapi, aku rasa kerajaan kita takkan begitu mudah tertarik dengan pujian sedemikian.. kita semua sedar dan tahu siapa AS sebenarnya…
chow..
