
PRU 12… Adakah satu Kejutan??
Mac 10, 2008hmm… saya mulakan dengan ucapan tahniah kepada semua calon baik dari Barisan Nasional mahu pun Barisan Alternatif yang berjaya menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri atau pun Dewan Rakyat… Tahniah Kepada Barisan Nasional yang berjaya membentuk kerajaan bagi persekutuan sekali lagi walau pun menang dengan majoriti mudah… Tahniah kepada Barisan Alternatif yang berjaya menawan empat lagi negeri (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan SELANGOR) selain mengekalkan kuasa pentadbiran di KELANTAN…
Tahniah kepada Barisan Alternatif juga yang menggondol hampir keseluruhan kerusi Parlimen untuk Wilayah Persekutuan…
Tahniah kepada Barisan Nasional yang berjaya menguasai hampir keseluruhan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sekali gus menyelamatkan kedudukan dengan kemenangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan…
timbul pelbagai persoalan dan spekulasi tentang adakah ini satu perubahan yang mengejutkan?? adakah keputusan PRU 12 satu kejutan?? biarlah spekulasi atau pandangan yang dikemukakan oleh media, penganalisa politik, bekas PM mahu pun pakcik di kedai kopi sekali pun diberikan… namun.. apa yang penting.. sejauh mana pandangan tersebut diambil sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan atau sekecil2 DUN yang dimenangi oleh calon2 yang berkenaan…
pandangan saya sebagai pelajar undang-undang…. Dewan Rakyat akan dilanda satu momentum yang cukup hebat.. positifnya kali ini setiap ahli parlimen akan berkerja keras untuk aktif dalam persidangan dewan khususnya dalam meluluskan satu2 isu atau hal yang berkaitan dengan bajet mahu pun undang2…
kerajaan yang tidak cukup 2/3 ini akan menentang satu proksi pembangkang yang agak kuat.. maka ‘THE REAL CHECK AND BALANCE’ akan berlaku…. kalau sebelum ini semuanya mudah di tangan Kerajaan… namun, kali ini keadaan akan jadi lebih rumit… Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi main2… tidak boleh meluluskan sesuatu sesuka hati…
bagi Pembangkang pula… jalankan tanggungjawab dengan baik… demi rakyat secara keseluruhannya.. barulah anda dipandang sebagai pembangkang yang hebat yang bukan hanya bercakap kosong…
bagi seluruh rakyat Malaysia.. anggaplah perubahan ini satu perubahan yang positif…. Selagi Rukunegara kita pegang dan kita sematkan di hati…. Keamanan dan kemajuan tetap akan berterusan dan berkembang hari demi hari….
Chow!!
hmm…
ada 1 lagi kejutan yang kita x brape nak sdar,golongan bumi dan non bumi dlm parlimen hampir sama banyak…
awis: hmm… benda yang perlu diambil perhatian
well.. then this is the challenge for all us bumi’s to finally step up and embrace and claim what is rightfully ours by which we fight and live for. Apa2pun.. ini adalah suatu benda yang sgt positif.
We no longer can dilly dally and sway.
So wake up bumi’s !!! wake up !! time to start working and being the best that we can…
gituww…