Arkib bagi Bulan Mei 2008

h1

Ada Untukmu – by Nubhan AF6

Mei 31, 2008

wassup guys.. aku just nak share ngan korang lirik lagu Nubhan AF6 nih.. ntahla.. bagi aku lagu nih best gila.. setiap malam sebelum tido, aku mesti dengar lagu nih beberapa kali… baru dapat tido.. mungkin irama dan lirik lagu nih terlalu melekat dengan jiwa aku.. (wakaka.. jiwang la plak…) yang penting lagu nih mmg superb!! aku harap komposer lagu nih akan menghasilkan lagu2 yang berkualiti seperti nih gak…

chow…

ADA UNTUKMU by Nubhan AF6

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

C/o:

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Ulang c/o.

Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah



h1

Aku KeMBaLi… (“v”)..hohoho..

Mei 30, 2008

Assalamualaikum… wassup guys.. it was more than one week since previous entry i posted here at my blog.. bukannya menyepi.. just, not much to share with u guys because my life was so boring for the last few weeks.. macam biasa, kehidupan sebagai penganggur terhormat mmg meletihkan+membosankan bagi aku.. just duk kat umah tgk tv+makan+internet+tido… Bercuti?? ongkosnya nggak ada dong.. hahaha… kalo nak jalan2 kang mesti kena guna duit.. aku pun bongok, dulu tak reti nak berjimat simpan duit bagai.. hmm.. skarang apa nak buat?? buat bodo jela…. hahaha…

by the way… ader gak benda2 yang aku nak ceritakan kat korang tentang aktiviti2 yang aku buat dalam tempoh seminggu yang lepas nih.. CHECK IT OUT!!!

PICNIC KAT SUNGAI CONGKAK…!!

Hari sabtu minggu lepas(24/5).. aku ngan beberapa geng Akasia (aku, hasrul, zita, farol, zira, nash, kalis n jojo) telah memecut ke sungai congkak seawal 8 pagi untuk mandi-manda.. huhu.. best gilerr.. aku nih mmg pantang kalo org ajak pegi berenang+berendam… mmg favourite aku.. huhu.. kitorang pegi dua kereta.. sampai kat sana carik port.. then kitorang pun mulakan picnic dengan makan nasi lemak yang kitorang beli bungkus kat bangi sebelum bertolak pegi… huhu.. mmg diet agung makan nasi lemak sebelum masuk air… hahaha… semuanya mandi kecuali zira… aku pun tak tau kenapa zira taknak mandi.. hahaha.. kalo bf dia ajak nak pulak… oooppsss!!!..

nih ader gambar sket aktiviti2 kitorang kat sana… (mana yg seksi tuh, pejam mata ek.. hahaha)

“aku yang paling kurus”

“sibuk nak amik gambar ngan aku”

“dugong kelaparan…”

“khas untuk Milan.. huhu”

“warrgghhh..”

haaa.. tu jerlah.. tak larat nak letak gambar banyak2.. hahaha… kitorang kat sg. congkak nih samapi kul 1 jerr.. sebab si farol ader emergency… huhuhu.. nasib baik takder apa2… sebab bwk kereta mcm org gila…


Debat Komuniti Bistari Peringkat Negeri Sembilan

nih lagi satu aktiviti aku… Rabu malam yang lepas (28/5) aku ader perlawanan debat untuk pertandingan Debat Komuniti Bestari anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.. huhu.. aku mewakili daerah Seremban bersama ngan 3 orang lagi rakan sepasukan iaitu abang Hanip, Jijul dan Ridzwan… actually abg anip yang ajak aku join benda nih.. Debat nih terbuka kepada ahli Komuniti Bestari yang berumur 21 tahun ke atas.. kiranya, debat tuk org2 dewasa dan org2 tua.. hahaha.. malam rabu tuh ader lah untuk penentuan dua pasukan yang akan bertanding di peringkat akhir pada 3 Jun 2008 akan datang.. sapa yang menang pada 3hb tuh nanti akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan….

