Arkib bagi Hari 19 Februari 2008

h1

Pidato Peniti v Pidato Antarabangsa

Februari 19, 2008

Pidato Peniti baru jer abis… hahaha.. aku dapat tempat kedua…. kalah lagi.. kali ni Johan disandang oleh Izat Joned dari UIAM…. tahniah aku ucapkan… bagusla… apa pun apa yang aku nak cakap pasal pidato peniti bukanlah pasal kekalahan aku dgn seorang pemidato yang lebih junior… tapi pasal masalah teknikal yang melanda pentas final ahad malam yang lepas… malam tuh pertama kali aku berpidato di pentas final tanpa gunakan mikrofon.. haha.. hebat tak… minit pertama aku berhujah, mic dah mula tenggelam timbul.. aku tunggu gak orang naik betulkan.. tapi hampeh.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk beralih ke depan tinggalkan mic dan lontarkan vokal tanpa gunakan mic… so seksa… fokus aku terganggu… intonasi terpaksa dikeraskan sehingga akhir ucapan… mungkin tuhan nak uji.. walau bagaimana pun, aku puas… pentas pidato aku yang terakhir.. aku akhiri dengan penuh professional dan bermaruah…..

bak kata Sham (my buddy from upm, dia pun pidato gak)… ‘inilah persembahan ko yang paling puas yang pernah aku tengok…. menang atau kalah, ko ader lah pemidato yang sangat professional’…. thanks darling… kui..kui….

habis cerita pasal pidato peniti…

Pasal Pidato Antarabangsa…. mungkin ramai yang dah tahu bahawa aku hanya mampu dapat tempat ketiga masa pemilihan untuk wakil Malaysia beberapa minggu lepas… hanya johan dan naib johan yang terpilih untuk wakil Malaysia… aku difahamkan, aku hanya kalah 0.2 dengan peserta yang dapat naib johan…. tak kisahlah kalo kalah 0.0001 sekali pun.. ia tetap kalah….

Kecewa??? memang aku sangat kecewa… sebab aku satu-satunya yang dah hadir selection 2 tahun berturut2.. tahun lepas kalah dengan Daud… tahun nih bila buka peluang untuk 2 orang… Kalah lagik???? hahahha… bukan rezeki aku… aku berkabung agak lama.. sebab aku mmg harap dapat wakil Malaysia… tapi apakan daya… aku hanya manusia.. Tuhan Penentu segala….

cuma aku terfikir…. betapa sayangnya dua orang yang wakil Malaysia tuh.. diorang baru tahun 2…. tahun depan dah takleh masuk.. sapa laa… yang hebat macam diorang yang bleh wakil Malaysia lagik tahun depan??? hmmm….. aku harap, pemidato2 yang junior.. bekerja keras… tingkatkan prestasi… supaya boleh wakil Malaysia satu hari nanti….

hmm…. so, buat Bonsai dan Kajol….. Selamat Maju Jaya…. Buat bersungguh2 demi negara tercinta… Dunia debat IPT yakin anda berdua boleh lakukan…..

oklah… taknak sambung lagik… takut emosi menguasai diri…

wassalam….