Arkib bagi Hari 20 Mei 2008

h1

Tun Dr Mahathir Keluar UMNO?? What??

Mei 20, 2008

Assalamualaikum.. wassup guys!! hmm.. dah lama tak menulis tentang isu-isu semasa yang melanda negara kita saban hari… terus terang sejak selepas PRU 12.. aku dah malas nak mengetahui tentang hal-hal yang melanda dunia politik tanah air.. bagi aku ia penuh dengan drama dan kata-kata kosong… drama yang boleh berubah genre setiap hari.. sedih, geram, lawak dan komedi yang kadang2 buatkan kita gelihati dan sakit hati.. mungkin zaman ini kita berasa terlalu selesa dengan apa yang kita kecapi sehinggakan perjuangan yang pernah kita lafazkan mudah untuk kita jadikan bahan mainan dan kita campak ketepi bila kita tidak lagi memerlukan…

Buletin 1.30 di TV3 siang tadi memang mencuit hati kecil di dalam badan aku yang besar ini.. Tun Dr Mahathir buat keputusan yang aku kira amat berani.. sama ada ia satu perkara yang membanggakan atau sebaliknya menghancurkan sama2 lah kita nanti.. bukannya mendoakan perkara buruk terjadi.. tetapi kesan daripada apa yang terjadi boleh menjadi barah dalam jiwa dan api di dalam hati.. tidak terfikirkah Tun bahawa tindakan beliau ini bukannya akan memulihkan suasana yang semakin huru-hara.. malah boleh porak perandakan bangsa yang sentiasa berjiwa merdeka.. kalo benar ada sengketa serta telingkah jiwa antara kalian ‘berdua’… mengapa seluruh bangsa yang menjadi percaturannya?? mungkin Tun terlupa.. dahulu Tun pernah berkata.. “Parti UMNO ini adalah lambang bangsa kita.. anggaplah ia sebagai nyawa yang perlu kita jaga di mana sahaja kita berada”… Kata Tun, UMNO sekarang adalah UMNO Pak Lah… bukannya UMNO yang seperti 62 tahun dahulu.. Namun bila kita imbas sejarah.. bila UMNO diharamkan satu masa dahulu dan Tun angkat serta kembalikan semula kegemilangan serta maruah UMNO sehingga digelar UMNO baru.. tidakkah Tun terfikir yang seluruh rakyat ketika itu beranggapan itu adalah UMNO Mahathir… Tapi demi bangsa dan parti.. rakyat tetap setia menabur bakti setia berjanji.. bersama semangat bangsa akan ku peluk dan ku jaga bangsa ini hingga akhir hayat nanti…

Sebenarnya aku takut untuk memberi pandangan mengenai isu ini.. berkali-kali termenung dan berfikir akan kewajaran meluahkan apa yang terpendam dalam isi hati.. bukannya apa aku sekadar takut apa yang diluahkan kan akan disalah erti dan tidak difahami.. namun aku memberi pandangan dari sudut seorang anak bangsa Malaysia yang cintakan bangsa dan negaranya.. aku rasa semua ini tak ubah seperti satu drama atau telenovela yang dilakonkan serta diarahkan oleh insan yang melihat dunia ini seperti pentas bangsawan yang hanya dahagakan kepuasan sendiri dan keuntungan peribadi… Lihatlah dengan mata hati yang tulus dan suci.. Kita sebagai bangsa Malaysia hanya mendambakan kehidupan yang harmoni, aman serta toleransi sesama kita.. suara rakyat yang perlu didengar dan diambil kira.. bukannya suara pemimpin yang penuh dengan hasad dengki dan penuh dengan krisis peribadi.. hmm.. sudah-sudahlah.. seharusnya kita bermuhasabah.. jangan asyik bertelagah dan bertelingkah.. kelak bangsa kita yang musnah dan parah.. jangan asyik pengaruh dan kuasa yang kita impi… takut2 kita terleka bermimpi di siang hari… maruah bangsa tercalar tergadai negara kita sendiri…

p/s:- Isu ini akan memenuhi dada2 media arus perdana atau alternatif.. mungkin berlarutan berhari2 untuk mencari jawapan yang tidak pasti.. apa yang sedihhya.. tatkala itu fokus kita hanya akan bertumpu pada perkara itu dan isu-isu tentang anak bangsa serta isu-isu yang lebih penting agendanya.. hanya akan dipandang sepi dibiarkan seolah-olah kita buta jiwa dan tuli hati.. maka ’si luncai pun terjun dengan labu-labunya…’