Alhamdulillah… pasukan kitorang yang mewakili Seremban berjaya ke peringkat akhir dan akan bertemu dengan pasukan yng tak kurang hebatnya dari daerah Port Dickson.. huhu.. kiranya SEREMBAN vs PD lah nanti.. apa pun aku akan buat yang terbaik pada peringkat akhir nanti… yerlaa.. dari tak buat apa kat umah.. ader gak aktiviti aku join benda nih.. hahaa…

so, sesapa yang nak tengok aku berdebat.. silalah datang beramai pada 3 Jun 2008, jam 8.00malam bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban Negeri Sembilan… pada dak2 Akasia, thanks kerana datang bagi sokongan ari tuh dan harap2 korang datanglah menjenguk pada perlawanan akhir nanti yer…

lupa plak nak bagitau… yang menariknya.. aku akan lawan dengan bekas Teammate aku masa debat kat UKM dulu iaitu EZLY MARZUKI… dia mewakili PD bersama 2 kawan dia yang lain.. Interesting kan?? huhu.. cuak gila…

so guys… tuh jer aktiviti aku yang boleh dikatakan menarik bagi aku dalam tempoh seminggu dua yang lepas.. sebab tu la aku tak update blog.. bosan takder cerita… isu semasa??? MALASSS!!!!!

Chow bebeh..

h1

Tun Dr Mahathir Keluar UMNO?? What??

Mei 20, 2008

Assalamualaikum.. wassup guys!! hmm.. dah lama tak menulis tentang isu-isu semasa yang melanda negara kita saban hari… terus terang sejak selepas PRU 12.. aku dah malas nak mengetahui tentang hal-hal yang melanda dunia politik tanah air.. bagi aku ia penuh dengan drama dan kata-kata kosong… drama yang boleh berubah genre setiap hari.. sedih, geram, lawak dan komedi yang kadang2 buatkan kita gelihati dan sakit hati.. mungkin zaman ini kita berasa terlalu selesa dengan apa yang kita kecapi sehinggakan perjuangan yang pernah kita lafazkan mudah untuk kita jadikan bahan mainan dan kita campak ketepi bila kita tidak lagi memerlukan…

Buletin 1.30 di TV3 siang tadi memang mencuit hati kecil di dalam badan aku yang besar ini.. Tun Dr Mahathir buat keputusan yang aku kira amat berani.. sama ada ia satu perkara yang membanggakan atau sebaliknya menghancurkan sama2 lah kita nanti.. bukannya mendoakan perkara buruk terjadi.. tetapi kesan daripada apa yang terjadi boleh menjadi barah dalam jiwa dan api di dalam hati.. tidak terfikirkah Tun bahawa tindakan beliau ini bukannya akan memulihkan suasana yang semakin huru-hara.. malah boleh porak perandakan bangsa yang sentiasa berjiwa merdeka.. kalo benar ada sengketa serta telingkah jiwa antara kalian ‘berdua’… mengapa seluruh bangsa yang menjadi percaturannya?? mungkin Tun terlupa.. dahulu Tun pernah berkata.. “Parti UMNO ini adalah lambang bangsa kita.. anggaplah ia sebagai nyawa yang perlu kita jaga di mana sahaja kita berada”… Kata Tun, UMNO sekarang adalah UMNO Pak Lah… bukannya UMNO yang seperti 62 tahun dahulu.. Namun bila kita imbas sejarah.. bila UMNO diharamkan satu masa dahulu dan Tun angkat serta kembalikan semula kegemilangan serta maruah UMNO sehingga digelar UMNO baru.. tidakkah Tun terfikir yang seluruh rakyat ketika itu beranggapan itu adalah UMNO Mahathir… Tapi demi bangsa dan parti.. rakyat tetap setia menabur bakti setia berjanji.. bersama semangat bangsa akan ku peluk dan ku jaga bangsa ini hingga akhir hayat nanti…

Sebenarnya aku takut untuk memberi pandangan mengenai isu ini.. berkali-kali termenung dan berfikir akan kewajaran meluahkan apa yang terpendam dalam isi hati.. bukannya apa aku sekadar takut apa yang diluahkan kan akan disalah erti dan tidak difahami.. namun aku memberi pandangan dari sudut seorang anak bangsa Malaysia yang cintakan bangsa dan negaranya.. aku rasa semua ini tak ubah seperti satu drama atau telenovela yang dilakonkan serta diarahkan oleh insan yang melihat dunia ini seperti pentas bangsawan yang hanya dahagakan kepuasan sendiri dan keuntungan peribadi… Lihatlah dengan mata hati yang tulus dan suci.. Kita sebagai bangsa Malaysia hanya mendambakan kehidupan yang harmoni, aman serta toleransi sesama kita.. suara rakyat yang perlu didengar dan diambil kira.. bukannya suara pemimpin yang penuh dengan hasad dengki dan penuh dengan krisis peribadi.. hmm.. sudah-sudahlah.. seharusnya kita bermuhasabah.. jangan asyik bertelagah dan bertelingkah.. kelak bangsa kita yang musnah dan parah.. jangan asyik pengaruh dan kuasa yang kita impi… takut2 kita terleka bermimpi di siang hari… maruah bangsa tercalar tergadai negara kita sendiri…

