Arkib bagi Bulan Jun 2008

h1

Sepi..

Jun 29, 2008

Bisikkan pada bulan,

kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku…

tanpa dia,

malam menemaniku, sepi memelukku,

bulan jangan biar siang,

biar alam ini kelam,

biar ia sepi,

sepertiku….

hmm.. wassup guys.. Khamis lepas kul 5pm akak aku ajak tgk cerita nih kat Alamanda.. rupa-rupanya dia mmg dah booking tiket awal2 semata2 nak tengok Filem nih pada hari pertama tayangan.. pastuh tak bgtau aku plak tuh.. sepatutnya aku cadang nak tgk Filem nih dgn seseorang.. huhu.. tapi sebab akak aku dah beli tiket nih.. terpaksa la aku tgk dgn dia.. apa pun, aku tetap akan tgk filem nih sekali lagi dgn seseorang itu , baru ader feel… huhu.. (saspen jer ayat)

seperti biasa, aku takkan review filem nih secara memberi sinopsis apa yg telah aku tonton.. sebab aku rasa ramai yag tlah baca sinopsis filem nih dan ramai juga blogger yg buat review pasal falam nih.. apa yg aku akan review ader lah secara keseluruhan mengikut 3 kisah cerita yang ader dalam filem ini.. maksudnya aku akan komen termasuklah cara lakonan pelakon yang ader dalam setiap kisah tuh.. huhuhu.. so, enjoy my review darlingszz…

Kisah Adam (Afdlin, Nasha Aziz, Vanida Imran)

  1. ini kisah pertama yang dipaparkan.. sebagai permulaan filem aku rasa kisah Adam nih mmg best.. lakonan Afdlin yang sememangnya bersahaja mmg jadi trademark la.. bayangkan dalam ‘happy go lucky’ beliau dalam cerita nih membuatkan kita geli hati sebab afdlin mmg pandai buat kelakar dengan hanya menuturkan dialog yang bersehaja.. hanya org yang betul2 teliti akan perasan.. yang paling best, dalam masa yang sama kita dapat rasa bila ‘Adam’ ini sebenarnya amat sunyi dan Sepi  dan sentiasa menantikan org yang dicintainya… huhuhu..
  2. Nasha Aziz – dia mmg sewel.. aku suka gila lakonan dia dalam nih.. bestlah.. sangat2 best.. sangat membuktikan yang Nasha nih mmg pelakon yang hebat.. no wonder lah filem2 lakonan nasha sangat ditunggu.. apa yang aku bleh katakan.. watak dia yang ‘kalut lagi mengarut’ mmg lain dari yang lain.. sampaikan aku terbayang takder sapa yang sesuai membawakan watak ituh selain dari Nasha.. sebab pembawaan Nasha mengikut rentak dia sendiri…
  3. lakonan vanida seperti biasa mmg classy.. tapi nothing special sebab dia mmg dah biasa bawak watak lakonan ala2 wanita anggun nih.. so, nothing special but still not denying that she is a good actress..
  4. Ending – terus terang, pada awal cerita aku amat menyukai kisah Adam yang sarat dgn emosi dan perasaan.. tapi, endingnya terlalu mudah dan aku tak berapa suka.. sangat mudah apabila Adam tak jadi kahwin dgn suzy sebab ilyana kembali kepada adam sebab ilyana sebenarnya tak jadi kahwin.. Apa tuhh??? mmg lah happy ending tuk Adam.. tapi.. hmm.. ntahla.. rasa mcm something missing..
  5. lastly.. mungkin ader yang tak perasan yang kisah Adam ini dilakonkan oleh 3 orang pelakon yang pernah merangkul pelakon terbaik di FFM… so, what do u expect?? huhuhu.. it’s wonderful!!

Kisah Sufi (Tony Eusoff, Eja, Riezman)

