Arkib bagi Hari 14 Mei 2008

h1

Terima Kasih ‘aKaSiA’…

Mei 14, 2008

Farewell party Akasia..

Kali ini aku biarkan jari-jemari aku menari ikut paluan hati… setelah lama saat ini dinanti.. satu entri khas buat keluarga ‘akasia’ terpatri bersemi.. anggap kata dan madah ini sebagai janji… bahawa ikatan yang telah kita bina hari demi hari.. akan terus kekal abadi sebagai satu kasih sayang yang terus bersemadi…

Empat tahun berlalu… betapa terasa singkatnya waktu.. aku dan dunia perdebatan ibarat ‘irama dan lagu’.. bukan sekadar keindahan untuk meluahkan rasa dan kata-kata.. tetapi dunia ini turut mengajar aku erti manusia yang semakin dewasa… dunia ini memang bermacam rencah.. ada yang pahit namun banyaknya yang indah.. kadang-kadang yang manis juga boleh berubah gundah.. bak kata pepatah ’sekali air bah sekali itu pantai kan berubah’…

Namun itu hanyalah sekelumit dugaan dan cabaran.. yang sentiasa menguji persahabatan dalam dunia perdebatan… arus itu bersama-sama kita redah… biarpun kadang2 bertikam lidah.. kadang2 tersalah tingkah.. namun kita bijak bermuhasabah.. memulih yang parah agar tidak terus menjadi barah.. biar apa pun orang kata.. niat kita sama dan serupa… menjulang nama ‘Akasia’ di persada yang masyhur pengiktirafannya..

sweet gift from the host

sekadar ingin berkongsi cerita pada saudara2 ‘akasia’ ku sekalian.. permulaanku dalam dunia perdebatan ini bukanlah semudah yang mungkin kalian fikirkan.. lantaran terlewat menyambung pengajian.. aku tidak dikenali ketika minggu pengenalan.. 2 bulan aku mencari arah untuk memperlihatkan kebolehan.. akhirnya tuhan makbulkan… detik bersejarah merangkul kejuaraan pidato kemerdekaan peringkat antara kolej dalam universiti.. barulah diri ini dikenali.. namun kemunculan aku pada ketika itu terlewat.. debat diraja 2004 gagal untuk aku meletakkan tempat… kecewa namun bukan mematahkan semangat… aku pendam dalam diam aku tanamkan azam dan matlamat.. aku akan tunjukkan dan buktikan pada dunia perdebatan bahawa satu hari nanti aku akan dikenali sebagai pendebat yang rendah diri dan disegani… biar pun merangkak dan bertatih.. aku harung segala pedih dan jerih.. demi buktikan ini jalan yang aku pilih dan aku harus tunjukkan yang aku adalah insan terpilih…

saudara2 ‘akasia’ ku sekalian… seperti yang aku katakan.. laluan aku sebagai seorang pendebat yang mewakili universiti bukanlah semudah yang kalian fikirkan… Debat IKIM adalah yang pertama… itu pun sekadar mengisi kekosongan yang tiada siapa ingin isikan.. akhirnya.. terpaksalah aku jadi galang gantinya.. tapi aku tidak mudah melatah dan menyerah… walaupun dikritik hebat serta diragui kebolehan berdebat… aku kumpul segenap jiwa dan semangat… walaupun debat konvensional namun berkat kesungguhan… persembahan aku kali pertama tidak menghampakan… Alhamdulillah.. bukan lagi kata nista tapi pujian yang melimpah.. aku jadikan peniup semangat untuk berubah… membaiki segala yang lemah.. agar benih yang disemai terus mekar serta hasilnya berbuah indah…

saudara2 ‘akasia’ ku sekalian…. setelah empat tahun mengharung pengalaman… yang pahit kita telan.. yang manis kita jadikan kenangan… tidak perlu aku ceritakan apakah kejayaan dan pengalaman yang kita telah hadiahkan buat ‘akasia’ sepanjang kita bersama mengharung perjalanan yang penuh dengan dugaan dan cabaran… apa yang aku harapkan.. moga legasi kecemerlangan ini dapat diteruskan.. usah lagi menoleh ke belakang andai kejayaan yang kita impikan.. pun begitu andai kita terus di depan.. jangan sesekali mendabik dada, takbur dan bangga kerana itu hanya akan merosak serta membinasakan…..

‘Akasia’… hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat aku lafazkan… Walaupun perjuangan aku telah terhenti… namun semangat dan jiwa aku tetap bersama kalian… Insyaallah..

“Di saat kalian perlukan aku walaupun mungkin kalian tidak mahu aku, aku akan disampingmu…” dan “Di saat kalian mahukan aku sedangkan kalian tidak perlukan aku, aku akan pergi…”

khas buat:-

Kak Wawa, Mami, Encik Azmi, Napi, Nazli, Madi, Ezly, Sapek, Azwan, Minah, Hasanah, Nan, Nana, Jihan, Apish, Topek, Faizi, Krel, Shah, Hasrul, Faidin, Arya, Hazir, Zafirah, Shahrom, Zarul, Farol, Nuar, Kak Da, Anis, Panglima, Black, Khalis, Fendi, Nash, Asri, Jojo, Aqilah, Khai (p/s: mana yang tertinggal tu bgtau ek.. huhu..)