p/s:- Isu ini akan memenuhi dada2 media arus perdana atau alternatif.. mungkin berlarutan berhari2 untuk mencari jawapan yang tidak pasti.. apa yang sedihhya.. tatkala itu fokus kita hanya akan bertumpu pada perkara itu dan isu-isu tentang anak bangsa serta isu-isu yang lebih penting agendanya.. hanya akan dipandang sepi dibiarkan seolah-olah kita buta jiwa dan tuli hati.. maka ’si luncai pun terjun dengan labu-labunya…’

h1

Terima Kasih ‘aKaSiA’…

Mei 14, 2008

Farewell party Akasia..

Kali ini aku biarkan jari-jemari aku menari ikut paluan hati… setelah lama saat ini dinanti.. satu entri khas buat keluarga ‘akasia’ terpatri bersemi.. anggap kata dan madah ini sebagai janji… bahawa ikatan yang telah kita bina hari demi hari.. akan terus kekal abadi sebagai satu kasih sayang yang terus bersemadi…

Empat tahun berlalu… betapa terasa singkatnya waktu.. aku dan dunia perdebatan ibarat ‘irama dan lagu’.. bukan sekadar keindahan untuk meluahkan rasa dan kata-kata.. tetapi dunia ini turut mengajar aku erti manusia yang semakin dewasa… dunia ini memang bermacam rencah.. ada yang pahit namun banyaknya yang indah.. kadang-kadang yang manis juga boleh berubah gundah.. bak kata pepatah ’sekali air bah sekali itu pantai kan berubah’…

Namun itu hanyalah sekelumit dugaan dan cabaran.. yang sentiasa menguji persahabatan dalam dunia perdebatan… arus itu bersama-sama kita redah… biarpun kadang2 bertikam lidah.. kadang2 tersalah tingkah.. namun kita bijak bermuhasabah.. memulih yang parah agar tidak terus menjadi barah.. biar apa pun orang kata.. niat kita sama dan serupa… menjulang nama ‘Akasia’ di persada yang masyhur pengiktirafannya..

sweet gift from the host

sekadar ingin berkongsi cerita pada saudara2 ‘akasia’ ku sekalian.. permulaanku dalam dunia perdebatan ini bukanlah semudah yang mungkin kalian fikirkan.. lantaran terlewat menyambung pengajian.. aku tidak dikenali ketika minggu pengenalan.. 2 bulan aku mencari arah untuk memperlihatkan kebolehan.. akhirnya tuhan makbulkan… detik bersejarah merangkul kejuaraan pidato kemerdekaan peringkat antara kolej dalam universiti.. barulah diri ini dikenali.. namun kemunculan aku pada ketika itu terlewat.. debat diraja 2004 gagal untuk aku meletakkan tempat… kecewa namun bukan mematahkan semangat… aku pendam dalam diam aku tanamkan azam dan matlamat.. aku akan tunjukkan dan buktikan pada dunia perdebatan bahawa satu hari nanti aku akan dikenali sebagai pendebat yang rendah diri dan disegani… biar pun merangkak dan bertatih.. aku harung segala pedih dan jerih.. demi buktikan ini jalan yang aku pilih dan aku harus tunjukkan yang aku adalah insan terpilih…

saudara2 ‘akasia’ ku sekalian… seperti yang aku katakan.. laluan aku sebagai seorang pendebat yang mewakili universiti bukanlah semudah yang kalian fikirkan… Debat IKIM adalah yang pertama… itu pun sekadar mengisi kekosongan yang tiada siapa ingin isikan.. akhirnya.. terpaksalah aku jadi galang gantinya.. tapi aku tidak mudah melatah dan menyerah… walaupun dikritik hebat serta diragui kebolehan berdebat… aku kumpul segenap jiwa dan semangat… walaupun debat konvensional namun berkat kesungguhan… persembahan aku kali pertama tidak menghampakan… Alhamdulillah.. bukan lagi kata nista tapi pujian yang melimpah.. aku jadikan peniup semangat untuk berubah… membaiki segala yang lemah.. agar benih yang disemai terus mekar serta hasilnya berbuah indah…

saudara2 ‘akasia’ ku sekalian…. setelah empat tahun mengharung pengalaman… yang pahit kita telan.. yang manis kita jadikan kenangan… tidak perlu aku ceritakan apakah kejayaan dan pengalaman yang kita telah hadiahkan buat ‘akasia’ sepanjang kita bersama mengharung perjalanan yang penuh dengan dugaan dan cabaran… apa yang aku harapkan.. moga legasi kecemerlangan ini dapat diteruskan.. usah lagi menoleh ke belakang andai kejayaan yang kita impikan.. pun begitu andai kita terus di depan.. jangan sesekali mendabik dada, takbur dan bangga kerana itu hanya akan merosak serta membinasakan…..

