h1

Sudah-sudahlah…

April 17, 2008

Wassup guys… dah beberapa hari aku tak update blog… agak sibuk sket… maklumla.. next week dah start final exam… so, sibuk study la.. (study kerr??..huhuhu)

hmmm…. akhir2 ini mcm2 jadi.. kalo baca akhbar, jiwa rasa berdebar… Apa nak jadi dgn bangsa kita yang sudah merdeka lebih 50 tahun lamanya… Politik kita kacau..Isu ekonomi semakin melampau..anak2 muda kita dah semakin sasau…segenap rakyat gundah dan risau…

sudah-sudahla berdrama.. rakyat dah muak melihatnya..apa ada pada sedikit kuasa.. kalo perebutan hanya menyusahkan..bukankah lebih baik kita bermuhasabah, daripada kita bertelingkah, yang Indah boleh berubah jadi darah dan parah… jangan riak takbur.. takut2 Nasi yang ditanak menjadi bubur… Punah harapan.. Berkecai impian…

Pak-Pak Pemimpin.. Mak Menteri dan Mak bekas menteri… Sudah-sudahlah.. Cuba kita muafakat.. agar negara kita lebih berkat.. Tak perlu canang itu salah.. Ini salah… Takder faedah.. Bangsa kita lebih penting!! jangan biar benda yang kurang penting jadi semakin genting dan meruncing…

p/s: sekadar luahan dari lubuk hati yang rawan… huhuhuhu…

Sebuah Nukilan Istimewa oleh Pyan Habib (lupa tajuk dia…) :-

Ma’afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, 
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini,
Apabila orang telah sedia duduk,                                       
aku bangun berdiri                                                              
Apabila orang bertepok,                                                     
aku diam                                                                              
Apabila orang orang ghairah berbincang,                          
aku tidor                                                                               
Apabila orang membaca zikir,                                              
aku takut mati..
Ma’afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang,
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini,
Orang lain sudah merdeka,  
aku belum….  
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,  
walaupun Melayu kata “Melayu bodoh!” Melayu kata “Melayu kecoh!” 
biarkan………, biarkan………………  
Melayu kata “Melayu malas!” Melayu kata “Melayu mulas!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Melayu kata “Melayu kecot!” Melayu kata “Melayu takot!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Melayu kata “Melayu belut!” Melayu kata “Melayu belot!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Melayu kata “Melayu kasap!” Melayu kata “Melayu lesap!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Melayu kata “Melayu tongong!” Melayu kata “Melayu bingong!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Melayu kata “Melayu serong!” Melayu kata “Melayu jerong!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Melayu kata “Melayu sombong!” Melayu kata “Melayu murong!” 
biarkan………, biarkan……………… 
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya. 

4 comments

  1. kena tukar MELAYU jadi MENYEGAR la….hampeh kan bangsa kita nih….

    awis: sekadar bermuhasabah.. ‘takkan Melayu hilang di dunia’.. hmmm


  2. aku suka entri ni… sangat patriotik sebagai anak MENYEGAR (bak kata En. H)

    awis: hahaha…. patriotik la sangat…


  3. suke dgn ayat bang bob.. rimanyer menaikkan semangat patriotik (honestly).. saya setuju.. yang paling bosan n risau politik UMNO… Asyik berbalah jerrr

    awis: sebab rima lah… laha kak mah ni..


  4. mELETOUP RIMA…

    awis: taklah meletup mana pun…



Tinggalkan Komen