  1. lakonan tony mmg best.. dia bawak watak Sufi yang kematian Isteri mmg menjadi.. emosi yang dia bawak akibat terlalu sedih dan menyalahkan diri atas kematian isteri dia mmg superbb laa.. bayangkan kita bleh rasa bila ader flashback yang menunjukkan Sufi nih pentingkan kerjaya dia dan agak kurang luangkan masa, tiba2 Tuhan ambil nyawa isteri.. emosi yg Tony luahkan mmg menyentap tangkai hati.. cewahh..
  2. cuma yang aku agak bosan sedikit apabila ada part yang pasang soundtrack lama gila.. bosan siut.. jadi mcm hilang feel jap.. kalo sekejap mungkin ok.. nih sampai lagu penuh, takder dialog.. aku rasa kurang best sket la..
  3. dalam cerita nih ader pelakon kanak2.. comel la.. tapi, sayangnya lakonan dia agak hancuss.. bukan apa, aku comparekan dengan lakonan budak perempuan dalam cerita Cinta (yg jadi anak Shidee).. yg nih so kaku.. muka tak beremosi langsung.. kalo lah Kabir amik budak yang sama mesti lagi dasyat dan superbb..
  4. Ending – ermm.. kesetiaan Sufi yang tunggu perempuan tuh (Eja) sampai dia mati mmg agak memilukan.. tapi, aku personally tak berapa suka sebab, walaupun perempuan tuh still bersama husband dia (rizman) tapi still tak menafikan yang dia tuh curang sebab hati dia sayang kat Sufi.. lepas tuh boleh plak, suami dah mati, baru nak carik Sufi.. pastuh Sufi mati, dia lak yang sedih dan Sepi.. at least ko ader laki sebelumnya.. Sufi?? (wahh tiba2 lak aku emosi..) hahaha… mungkin apa yang digambarkan oleh cerita nih benda tuh mmg berlaku.. ‘apa yg terbaik kita lepaskan.. bukan ditinggalkan’ hmm…

Kisah IIman (Baizura Kahar, Pierre, Syed Hussein)

  1. rambut baizura so wig murah beli kat Chow Kit.. hahaha.. jgn marah..
  2. personally, masa tgk kisah nih pada permulaan cerita aku rasa biasa2 jer.. sebab ni kisah remaja kan.. laki nih usha awek nih, tapi awek nih jual mahal seba awek nih dah ader boyfriend.. lakonan pun biasa2 jer aku rasa pada mulanya.. baizura mcm biasa.. tak lah gempak.. lakonan pierre pun kaku semacam.. dan untuk Sein ok lah bagi beginner… nih apa yang aku rasa pada permulaannya…
  3. bila akhir cerita – OMG!!! this is freak man!! aku mmg takleh agak yang ending dia mcm nih… bulu roma aku meremang, air mata aku bergenang dan macam2 perasaan lagik.. Pierre Andre membawa watak roh yg dah mati.. dan baizura melakonkan watak seorang perempuan yang kematian BF tapi masih belum sedar yang bf dia sebenarnya dah mati.. what a freak man.. this is hollywood standard!!! patutlah lakonan pierre semacam… bila dia flashback balik, terus aku katakan yang lakonan diorang bukan biasa tapi luar biasa dan superbbb beb.. especially pierre…

keseluruhannya… Kabir Bhatia sekali lagi merentap emosi dan perasaan dengan jalan cerita yang luar jangkaan.. pilihan pelakon yang mmg mantap menjadikan cerita nih mantap.. cuma, kenapa lagu ‘Sepi’ nih Yuni Shaara yang nyanyi.. apsal bukan penyanyi Malaysia?? hmm.. just wondering.. akhirnya, bila aku nilai balik, opening dan ending the whole story mmg class dan superbb.. honestly aku mmg nak tgk lagi filem nih.. huhu..

so, my rating is— >>> 4.5 out of 5.0 (kira superbb lah tu kan??)

ok gua chow!!!

h1

‘Si Buntal’ dan ‘UKM Idol’..

Jun 28, 2008

huhu.. nak cerita sket pasal ari Jumaat semalam.. adik angkat aku Si Buntal dah balik ke Semenanjung.. setelah dia bertapa dgn famili dia dan practicum kat kampung halaman dia kat Sabah Milan, maka dia pun baliklah ke sini semalam.. aku amik dia kat LCCT kul 6.30pm semalam.. ramai gila org kat LCCT…

sekarang dia tgh sibuk dgn dak2 debat UKM yang lain untuk uruskan Debat Naib Canselor UKM sempena kemasukan pelajar2 baru ke UKM pada esok hari.. Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 2hb Julai 2008 jam 8.00 malam.. huhuhu… aku telah pun dijemput untuk menjadi salah sorang hakim Final pada malam tuh.. kiranya lepas jer abis kerja, aku terus lah gerak ker UKM nanti…