‘Akasia’… hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat aku lafazkan… Walaupun perjuangan aku telah terhenti… namun semangat dan jiwa aku tetap bersama kalian… Insyaallah..

“Di saat kalian perlukan aku walaupun mungkin kalian tidak mahu aku, aku akan disampingmu…” dan “Di saat kalian mahukan aku sedangkan kalian tidak perlukan aku, aku akan pergi…”

khas buat:-

Kak Wawa, Mami, Encik Azmi, Napi, Nazli, Madi, Ezly, Sapek, Azwan, Minah, Hasanah, Nan, Nana, Jihan, Apish, Topek, Faizi, Krel, Shah, Hasrul, Faidin, Arya, Hazir, Zafirah, Shahrom, Zarul, Farol, Nuar, Kak Da, Anis, Panglima, Black, Khalis, Fendi, Nash, Asri, Jojo, Aqilah, Khai (p/s: mana yang tertinggal tu bgtau ek.. huhu..)

h1

Aku dan Alam Pekerjaan…

Mei 9, 2008

wassup guys.. huh.. bosan gila dalam seminggu nih…. duk umah jer.. nak pegi jenjalan takder duit.. maklumla penggangur lah katatakan… barulah aku tahu bagaimana rasanya kehidupan sebagai seorang penganggur… bosan tahap cipan.. duk di rumah menanti kot2 aderr yang call untuk interview ker… apa ker.. benarlah kata orang penantian itu satu penyiksaan…

huhu.. perkembangan terbaru setelah menanti… akhirnya aderlah beberapa panggilan masuk ke handphone aku untuk tujuan interview… barulah lega sket hati aku walaupun perasaan kadang2 bertukar ‘nervous’ pasal nak menghadapi interview nih nanti…. hahaha..

  1. JABATAN PEGUAM NEGARA (10.00 PAGI/ 10 MEI 2008 ) – Sabtu nih aku interview kat AG.. Alhamdulillah… ini ader lah interview yang amat aku nantikan… maklumlah.. kerajaan kan… mak-ayah aku mmg berharap aku dapat kerja dgn kerajaan… Aku?? ntahla… niat dalam hati redahh jer… mana yg dapat dulu aku cekup…
  2. Messr Thomas Philip, Hartamas (2.30pm/16 Mei 2008 ) – yang nih interview untuk chambering… firm nih mmg aku nantikan panggilannya untuk interview… ntahla.. hati aku mmg berharap dapat kat firm nih… kalo korang nak tau… banyak dugaan dan cabaran untuk interview kat firm nih… postpone jer dah 3 kali.. boss meeting lah.. aku plak yang ader hal lah.. macam2 lah… yang penting kalo rezeki aku untuk chambering, aku mmg harap dapat firm nih… huhuhu..
  3. Tekun Nasional (on call – next week) – yang nih aku tak mintak pun.. tapi diorang yang call selepas tengok CV aku kat JobsDB… diorang offer untuk jawatan ‘Legal Executive’… aku pun tak berapa tahu sangat pasal agensi nih.. yang aku tau dia bawah Kementerian Pembangunan Usahawan… diorang uruskan hal-hal pemberian pinjaman yang sah di sisi undang2…. huhu… actually aku berminat gak kerja dengan semi-government nih… dan aku dgr mmg gaji dia masyuukkk… hahahha..

