wassup guys…. malam tadi aku tgk wayang… cerita ‘LOVE’… arahan Kabir Bhatia… Aku rasa ramai yang dah tau bahawa filem ‘Love’ nih merupakan filem ‘Cinta’ versi Indonesia… yang mana, filem ‘Cinta’ yang telah diangkat sebagai Filem Terbaik Malaysia juga merupakan arahan Kabir Bhatia.. Aku pun tak paham sangat kenapa Kabir Bhatia beria nak buat versi Indonesia plak…
Ok lah.. aku akan review filem Love nih menggunakan teknik perbandingan dengan filem Cinta.. tapi pendekatan aku mudah iaitu dengan memberi komen tentang kelebihan dan kekurangan filem Love nih….
Sebelum tuh. aku nak bagitau pada sapa yang belum tgk, 5 kisah cinta lebih kurang sama dengan filem Cinta… cuma kisah ‘kasih sayang’ antara adik dengan akan lakonan Nanu dan Que Haidar takder dalam filem Love… digantikan dengan kisah cinta antara seorang lelaki (lakonan Irwansyah) dengan seorang perempuan yang mempunyai kanser payudara….
Kelebihan Filem Love berbanding Cinta
- Bagi aku kekuatan yang paling aku suka dalam filem nih adalah skrip dia…. garapan skrip dalam cerita nih penuh dengan tema cinta.. sangat membuai perasaan dan emosi.. huhu.. berbanding dengan filem Cinta aku rasa skrip dalam Filem Love nih sangat2 bagus… tema cinta dia mmg kena dengan perasaan. Kiranya orang yang tak pernah bercinta pun rasa macam nak bercinta laa… hahaha
- Aku suka plot permulaan dan pengakhiran cerita nih… memang lain daripada Filem Cinta… bagi aku garapan Kabir yang menjawab persoalan di mula cerita dan dijawab pada akhir cerita mmg menarik… nak tau apa dia?? kenalah tgk sendiri….
- Sinematografi filem nih mmg bagus… aku rasa Filem Indonesia mmg terkenal dgn sinematografi yang berkesan… setiap babak mempunyai garapan yang tersendiri… kira ok la…
- Lain2…. hmmm… malangnya aku rasa tu jer kelebihan yang aku dapat rasa…
Kekurangan ‘Love’ berbanding ‘Cinta’
- Aspek lakonan. Walaupun menggunakan nama2 besar dalam filem ‘Love’ nih aku rasa dari aspek lakonan kurang berkesan. ketika ini aku rasa betapa bagusnya lakonan pelakon-pelakon Malaysia jika dibandingkan dengan Pelakon-pelakon Indonesia… bagi lakonan diorang biasa2 jer… skrip yang bagus tak diterjemahkan dengan lakonan yang bagus… jika nak dibandingkan dengan lakonan Dato’ Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rashidi Ishak, Sharifah Amani dengan pelakon yang memainkan watak yang sama…. Cinta jauh lebih hebat daripada Love… Percayalah… sehinggakan aku rasa watak Nanu&Que ditiadakan mungkin sebab takder pelakon yang boleh berlakon lebih hebat dari Nanu…
- Lagu latar…. Filem Love nih jadi bosan sedikit apabila banyak babak yang senyap… dibiarkan tidak berdialog tanpa ader lagu-lagu yang mungkin boleh menyentap emosi anda… lagi satu, pilihan lagu2 pun aku rasa mcam kurengg sket.. aku rasa lagu Sempurna nyanyian Gita Gutawa tu jer sebagai penyelamat… lagu-lagu lain macam tak kena dan ader yang kurengg..
- yang ketiga nih bukan dari aspek Filem.. nih kesalahan orang yang buat subtitle… hahaha… kot yer nak buat subtitle pun, buatlah betul2… pening orng nak baca… dah lah translation nya ntah hape2… pastu lain org tuh cakap, lain translation yang keluar.. bagi aku, walaupun serumpun, kadang2 ader bahasa yang kurang difahami… maka subtitle aderla perlu….
- haa.. lagi satu… walaupun plot2 dalam cerita nih menarik… tapi ader satu kekurangan yang mungkin Kabir terlupa… iaitu kesinambungan cerita… kadang2 ader kisah cinta yang difokuskan terlalu lama sehinggakan kisah lain dibiarkan tenggelam… sedangkan perkara ini tidak ada dalam Filem ‘Cinta’… filem ‘Cinta’ kesinambungannya bagi aku perfect dan difahami…
ok lah… itu hanya sekadar komen aku… mungkin kesilapan aku aderlah apabila menonton filem ‘Love’ nih… fikiran aku akan terbayang filem ‘Cinta’… dan aku akan membandingkan segalanya apabila menonton filem tu..
Keseluruhan:- Tak rugi tengok Filem ini…. aku bagi 3 Bintang…. berbanding Filem Cinta aku bagi 5 Bintang… bukan sebab bias ker apa… tapi aku rasa Filem kita memang bermutu.. Tapi tulah.. bukan semua filem kita bermutu…. Nak tunggu Filem2 yang bermutu seperti Cinta, Sepet, Gubra, Mukhsin dan karya2 seperti karya Afdlin Shauki mmg susah… yerla.. bukan selalu kuar pun.. huhu..
ok lah… gua chow dulu…. sapa yang belum tgk tuh… tgk la….
p/s:- Aku tak tau kenapa ada karya seperti ‘Evolusi KL Drift’…. Tolonglah… bagilah filem Idea Malaysia… huhu…