pasal UKM IDOL plak… huhu.. malam tadi telah diadakan UKM Idol 2008 kat Panggung Seni, UKM.. aku pegi tgk sebab salah sorang finalis tuh besfren gua.. si Hasrul.. kiranya lepas jer aku antar ’si buntal’ pegi kolej dia.. kitorang terus bergegas ke Panggung Seni untuk beri moral support.. dak2 akasia ramai gak yg pegi.. skali dgn aku ader black ngan jojo.. pastuh ader nash, kak da ngan lisa de Palong… siap buat banner lagi pakai kertas A4… huhu.. havoc gak lah kitorang malam tuh menjerit bila Hasrul nyanyi.. hahaha…

tapi takder rezeki buat Hasrul.. Johan dapat gak seorang akak nih nyanyi lagi Kak Melah… best gak la.. 2nd dapat kat abg botak nyanyi lagu lama.. lagu apa ntah.. tak sedap pun bg aku.. tapi agaknya dia ala2 evergreen, hakim pun evergreen tuh yg menang kot.. 3rd dapat kat sorang akak comel nih nyanyi lagu Wajah Kekasih… Hasrul?? nan ado… huhu… tak cukup feel kot bro… hikhik.. lariikk..

apa pun.. hasrul nyanyi best gak la.. lagu Tommy J. Pisa.. ‘Biarkan Aku Menangis’.. actually aku yg bagi idea kat dia suruh nynyi lagi nih.. apa pun.. thanks sebab open table tuk penyokong2 En.H malam tadik walaupun kalah… hahahaha.. jgn maree.. lariikk..

ok.. chow..

p/s:- aku dah tgk ‘Sepi… tapi nak tgk sekali lagi.. esok kot.. nanti aku review ek.. abg ajami, tunggu review ’sepi’ dari saya tau…

h1

Sekilas…

Jun 28, 2008

wassup guys.. lama gak aku tak update blog nih.. maklumla.. aku kan ala2 berkabung dengan result aku yg ado tuh.. hahaha… apa pun aku cerita lah sket apa yg aku buat since last post aku tuh..

Isnin sampai Rabu lepas aku dijemput untuk jadi hakim debat kat UiTM Shah Alam.. memandangkan aku pun takder komitmen apa2 lagik so mudah lah utk aku mintak cuti dari akak aku untuk ke Uitm, Shah Alam sebegai hakim.. nama debat tuh ‘Occupational Safety & Health Debating Tournament 2008′ atau dalam Bahasa Melayu nya Debat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.. macam buruk jer nama debat dia kan.. tapi debat nih taklah grand mana pun.. team yg join pun tak banyak just ader 18 team jer… tapi memandangkan Sapek mintak tolong gt, aku datnglah.. lagi pun dah lama tak tgk debat dan jumpa kawan2 debat dari Universiti lain.. huhuhu.. penat gila weh.. aku jadi hakim dari pusingan pertama sampai pusingan akhir.. tak ker gila tuh..

tapi bestlah gak.. aku agak enjoy.. host yg agak best.. thanks to Zuhaini and the Gang yang bawak kitorang jenjalan mengisi kekosongan di waktu malam.. dapat gak aku cuci mata.. oopss..

best dapat jumpa geng2 Uitm yang dah lama tak jumpa, Amran UTM, Fiza n Azwan UMP, Amlah n shuben (huhu..), cameraman yang suka amik gambar aku (perasan gila)… kiranya mmg bestlah.. sangat best dan bahagia… hahaha..

akhirnya debat ini menemukan pasukan debat dari UiTM Shah Alam 1 menentang UiTM Shah Alam 2 di pentas akhir.. dan team 1 telah berjaya merangkul juara…. huhuhu..

habis cerita di Shah Alam, ari Khamis baru nih aku pegi UKM plak nak uruskan pasal transkrip.. Alhamdulillah kat akademik tak ramai orang, so aku berjaya lah dapat transkrip rasmi aku yang mengatakn aku telah berjaya dianugerahkan dengan ‘Bachelor of Law (hons) UKM’… terharu gak la.. nak dijadikan cerita plak, lepas aku amik transkrip tuh staf dari ‘Security Commission’ call aku suruh fax kan transkrip rasmi kat diorang.. macam tau2 jer yang aku baru amik transkrip.. so, aku terus carik kedai fax kan transkrip aku kat diorang.. kiranya dari segi prosedur, urusan aku dgn SECCOM dah settle… tinggal diorang nak panggil interview jerr.. hmm.. ntahla. tak tau nak kata aku berharap ker tak.. semuanya terpulang pada rezeki yang TUhan nak bagi.. lagi pun.. 1 Julai nih aku dah nak start kerja kat Jabatan Peguam Negara.. dah confirm division apa, kat mana semua nanti aku post kat sini bgtau kat korang ek..

