Arkib bagi Bulan Mac 2008

h1

A Long Way Gone by Ishmael Beah

Mac 30, 2008

wassup guys… hari nih aku nak cerita pasal buku yang aku baru abis baca…. ‘A Long Way Gone’ karya Ishmael Beah..

aku nih jarang2 baca buku.. tapi bila skali aku baca.. aku mmg menghayati.. cewah..

actually.. buku nih merupakan kisah benar penulis yang pernah menjadi tentera kanak-kanak ketika zaman kanak2 nya sewaktu di Sierra Leone… garapan cerita dia bagi aku mmg best.. sehinggakan beberapa kali bulu roma aku meremang dan air mata aku menitis mengenangkan betapa teruknya peperangan saudara yang berlaku di Sierra Leone..

Keberanian penulis mendedahkan kisah hidup dia mmg wajar dipuji kerana ia memberi gambaran sebenar tentang apa sebenarnya berlaku kat Sierra Leone… kita dapat selami dari kaca mata penulis yang kehilangan ahli keluarga akibat perang.. dan juga jadi mangsa keadaan apabila terpaksa jadi askar untuk membunuh pengganas demi meneruskan sisa perjuangan dalam kehidupan….

‘Everyone in the world should read this book’  – WASHINGTON POST

‘Beah is gifted writer. He has transform a brutalised childhood into an exploration of what it means to be human’ – DAILY MAIL

‘An astonishing confession’ – OBSERVER 

P/S: sapa yang nak beli buku nih.. ader jer jual kat MPH ker POPULAR ker.. murah jer dalam RM39.00 jer untuk 230 muka surat yang penuh dengan perjalanan emosi…

ni ler buku dia..

h1

Kembali Bersama…

Mac 28, 2008

KEMBALI BERSAMA by Kaer

Saat Pertemuan Itu
Menghadirkan Keindahan
Menafikan Hakikat Sebuah Perpisahan
Dengan Senyuman Manis Bertamu
Bicara Kau Pun Terganggu
Renunganmu Dipaut Pohon Nan Kerinduan
Yang Dulu

Mengapa Harus Resah Tika Bertemu
Sedangkan Dulu Kau Tetap Pilihanku
Seperti Mimpi Dirimu Muncul Kini
Namun Segalanya Tersurat
Buat Kita Tetap Bersama Oh Oh

Sejak Tidak Melihatmu
Hidupku Serba Keliru
Hadapanku Hanya Wujud Dalam Bayangan
Oh Bila Senyuman Manis Bertamu
Bicara Kau Pun Terganggu
Renunganmu Dipaut Pohon Nan Kerinduan
Yang Dulu

Mengapa Harus Resah Tika Bertemu
Sedangkan Dulu Kau Tetap Pilihanku
Seperti Mimpi Dirimu Muncul Kini
Namun Segalanya Tersurat
Buat Kita Tetap Bersama

Sekiranya Dulu Kau Masih Disampingku
Tak ku biarkan waktu berlalu pergi
Impian Kasih Berbunga
Mekar Dihatiku
Tak Ku Duga Kau Menjelmakan Diri

Kasih…… Kasih…… Oh Oh Oh
Seperti Mimpi Dirimu Muncul Kini
Namun Segalanya Tersurat
Buat Kita Tetap Bersama

Segalanya Tersurat Buat Kita
Tetap Bersama…

p/s: ditujukan khas untuk yang tersayang… huhuhu….. saya sayang awak….

h1

Aku yang Comel…

Mac 26, 2008

comelnya…comelnya…

wassup guys… sejak akhir2 nih aku asyik suka tgk budak kecik yg comel2.. huhu..

dah sampai seru nak kawin kot…. hahahaha…. motiff????

h1

Friends…

Mac 26, 2008

Friends…

it’s lavender,

not a beauty like roses,

not a gorgeous like liles,

it’s sweet and calming….

Friends…

that’s its you,

a memorable moment will not end….

Friends,

i wish you’re always be around,

i wish you’re always give me hold if i fell,

i wish you’re shoulder when i cry,

i wish you’re always be a good listener,

and i wish you won’t go…..

No,

i knew i couldn’t,

i wish you’re always happy and success,

always and forever……

h1

Kadang-kadang….

