wassup guys… hari nih aku nak cerita pasal buku yang aku baru abis baca…. ‘A Long Way Gone’ karya Ishmael Beah..
aku nih jarang2 baca buku.. tapi bila skali aku baca.. aku mmg menghayati.. cewah..
actually.. buku nih merupakan kisah benar penulis yang pernah menjadi tentera kanak-kanak ketika zaman kanak2 nya sewaktu di Sierra Leone… garapan cerita dia bagi aku mmg best.. sehinggakan beberapa kali bulu roma aku meremang dan air mata aku menitis mengenangkan betapa teruknya peperangan saudara yang berlaku di Sierra Leone..
Keberanian penulis mendedahkan kisah hidup dia mmg wajar dipuji kerana ia memberi gambaran sebenar tentang apa sebenarnya berlaku kat Sierra Leone… kita dapat selami dari kaca mata penulis yang kehilangan ahli keluarga akibat perang.. dan juga jadi mangsa keadaan apabila terpaksa jadi askar untuk membunuh pengganas demi meneruskan sisa perjuangan dalam kehidupan….
‘Everyone in the world should read this book’ – WASHINGTON POST
‘Beah is gifted writer. He has transform a brutalised childhood into an exploration of what it means to be human’ – DAILY MAIL
‘An astonishing confession’ – OBSERVER
P/S: sapa yang nak beli buku nih.. ader jer jual kat MPH ker POPULAR ker.. murah jer dalam RM39.00 jer untuk 230 muka surat yang penuh dengan perjalanan emosi…