ok lah.. untuk entry kali ini cukup sampai sini..

chow..

h1

AKHIRNYA….!! “MY FINAL EXAM’S RESULT”

Jun 18, 2008

wassup guys… hahahaha.. lepas jer aku buat entry malam tadi pasal percutian aku malam tadi, aku pun semak keputusan exam terakhir aku melalui sms.. maka setelah dicaj RM1.00 aku pun menerima sms keputusan exam final aku…. hmmm…

perasaan setelah menerima result mlm tadi pada mulanya bercampur baur.. ader happy, ader marah, ader sedih.. keseluruhan perasaan aderlah sudah semestinya aku gembira dan bersyukur pada Tuhan sebab aku berjaya lulus dalam semua subjek.. kiranya aku takder lah kena repeat sem ker apa… huhuhu.. Alhamdulillah aku berjaya gak tamatkan 4 tahun pengajian tanpa gagal dalam sebarang subjek.. Alhamdulillah dapatlah aku konvo tahun nih…

tapi.. ader sedikit sedih sebab keputusan aku tidaklah begitu memberangsangkan.. ader subjek yang agak mengecewakan sedikit keputusannya.. maksudnya lari dari matlamat asal.. sedih sangat… apa yang paling menyedihkan rekod aku untuk grad tanpa ader sebarang keputusan bawah gred B- musnah… waaaaa…. aku dapat satu subjek C+… itulah keputusan terendah yang pernah aku dapat sepanjang 4 tahun aku belajar kat UKM.. SEDIHNYA… sebelum nih paling rendah aku pernah dapat hanyalah B-.. itupun ader 4 subjek jer keseluruhan 4 tahun… tiba2 ader cacat dapat C+…. hmm… takperla.. setelah bermuhasabah sekejap.. mungkin aku tak brapa fokus masa final exam tempoh hari bagi subjek tersebut….

apa pun… Alhamdulillah sekali lagi yang result aku tidaklah mengecewakan sangat secara keseluruhannya…

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKU YANG AKHIR ADALAH SEPERTI BERIKUT….:-

TATACARA JENAYAH II                                                              C+ (sedihnya….)

TATACARA SIVIL II                                                                     B

UNDANG-UNDANG KETERANGAN                                              B +

SKEP                                                                                          A-

ADR                                                                                           A

ADVOKASI & LITIGASI                                                                A-

REMEDI                                                                                      A-

Keseluruhannya CGP aku untuk semester yang terakhir nih aderlah 3.37 jer… dan Alhamdulillah, stelah 4 tahun aku blaja law kat UKM.. aku berjaya untuk menamatkan IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dengan keputusan keseluruhan CGPA 3.34

ok lah.. chow semua.. pada kawan2 yang dapat keputusan cemerlang tuh.. aku ucapkan tahniah.. yang lebih kurang aku tuh pun.. aku ucapkan tahniah… yang lain2 pun aku ucapkan tahniah…

YANG PENTING KITA GRAD!!!!!! HAHAHAHAHA….

h1

Special Edition: My Family Vacation…

Jun 17, 2008

wassup guys… huhu.. actually aku baru sampai umah kul 7 malam tadi.. macam yg aku bgtau kat post aku sebelum nih yg aku pegi bercuti dgn ayah, ibu n akak aku start ari Ahad lepas.. tak lama pun.. 2 malam jer pun.. maklumla.. percutian ekonomi.. hahaha..

oklah.. ari Ahad lepas dalam jam 9 pagi kitorang pun bertolak ke destinasi percutian untuk malam yang pertama iaitu Cherating.. huhu.. kalo korang nak tau, selama nih aku pernah lalu jer kat Cherating.. tak pernah pun nak bercuti serta bermalam kat sini.. kiranya 1st time lah aku bercuti kat Cherating nih.. kitorang stay kat ‘Best Western Suria Cherating Beach Resort’… resort nih kat hujung2 Cherating.. huhu.. nih jer yang kitorang rasa affordable dengan bajet yg kitorang ader.. kiranya ok la… kat cherating lebih kepada relax kan kepala hotak.. jalan2 carik makan.. mandi laut.. mandi swimming pool… dan tido.. ingatkan dalam malam2 sket nak tgk penyu bertelur.. tapi hujan lah plak.. melepas peluang nak tgk Penyu bertelur… huhuhu.. yang penting stay kat Cherating mmg best la.. tak puas rasanya satu malam… pantai tempat resort aku duduk nih kira cantik dan bersih lah jugak…

nih sedikit gambar kat Cherating untuk tatapan korang… huhuhu…

‘ni lah resort tempat aku duduk’

‘belakang tuh kakak gua..’