Setakat itu sahaja interview aku yang confirm…. yang lain2 aku masih menanti panggilan.. misalnya KFC Holdings, MAS dan Security Commission(SECOM)…. apa yang penting aku mmg tgh study sekrang nih untuk interview esok… takut woo…. interviewer sumer bos2 besar.. (Tan Sri AG, Dato’ SG, Dato’ Mohd Yusuf bhgn pendakwaan dgn Dato’ Azailiza bhgn International).. mmg kena baca buku takut2 kena baling fail ker dgn Tan Sri Gani… wakakaakak..

ok lah korang… gue chow dulu… nak baca buku.. hahaha.. korang doa2 kan lah aku ek… berkat doa2 korang manalah tau dapat Tuhan Makbulkan doa2 aku jugak.. dapat aku kerja yang best2…. huhuhu… chow!!

h1

5 THINGS…

Mei 6, 2008

Haaah… wassup guys… This time I’ve been tagged by Zakiah… She already remind me that I have to do this ‘Tag Game’ no matter what… Penatnya… panjang pulak tuh… But untuk tidak menghampakan ko Kiah, aku buat jugak la… So, for my second time (first time was Sheela tagged me) here it is… Enjoy guys!!!!

5 HADIAH YANG DIIMPIKAN:

  1. Video Camera
  2. iPod Touch
  3. Wallet
  4. Minyak Wangi (Dunhill or Hugo or Issey Miyake)
  5. Jacket Denim or Kulit (huhu… mmg payah nak dapat nih.. takder saiz maaa… kat oversea ader kot)

SENARAIKAN ALASAN ATAS PILIHAN ANDA ITU:

  1. Best woo… boleh rakam aksi sendiri.. macam2 aksi boleh rakam.. huhuhu.. kalo dapat yang betul2 ‘Handy’ lagi masyukkk…
  2. Tertarik bila tgk Jinan punya dulu… lawa siyoot… kiranya antara gadget yang aku idamkan laa..
  3. Huhu… wallet aku dah teruk… koyak2 dah… aku nih allergic pakai Wallet2 murah.. so kalo dapat aku nak brand ‘Lizards’…. Sama brand yang aku pakai sekarang.. tahan lama ok.. design dia pun gempak dan menarik.. alah bukan mahal pun… dalam RM70 – RM80 pun leh dapat.. so sapa2 nak bagi aku hadiah kat aku tuh.. cadangan aku nih aderlah yang paling sesuai… hahahaha
  4. Aku nih kuat berpeluh… so kenalah guna perfume selalu… especially yang bau dia tahan lama… setakat nih jenama2 yang aku sebutkan tadi mmg tahan lama dan sesuai dengan selera aku.. tapi beli minyak wangi nih ongkosnya tinggi dong.. nak2 lagi macam aku yang pakai minyak wangi macam pakai bedak… hahaha
  5. Walaupun aku gemuk, teringin gak nak bergaya.. masalahnya susah nak carik saiz.. susah gila laa… masa pegi Australia ari tuh carik gak.. tapi tak jumpa jaket yang aku nak… Aku ada dua option… sama ada carik duit byk2 then pegi US untuk beli atau KURUSKAN BADAN!!! Hmm… nanti aku pikir ek…

5 IMPRESI TERHADAP ORANG YANG DIMINATI:

  1. Aku suka orang yang menepati masa sebab aku memang org yang menepati masa… I hate waiting… huh..
  2. Aku suka org yang pandai ‘communicate’ dengan penuh intelek… I’m debater and I saw a lot of people who can talk and debate… for me this group of people is genius…
  3. Aku suka orang yang tak memilih makanan dan suka makan…. Hahaha… nih mmg boleh satu kepala…. pantang jumpa, bedall…
  4. Aku suka org yang tak meninggi diri…. Maksud aku org yang sentiasa berserderhana dan ikhlas dalam melakukan sesuatu… bukannya buat sesuatu untuk ambil perhatian org lain.. sakit hati kalo jumpa org yang selfish!!!!
  5. Aku suka gelak dan nyanyi.. so, aku suka org yng suka buat lawak dan pandai nyanyi… hahaha… pandai nyanyi tau bukan suka nyanyi.. dua benda yang berbeza!!

PERKARA YANG PALING HEBAT PERNAH DILAKUKANNYA UNTUK ANDA

Walaupun aku letak 5 perkara di atas sebagai umum… Tapi ader la sorang yang ader kesemua cirri org yang aku suka…. Perkara yang paling hebat pernah dilakukan oleh org ini aderlah menerima aku kembali dengan sepenuh hatinya wlaupun aku pernah buat dia terluka sebelum nih… huhuhu… Thanks Dear..

5 CIPTAAN YANG PALING DISUKAI (TIDAK SEMESTINYA MELIBATKAN TEKNOLOGI YANG MAJU)

  1. Peti Ais
  2. Internet
  3. Kereta
  4. Elevator or Escalator (fuhh.. kalo takder kurus aku naik tangga)
  5. Alat Perancang Keluarga (Haaa????)