Mac 25, 2008

kadang-kadang… susah untuk kita meneka apa yang tersirat mahu pun yang nyata tersurat pada diri seseorang…..

akhirnya buat kita terfikir…. manusia dijadikan macam2 ragam…. yang nampak baik di luar belum tentu baik dalamnya…. yang jahat di luar… kadang2 itulah yang suci isi hatinya….

berkawan dengan pelbagai jenis manusia benar2 buat aku mengenal erti kehidupan… yang jelas.. aku cuba untuk memahami setiap manusia yang kenal… tapi, kadang2 aku pun ingin difahami… aku terfikir sekali lagi… adakah aku ini mudah untuk difahami??? adakah manusia yang mengenali aku, pernah cuba untuk memahami aku??? atau aku yang tak pernah faham b ahawa sebenarnya aku tak perlu difahami kerana orang tak pernah pun nak memahami aku sebab mereka rasa aku tak minta untuk difahami??? hmmm…..

kadang2… aku terfikir bahawa setiap manusia perlu memahami diri sendiri dahulu sebelum cuba untuk memahami diri orang lain atau mintak orang lain untuk memahami diri kita……

kadang2… apa yang kita harapkan pada diri org lain sebenarnya ada pada diri kita…. jadi, tak perlulah kita mengharap kepada apa2 yang mungkin akan memusnahkan harapan….

hmmm….. kadang2 aku rasa kehidupan ini susah… tapi, kalo kita cuba fahami erti kehidupan yang sebenar…. kita akan menyedari sebenarnya kehidupan itu adalah indah kerana kehidupan kita… adalah kita….

adios….

p/s:- kadang2 bila aku merapu dan merepek macam ni best gak…. hmmm…..

h1

My ‘Mock Trial’… It’ over!!!

Mac 22, 2008

Hari : Rabu

Tarikh : 19 Mac 2008

Tempat : Mahkamah MootUKM

Masa : 9.00 pagi hingga 2.30 petang

wassup guys… huhu… akhirnya, perkara yang aku tunggu2 telah berjalan dengan lancar… ‘mock trial’.. benda yang paling menakutkan bagi final year law, UKM.. setelah aku besama 2 orang teammate aku berhempas pulas, bersengkang mata, berkorban jiwa dan raga…. hari yang dinanti telah pun tiba..

bagi korang yang tak tau.. kitorang merupakan pendakwa raya bagi satu kes bunuh secara bersama… iaitu kes yang dibicarakan di bawah seksyen 302 + 34 Kanun Keseksaan… i tell u… memang penat+susah+menakutkan dan macam2 lagi lah..

lebih2 lagi, pihak pembela bukan calang2 jugak..

sepanjang mock trial aku berjalan… Alhamdulillah aku puas hati… walaupun banyak jugak teguran dari hakim.. tapi keseluruhannya, hakim berpuas hati..

lebih2 lagi, yang arif tuan najib kata.. inilah ‘THE BEST MOCK TRIAL’ yang saya pernah lihat…. wakakaka.. kembang jugak lah….

tambahan lagik.. bila dia kata, ‘I think the prosecution more prepared than defence counsel’….. wahhh.. lagilah terharu dibuatnya…

aku rasa.. ini semua hasil penat lelah kitorang bertiga buat benda ni secara bersungguh2…. maklumla.. nak dapat A lah katakan…. hmm..

to my teammate, Ping and Loges… you are rock!! you are the best!!! thanks guys… ini kejayaan kita bersama…

to defence councel: faizal, liza and kean kok… korang mmg opponent yang hebat.. its really fight and tough guys.. gegar gak la saksi2 kitorang dihentam oleh mereka..

to Nuar, Chuah, Ema and Syakira… thanks a lot sebab sudi jadi saksi kitorang… tanpa korang, mock trial ni takkan berjaya… sian gak kat korang sebab kena hentam dgn defence counsel.. especially nuar dgn kira… wakakaaka..

apa pun.. mock trial abis… bukan leh rehat beb… banyak lagi kerja bertimbun perlu disiapkan…. Yang penting, aku mula menghitung hari untuk bergelar graduan… wkakaakaka….

Chow…

h1

Academic Trip to Taman Wetland Putrajaya!!

Mac 13, 2008

wassup guys… hahaha.. pelik tak kitorang?? pagi tadi ada academic trip ke Taman Wetland Putrajaya untuk subjek Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah.. Pelik tak?? Pelik tak??

apakah kaitan syariah law dengan taman wetland?? jawapannya mmg takder kaitan.. hahaha.. kitorang sebenarnya ala2 buat sesi pembelajaran luar kelas… ader kuiz ikut kumpulan la.. ader personality test la… senamrobik pun ader… hahaha.. yang penting 20 markah tu…

apa pun, tadi memang best…. semuanya macam orang gila yang tak macam tak pernah tgk dunia luar.. sebab kitorang melupakan seketika segala kerja yang bertimbun-timbun macam yang aku tulis kat post sebelum ini..

apa pun, thanks to Prof Inayah dan committee member yang menceriakan hati dak2 final year walaupun seketika…

p/s:- 5 days to go… my mock trial…. takutnya..



h1

PRU 12… Adakah satu Kejutan??