‘penat lawan ombak..’

‘Best Western Suria Cherating Beach Resort’

‘eh… terapung!!’

huhu.. gua sambung cerita ok… hari kedua kitorang check out dalam kul 10 pagi.. menuju ke Kuala Terengganu… kalo ikut plan asal kitorang stay kat Hotel Seri Malaysia, Marang memandangkan hotel2 kat bandar Kuala Terengganu semua full… kat Marang jer ader yg kosong.. sampai2 jer kat Marang, ader construction jalan lah pulak yang aku rasa mmg teruk dan azab kalo nak stay kat Marang.. so, aku cadangkan kat ayah aku untuk terus redah ke Kuala Terengganu untuk carik hotel2 yang mungkin ader kosong… hotel murah pun takper… so, carik punya carik dapatlah kitorang Hotel Seaview depan Istana Maziah… hotel takder bintang pun.. hahaha.. Ayah aku kata asalkan dapat tidur.. semalam jer pun.. after check in.. rehat2 jap pastu kitorang pun kuar jalan2 dalam kul 3pm.. destinasi pertama kitorang pegi Taman Tamadun Islam yang diwar-warkan amat gah di sana.. bagi aku mmg gah… dapat tgk Masjid Kristal dan melawat Monumen2 Islam tersohor di dunia.. macam2 ader.. tapi banyak lagi yang masih dalam pembinaan.. tapi puas hati la.. ader Taj Mahal, Masjid Nabawi, dan macam2 monumen lagi lah kat sana.. bayaran RM10 sorang.. huhuhu…

jalan2 kat sana sampai kul 6 pastuh tersu bertolak kat Pulau Duyung…. kitorang tgk2 jer tempat berlangsungnya Monsoon Cup… lawa lah jugak tempat dia.. then, kitorang pegi Gong Badak.. tempat area aku blaja Diploma dulu.. huhu.. dah dekat 4 tahun aku tak pegi sini.. kat sini lah tempat berlangsungnya SUKMA…. kul 7malam aku dah janji ngan mak angkat aku masa aku blaja Kusza dulu.. kitorang makan mlam sama2 pastuh chow balik hotel dalam kul 9 malam…

pagi tadih kitorang check out.. hanya untuk aktiviti shopping kat Pasar Payang… ibu ngan akak aku macam biasa menghabiskan duit untuk beli kain sutera terengganu nak buat baju kurung… hmm…. abis2 shopping.. kitorang pun chow balik…

tu jer.. nih ader sket gambar masa kat Terengganu.. enjoy ok..

‘ ni lah masjid kristal’

‘cantekk siott’

‘monumen Taj Mahal’

‘masjid apa ek blakang tuh??’

‘monsoon cup area’

‘Kelab Teluk Warisan Terengganu’

tu jer la.. tak larat nak upload banyak2… gua chow dulu.. ngantuk gila…

h1

Apakah???

Jun 15, 2008

wassup guys… hmm.. aku tak tau nak update apa kat blog aku nih.. maklumla.. macam yang aku cerita kat korang sebelum nih.. aku kan menganggur skang nih.. so, duk umah jerla.. tak banyak aktiviti yang boleh dibuat.. outing?? minyak mahal mehh… takder nafsu nak kuar jalan2.. hehe..