5 PERKARA YANG DIBENCI

  1. Ahli Politik yang suka cakap belit2… (I hate Politics!!)
  2. Lif atau Escalator Rosak!!!
  3. Waiting!!!
  4. Bau Sampah!!!
  5. Restoran yang mempunyai tempat duduk yang kecik (Size Discrimination!!!!)

5 ORANG YANG ANDA NAK TAG

  1. JINAN
  2. SHEELA
  3. NUAR
  4. SHAM
  5. ENCIK H
h1

“Andai Kau Ingin Tahu”

Mei 2, 2008

wassup guys… huhu.. hari nih hari yang keempat aku bergelar penganggur terhormat… hidup mula terasa bosan dan penat.. tak banyak benda yang dapat aku buat.. menunggu panggilan interview yang tak dapat-dapat.. mulalah jiwa aku rasa bosan yang teramat.. tulah aku nih confident sangat… konon2 nya apa yang ku harap dapatlah panggilan interview sejurus exam tamat… supaya dapatlah aku terus gunakan segala keringat dan tulang empat kerat… tapi apakan daya rezeki belum terlihat…

 

tidak mengapa… kata Ibu rezeki pasti ada.. Tuhan hanya mahu menduga.. hanya perlu secebis sabar dan Doa.. rezeki pasti mengintai tirai kerjaya.. waktu itu barulah syukur tersemat di dada.. berkat kesabaran dan Doa yang dihela.. aku percaya… saat yang dinanti pasti tiba…

 

Tika dan saat ini.. di anjung ‘Baiti Jannati’.. aku merenung sendiri… alangkah indah dan bahagia saat jalinan persahabatan kami bersemi… suka dan duka serta tangis dan hilai tawa menyerap di setiap urat sendi.. aku tahu kalian juga turut merindui… saat persahabatan kita bersemi.. kita telah lafazkan satu janji… persahabatan kita bukan setakat di sini… persahabatan kita adalah nadi… yang akan sentiasa berdenyut selagi hayat belum ’diputuskan’ oleh Ilahi… (Jah, Faidin, Taufik), bagi aku kalian adalah sahabat yang amat istimewa dan serasi… sahabat2 lain janganlah berkecil hati… kalian juga serasi… cuma mereka terlalu dekat dengan hati ini… mungkin kerana hanya kami yang memahami setiap hati yang ada di antara kami…

 

Selesai secebis madah… hanya ini yang mampu terluah… bagi aku ini hanyalah sekelumit kisah.. daripada kehidupan aku yang penuh ceria dan indah… harapan aku biarlah segala perjalanan hidup aku dipermudah… kehidupan yang penuh tenang tanpa seurat resah… kehidupan yang bahagia tanpa sebarang aral dan musibah… Kehidupan milik Sang Pencipta Yang Maha Indah… PadaMu aku berserah… Hanya tahmid dan Doa sebagai wasilah… Tuhan Berkatilah dan Rahmatilah… Segala kenikmatan yang Kau beri hanya mampu terucap di bibir ini Kalimah Alhamdulillah…. (Serius part nih dah macam Ustazah Nor Bahyah)…. \(^o^)/

 

“I Believe”

by:- Fantasia Barrino

Have you ever reached a rainbow’s end
And did you find your pot of gold
Ever catch a shooting star
And tell me how high did you soar
Ever felt like you were dreaming
Just to find that you’re awake
And the magic that surrounds you
Can lift you up and guide you on your way

[Chorus:]
I can see it in the stars across the sky
Dreamt a hundred thousand dreams before
Now I finally realize
You see I’ve waited all my life for this moment to arrive
And finally, I believe

When you look out in the distance
You see it never was that far
Ohhh No
Heaven knows your existance
And leads you to be everything you are
Ohhh
There’s a time for every soul to fly
It’s in the eyes of every child
It’s the hope, the love that saves the world
And, ohhh, we should never let it go

[Chorus]

I believe in the impossible
If I reach deep within my heart
Overcome any obstacle
Won’t let this dream fall apart
See I strive to be the very best
Shine my light for all to see
Cause anything is possible
When you believe yeah

[Chorus]

Ohh Yeah

Love keeps liftin me higher
Liftin me higher
Love keeps liftin me higher
I said love keeps liften
Love keeps liften me
I said Love keeps liften
Love keeps liften me higher
Said love keeps liften me higher
I said love keeps liften me high