hahh… baru mlm td aku sempat tengok movie stelah lama tak menonton…. maklumla like i told u guys.. life as final year student mmg bz nak mampus… hahaha… tapi.. semalam aderlah hari last aku mjenyibukkan diri dengan kerja2 berbentuk ilmiah sebelum final exam 21hb nih… aku ader last presentation semalam untuk subject ‘Law of Evidence’.. bila abis jer… fuhhh lega gila…
aktiviti aku semalam bermula bila tumpang tgk AF kat umah kawan aku Hasrul.. Konsert AF yang paling membosankan dalam sejarah AF… (bosan nak mampusss…) pastu dlm kul 11, aku pun bersuara ‘jom tgk wayang’.. dan ader respons yer…. hahahha…
so, kami berempat (aku, hasrul, zira dan ‘adik’ aku…) terus memecut ke Alamanda untuk tgk midnite show.. 10 minit jer pun….
AKHIRNYA KAMI MEMILIH UNTUK MENONTON ‘27 DRESSES’…
maybe ramai yang dah tgk Filem nih.. aku kiranya lambat sket la.. hahaha…
‘ filem nih mengisahkan tentang seorang yang bernama Jane (lakonan Katherine Heigl) yang hidupnya banyak membantu kawan2 nya jadi pengapit (bridesmaid)…. kiranya dah 27 wedding dia jadi bridesmaid.. dan 27 Dresses dia dah pakai…. sampailah satu saat bila dia kena uruskan wedding adik dia yang nak kahwin dgn bos dia..(dia ni plak simpan cintan dgn boss dia.. ala2 perasan la… tapi bos dia tak feel pun)…. so, dia jeles la.. dan berasa sedih sebab lelaki yg dia suka nak kawin dgn adik dia.. tapi adik dia nih ala2 jahat.. menipu dgn bos dia nih semata2 nak kawin dgn dia…
sampailah satu saat, Jane dah tak tahan.. dia bongkarkan rahsia adik dia sampai adik dia tak jadi kahwin..
lupa lak nak cerita… watak hero dlm cerita nih Kevin Doyle (James Marsden)… seorang columnist pasal wedding org… dia nih ala2 nak bongkar kehidupan Jane untuk dijadikan ’story’ la… bagaimana kehidupan seorang perempuan yang jadi ‘bridesmaid’ sampai 27 kali… huhuhu…
tapi.. Cinta mula berputik… Ending dia???? korang tgk lah sendiri…. hahaha
p/s: bagi aku cerita dia biasa2 jer.. love story dia klise.. dah bleh agak apa ending dia… tapi aku bergenang air mata gak la…. hahaha… bergenang jer… tak mengalir pun… lagipun aku nak tgk citer nih pasal ‘Katherine’ berlakon.. aku nih minat gila kat dia since dia berlakon watak ‘Izzie Stevens’ dalam Grey’s Anatomy..
Rating Filem nih… : 3 1/2 Bintang
ok…. chow dulu..