1st aku nak cerita pasal pemberian subsidi minyak melalui pembayaran cukai jalan… huhu.. aku rasa korang pun tau yang hari sabtu iaitu semalam dah start boleh tuntut pembayaran subsidi kat pejabat pos… yang aku pelik orang malaysia nih.. macam lah hari nih jer pejabat pos tu bukak.. berduyun2 manusia pelbagai ragam berkampung kat pejabat pos seawal 6 pagi.. sesaknya bukan main bila aku tengok berita tadik.. yang bestnya tuh.. kerana wang subsidi yang tak seberapa tuh, sampai terus senyap isu harga minyak naik.. bijak Pak Lah yer nak mengambil hati… aku rasa malu plak bila tengok org2 kita nih dah jadi gila subsidi.. hey guys.. wake up please.. RM600 tuh berapa lah sangat boleh cover perbelanjaan minyak korang selama setahun… serius beb.. yang paling tak tahan tuh.. aku dengar masing2 bila dah amik duit subsidi tuh terus sakan bershopping.. dengan sekelip mata wang RM600 tuh lesap dari genggaman.. bijaknya rakyat Malaysia… patutla kerajaan boleh naikkan minyak secara mendadak.. rupanya rakyat sikit pun tak heran.. hmm.. ntahla.. tuh pada pandangan aku la.. bukan nak mengkritik sesapa ek…

hmm.. 18hb nih result aku untuk semester yang terakhir akan keluar.. tak sabar nak menanti.. ntah elok atau tak result aku nanti.. takut siot.. harap2 takderla yg teruk.. dalam masa yang sama actually aku dah dapat tahu yang aku berjaya dalam interview dekat Jabatan Peguam Negara hari tuh.. kiranya aku dapatlah bekerja dengan kerajaan.. Alhamdulillah… cuma aku tak berani nak expose lebih2 sebab tak dapat surat formal lagik.. diorang cakap after dapat final result baru diorang akan antar surat offer.. report duty setakat yang dimaklumkan adalah pada 1 Julai nih… huhu.. cuak lah plak nak start kerja.. division apa, posting kat mana semuanya akan diketahui setelah aku report duty nanti…. buatnya aku kena posting jauh2… huhuhu… mati aku…

hmm.. apa lagi ek.. haa.. setelah hampir dua bulan memerukkan diri kat umah.. esok aku satu famili nak pegi bercuti… bersempena kempen cuti2 malaysia nih.. kitorang akan bercuti ke Cherating dan TeRengganu jer.. tak lama pun.. 1 malam kat Cherating dan 1 malam lagi kat Kuala Terengganu.. dapatlah aku menenangakan fikiran di pantai yang indah.. hahaha… nanti balik dari cuti aku update blog aku pasal percutian aku ek…

ok lah.. nak tido.. ngantuk siot…

chow..

h1

Minyak Naik ke Naik Minyak???

Jun 5, 2008

minyak naik lagi…. kali ini naik yang agak drastik.. 78 sen untuk Petrol dan RM1 untuk Diesel…. minyak masak ngan minyak gamat tak tau naik bila… tapi aku rasa tak lama lagi naik jugak lah tuh… macam biasa.. bila minyak kenderaan naik.. minyak yang bukan untuk kenderaan pun akan naik.. bukan setakat minyak.. barang2 lain pun akan naik.. tapi kerajaan janji akan pastikan barng2 lain tak naik.. boleh percaya ker?? sebab setau aku, bila minyak naik maka kos pengangkutan dan logistic akan turut naik.. so.. wahai sekalian rakyat jelata.. tunggulah kenaikan harga barang2 lain pulak yer… huhuhu..

hmm.. minyak naik sebab kenaikan harga minyak di pasaran dunia.. aku pun tak berapa paham pasal kenapa harga minyak sedunia perlu diseragamkan.. bukankah negara kita pun merupakan negara pengeluar minyak?? tapi minyak kita mahal.. hmm.. mungkin kita tertakluk dgn syarat OPAC dan sebagainya.. masa aku debat dulu setau aku, mmg lah kita pengeluar minyak.. tapi kita pengeluar minyak mentah.. minyak yang dah jadi minyak petrol bukan keluaran negara kita.. itu yang aku diberitahu sebelum nih la.. hmm.. aku pun tak tau..

sebelum minyak kita naik hari nih.. kerajaan telah paparkan dalam media betapa minyak kita ader lah murah berbanding negara2 asia tenggara yang lain… ok.. itu aku setuju.. tapi ader sedikit keraguan yang aku tak berapa pasti.. sebelum nih minyak kita harganya RM1.92 seliter setelah diberi subsidi… negara lain misalnya S’pore dan Indonesia harganya RM2.30 atau lebih… persoalannya, adakah negara tersebut turut memberi subsidi kepada rakyatnya??? kalo itu aderlah harga tanpa subsidi.. maka, haraga minyak mereka jauh lebih murah daripada kita… sebab harga minyak kita seliter sebelum in tanpa subsidi mencecah RM4.00 seliter.. hmm.. kalo harga minyak mereka aderlah setelah ditolak subsidi seperti negara kita, maka betullah yang harga minyak kita murah… hmm.. tapi kalo sebaliknya.. ader benda yang tak kena…. huhuhu..

