Hari ni tanggal 1 April 2008….. ramai yang mungkin pikir tarikh nih istimewa sebab boleh buat ‘April Fool’.. teringat masa aku kat sekolah dulu… tepat jam 12.00 mlm kawan2 aku mula jalankan agenda masing2 untuk kenakan orang.. aku pun terkena skali sebab bila aku bangun jer dari tido… abis penuh colgate kat badan aku.. kurang hajau punya Meon…. huhu… aku pun heran… dak2 sekolah agama pun sambut ‘April Fool’ yang bodoh tuh… tahun demi tahun… usia semakin matang… takder plak aku dikenakan orang atas dasar April Fool….
bagi aku kenakan orang takder pekdahnya… banyak lagi hari istimewa yang kita boleh sambut tapi bukan ‘April Fool’… huhuhu….
bercakap pasal bulan April aderlah mendebarkan bagi aku… maknanya final exam dah nak dekat.. bila final exam dah dekat maknanya aku dah nak sampai ker penghujung hayat sebagai student UKM…. huhuhu… benda2 nih menyebabkan aku tak sabar untuk menghitung hari…. menunggu saat untuk bebas sebagai seorang pelajar Undang-undang UKM….
tapi… bila aku fikir lagi.. sebenarnya bukan sahaja debar dan seronok… sedih pun mula membayangi kotak jiwa dan fikiran.. maknanya… aku akan meninggalkan suka-duka sebagai seorang mahasiswa… kawan2 aku… lecturer2 aku… debat.. pidato… dan macam2 lagi kenangan manis yang aku dapat selam 4 tahun kat UKM nih… hmm… tapi… takper… itu bukanlah satu pengakhiran dalam kehidupan… aku akan jadikan semuanya satu permulaan….
Cayalah…. barulah vogue!!!
Tarikh2 penting bulan ini :-
-
4 April 2008 - Majlis Makan Malam Fakulti Undang-undang, UKM (PICC, Putrajaya)
-
21 April 2008 – Final Exam (Evidence)
-
24 April 2008 – Final Exam (Evidence Syariah)
-
25 April 2008 – Final Exam (Civil Procedure)
-
28 April 2008 – Final Exam (Criminal Procedure)
-
29 April 2008 – HOOOOORRRAAAAYYYYY!!!!!!!! (nak tengok wayang sampai muntah)
ok lah…. gua blah dulu….
