JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia mengenakan tindakan disiplin terhadap 53 kakitangan di institusi pengadilan negara ini termasuk 18 orang hakim antara Januari 2007 dan Mac tahun ini.
Ketua Mahkamah Agung Indonesia, Bagir Manan berkata daripada 18 hakim itu, tiga orang telah diberhentikan kerja.
Ketika menyampaikan laporan tahunan Mahkamah Agung bagi tahun 2007 di sini hari ini, beliau berkata untuk pertama kalinya pada 2007, Mahkamah Agung juga mendedahkan nama hakim-hakim yang dikenakan tindakan disiplin itu sebagai peringatan kepada kira-kira 7,000 hakim lain di seluruh republik ini.
Katanya, Mahkamah Agung yang sedang menangani 523 kes dalam tempoh itu termasuk baki 145 kes dari tahun 2006, bertindak memberikan amaran lisan dan bertulis, mencabut hak hakim terbabit untuk mengadili kes atau diturunkan pangkat dalam struktur jabatan.
Menurut agensi berita Antara, Ketua Suruhanjaya Kehakiman, Busyro Muqoddas, yang mengalu-alukan dan menghormati langkah Mahkamah Agung memperbaiki urusan dalamannya, berharap sikap telus itu akan berterusan sehingga tidak ada lagi hakim ‘nakal’. – Bernama
hmmm… wassup guys… saje jer letak benda ni kat blog aku… aku bukannya apa… naik penat dah tgk pasal isu kehakiman yang semakin menjadi kontroversi kat negara kita.. sekali-sekala kita tgklah plak apa yang jadi kat Negara Jiran kita… mereka lagi teruk… sekadar nak buat perbandingan agar tidaklah sembrono mengecam badan kehakiman kita terlalu membabi-buta, tanpa usul periksa.. rakyat juga kena tahu yang badan kehakiman kita bukannya seteruk yang disangka jika dibandingkan dgn negara2 luar sana…
macam2 pandangan dan kritikan yang diberikan sehingga kes-kes lampau turut dibangkitkan semula semata-mata atas nama ‘keadilan’…. hmm.. bagi aku benda ni ader positif dan negatifnya… apabila isu2 ini semakin mendapat perhatian dan semakin diwar-warkan maka kesannya adalah pada rakyat yang mungkin terlalu cepat menilai terus menimbulkan pelbagai spekulasi dan ada juga yang menghamburkan kata nista.. Institusi Kehakiman kita sudah hilang kesuciannya?? Adakah benar apa yang dikata?? semua ini memerlukan penilaian bersama.. bagi yang ada pengetahuan undang-undang mungkin boleh menilai dengan lebih bijaksana.. bagi yang lain… sukar utk difahami apa yang sedang melanda saat ini…
TerIngat kata Ayah…
Apa nak jadi dengan Badan perundangan dan kehakiman kita?
Macam2 isu dan macam2 cerita…. kisah V.K Lingam dengan panggilan telefonnya.. kisah pemecatan Tun Salleh Abas pun diungkit semula.. beraninya Zaid Ibrahim bersuara.. dia taknak duk lama ka..?? Haaa.. sampai Menteri Penerangan baru pun dah mula bongkar cerita.. kan Tun Mahathir dah nganga…
cerita isu kehakiman tak abis lagi… buat pulak suruhanjaya agar pemilihan hakim jadi suci dan murni… senyum menyeringai Zaid Ibrahim sampai nampak gigi… harap2 takdak lah lagi kontroversi…
haii… Apa nak jadi dengan Badan perundangan dan kehakiman kita? bila nak selesai pun tak tau lagi…. haii…
sekadar coretan…. chow beb…