Mac 10, 2008

hmm… saya mulakan dengan ucapan tahniah kepada semua calon baik dari Barisan Nasional mahu pun Barisan Alternatif yang berjaya menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri atau pun Dewan Rakyat… Tahniah Kepada Barisan Nasional yang berjaya membentuk kerajaan bagi persekutuan sekali lagi walau pun menang dengan majoriti mudah… Tahniah kepada Barisan Alternatif yang berjaya menawan empat lagi negeri (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan SELANGOR) selain mengekalkan kuasa pentadbiran di KELANTAN…

Tahniah kepada Barisan Alternatif juga yang menggondol hampir keseluruhan kerusi Parlimen untuk Wilayah Persekutuan…

Tahniah kepada Barisan Nasional yang berjaya menguasai hampir keseluruhan kerusi Parlimen di Sabah  dan Sarawak sekali gus menyelamatkan kedudukan dengan kemenangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan…

timbul pelbagai persoalan dan spekulasi tentang adakah ini satu perubahan yang mengejutkan?? adakah keputusan PRU 12 satu kejutan?? biarlah spekulasi atau pandangan yang dikemukakan oleh media, penganalisa politik, bekas PM mahu pun pakcik di kedai kopi sekali pun diberikan… namun.. apa yang penting.. sejauh mana pandangan tersebut diambil sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan atau sekecil2 DUN yang dimenangi oleh calon2 yang berkenaan…

pandangan saya sebagai pelajar undang-undang…. Dewan Rakyat akan dilanda satu momentum yang cukup hebat.. positifnya kali ini setiap ahli parlimen akan berkerja keras untuk aktif dalam persidangan dewan khususnya dalam meluluskan satu2 isu atau hal yang berkaitan dengan bajet mahu pun undang2…

kerajaan yang tidak cukup 2/3 ini akan menentang satu proksi pembangkang yang agak kuat.. maka ‘THE REAL CHECK AND BALANCE’ akan berlaku…. kalau sebelum  ini semuanya mudah di tangan Kerajaan… namun, kali ini keadaan akan jadi lebih rumit… Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi main2… tidak boleh meluluskan sesuatu sesuka hati…

bagi Pembangkang pula… jalankan tanggungjawab dengan baik… demi rakyat secara keseluruhannya.. barulah anda dipandang sebagai pembangkang yang hebat yang bukan hanya bercakap kosong…

bagi seluruh rakyat Malaysia.. anggaplah perubahan ini satu perubahan yang positif…. Selagi Rukunegara kita pegang dan kita sematkan di hati…. Keamanan dan kemajuan tetap akan berterusan dan berkembang hari demi hari….

Chow!! 

h1

lepas satu-satu… argghh…

Mac 7, 2008

“TEKANAN JIWA…. MELANDA HATI KU…

BERSUSUN KERJA…. LEPAS SATU-SATU…

WALAU HANYA SEMENTARA…. TETAPI MACAM NAK GILA…

MOGA DAPAT MEMENINGKAN…. TOBATLAH KAMU WAHAI INSAN…”

aku mmg tension… kerja banyak gila.. benda yang motivate aku supaya tak bunuh diri, betul2 fikirkan pasal semua nih tinggal sebulan lebih jer lagi…. huhu.. muka classmate aku dah tak rupa manusia dah.. semua dah macam muka dracula dan pontianak nak makan darah… semua tension…. lepas satu2 kerja dan ujian dilambakkan kepada kitorang ibarat bunga melur yang ditabur di atas pusara oleh balu yang kematian suaminya…. DOWN SANGAT!!!

Senarai kerja dan ujian yang perlu disiapkan atau dihadapi dalam bulan ini hingga minggu pertama bulan April…

  1. Mock Trial (kerja berterusan yang macam nak gila)
  2. Test Civil Procedure
  3. Trip SKEP
  4. Practical ADR under Mr.Suhaili
  5. Assignment Advocacy & Litigation
  6. Test Advocacy & Litigation
  7. Present Law movie for Evidence Law
  8. Assignmet Civil Procedure
  9. Assignment Criminal Procedure
  10. Test Criminal Procedure
  11. Practical ADR under Prof. Shiqin
  12. Test Remedy (on going)

itulah senarai benda yang aku kena hadapi dalam tempoh hari ini sampai 1st week bulan April…. argghhh… sabar..sabar..

chow!!!