kini… harga minyak dah pun naik.. RM2.70 seliter untuk petrol.. apa yang kita boleh buat sebagai rakyat?? memberontak?? tunjuk perasaan??? bom pejabat Pak Lah?? hmm… secara rasionalnya.. apa yang kita boleh buat aderlah bersyukur dengan apa yang ader.. kita cubalah mengamalkan hidup sesederahana yang boleh.. misalnya, kalo dah tau minyak kereta mahal.. naiklah public transport untuk pergi kerja.. tak pun naik motor.. kurang sket penggunaan minyak.. Hujan?? jangan bagi alasan.. baju hujan kan ader… bagi yang berpendapatan rendah.. cuba fikirkan untuk majukan diri bagaimana… zaman sekarang, orang yang kurang pelajaran pun dah boleh jadi jutawan… macam2 bleh dilakukan asalkan halal.. sekarang nih, pendidikan seks dan pendidikan terhadap perancangan keluarga pun perlu disebarkan khususnya kepada mereka yang tinggal di pedalaman yang mempunyai tahap hidup yang miskin… kita bukannya menekat zuriat.. tapi kalo dah terlebih.. tak mampu nak jaga, bagi pakaian, makan minum dan sebagainya pun susah juga… setau aku merancang keluarga nih tak salah di sisa agama.. jangan main tebuk jerr.. bila anak dah berderet terus jadikan alasan macam mana nak tanggung anak2 kalo minyak naik, barang naik dan sebagainya…

hmm… itu pandangan aku.. terpulanglah pandangan orang lain… Kalo Pakatan Rakyat ader cadangan yang jauh lebih baik untuk turunkan harga minyak, cadangkanlah pada kerajaan… bagitau pada media.. kalo benar2 relevan.. rasional.. boleh diterima akal… aku yakin bertindak lebih baik daripada bercakap.. huhu..

ok lah.. chow dulu… nak buat belanjawan jap.. kurangkan makan kat tempat2 mahal.. kurangkan beli baju2 mahal.. kurangkan beli fragrances serta alat2 penjagaan diri yang mahal.. aku yakin kehidupan akan sama sahaja..hahahaha..

h1

Filem: Apa Kata Hati..

Jun 5, 2008

wassup guys.. sebelum aku buat entry pasal isu kenaikan harga minyak.. aku nak relax2 kan otak korang dulu pasal filem yang baru aku tonton semalam…

Apa Kata Hati arahan Saw Teong Hin.. Pelakon2 dia: Raja Farah, Farid Kamil, Awal, Dynas, Ogy, Harun Salim Bachik dan ramai lagilah pelakon2 popular yg buat cameo tuk filem nih…

ok lah.. mcam mana ek aku nak komen filem nih… terus terang, bila aku tgk trailer filem nih.. aku agak tertarik la nak tonton filem nih… jalan cerita yang agak menarik.. tambahan pula filem nih diarah oleh Saw Teong Hin yang pernah menghasilkan filem hebat iaitu ‘Puteri Gunung Ledang’…

pun begitu.. setelah menonton filem nih ptg semalam dgn kawan aku Hasrul kat Alamanda, Putrajaya.. apa yang aku boleh katakan filem nih agak mengecewakan aku.. ader byk benda yang tak kena dalam filem nih.. aku setuju idea filem nih agak hebat dan menarik tapi byk perkara yang aku rasa tidak diambil berat sehingga aku rasakan filem nih agak bosan untuk ditonton…

  1. Seperti yang media telah review.. aku bersetuju yang lakonan Raja Farah agak gagal dalam Filem ini walaupun sebenarnya watak dia yang paling mencabar untuk dilakonkan.. dia heroin tapi bagi aku dia agak gagal.. terus terang aku lebih suka lakonan dia dalam filem ‘Salon’ dulu.. ekspressi muka dia bila dapat dengar kata hati lelaki macam tak natural.. mungkin kurang penghayan…. hmm… ntahla..
  2. tema cerita nih.. ‘komedi romantik’.. tapi.. aku tak nampak mana komedinya.. dan mana romantiknya… setuju ader beberapa babak yang agak lawak.. misalnya babak AC.mizal.. tapi kita gelak dgn aksi AC Mizal.. bukan dgn babak yang dilakonkan oleh AC Mizal.. Awie misalnya… percubaan melakonkan watak ‘lelaki lembut’ nampak sangat seperti beliau ‘berlakon’… bak kata org filem.. Awie seolah-olah tak buat ‘research’… ramai jer lelaki2 gagah yang melakonkan watak lelaki lembut sebelum ini tapi lakonan diorang juh lebih hebat seolah2 natural… mungkin diorang buat research… tapi.. babak yang Awie cakap tak boleh nak bagi anak tuh mmg lawak…. hahahaha..
  3. watak2 cameo… memang cameo tuh tak penting.. tapi kalo kita tgk filem2 hollywood, watak cameo nih kadang2 mmg melekat kat hati… sampai abis filem akan teringat babak yang dilakonkan oleh cameo nih.. misalnya dalam Filem nih.. babak Radhi Khalid jer yg agak best.. babak Sofia Jane, Vanida Imran even Erma Fatima…. Apa TUHH?? Geli sangat… Laarriiikk….
  4. last but not least… filem nih sunyi… kadang2 kita rasakan banyak babak2 yang bosan sebab tak der sound effect atau muzik latar yang mungkin boleh kita lebih menghayati filem nih… huhuhu..

komen terakhir… aku rasa Awal kalo takder dalam filem nih pun ok.. tak penting pun… hahaha.. kredit to Dynas, AC Mizal, OGY and Farid Kamil yang bersungguh menghayati watak dalam filem nih.. yang lain2… hmm… ntahla…

Rating:- 2 Bintang Jerrr…

Chow..

h1

Amerika Syarikat Puji Malaysia

Jun 2, 2008

SINGAPURA: Amerika Syarikat memuji Malaysia kerana memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan antarabangsa secara keseluruhannya

Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates berkata, Malaysia membuktikan keupayaan melindungi Selat Melaka dan langkahnya menentang lanun dan pengganas.

Gates bercakap pada sidang media di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-7 anjuran Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik (IISS) – Dialog Shangri-La di sini, semalam, selepas mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut menyertai dialog itu.

Gates berkata, hubungan AS dengan Malaysia terutama dalam bidang ketenteraman adalah baik dan mereka sedang melihat peluang baru bagi mempertingkat kerjasama tentera.

Beliau berkata, mereka membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh membuat persiapan awal dalam memberi bantuan kemanusiaan.

Sementara itu Najib berkata, Malaysia akan mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan terutama dalam usaha menjamin keamanan dan keselamatan serantau.

Najib berkata, mereka juga membincangkan perkembangan keselamatan di Asia Tenggara termasuk Selatan Filipina dan keselamatan maritim.
Najib dan Gates juga menyentuh isu-isu yang berlaku di Afghanistan dan Timur Tengah. – Bernama

wassup guys… hmm sajer jer nak ketengahkan isu ini.. artikel nih aku ambik kat berita harian online.. bila aku baca artikel nih, macam2 interpretasi yang boleh kita berikan… aku rasa pelik bila tiba2 AS nak puji Malaysia pasal isu keselamatan bagai.. bukan apa.. bagi aku AS nih yang mmg terkenal dengan keganasan serta jenayah2 perangnya takkan memuji sesuatu melainkan ada ‘udang di sebalik batu’..

bila aku baca pasal Robert Gates nih mungkin akan melihat potensi untuk menjalinkan kerjasama tentera aku dah rasa lain macam.. aku harap Malaysia berfikir panjang sebelum rundingan kerjasama dibuat.. Benar, AS mungkin akan menjanjikan macam2 janji manis.. tapi aku takut perkara sebaliknya akan terjadi.. bagi aku target AS adalah untuk jadikan Selat Melaka sebagai pengkalan tenteranya… lagi satu, kalo kita buat kerjasama ketenteraan kita akan digelar ‘US Allies’.. maka samalah kita dgn sekutu2 AS yang lain.. adakah sanggup kita jadi macam tuh.. ibarat kita menyokong keganasan yang mungkin ditafsirkan oleh AS sebagai keselamatan dan ketenteraman…

hmm.. sama2 lah kita fikirkan.. tapi, aku rasa kerajaan kita takkan begitu mudah tertarik dengan pujian sedemikian.. kita semua sedar dan tahu siapa AS sebenarnya…

chow..