Arkib bagi Bulan Februari 2008

h1

academic trip to Makmal Forensik HUKM…

Februari 24, 2008

just nak cerita.. khamis lepas dgn 39 orang rakan yang lain.. satu bas lah tu.. haha.. pegi wat cademic trip kat makmal forensik HUKM… for the purpose of Evidence law subject.. actually masa nak pegi tu pun aku mmg tak sedap hati, tak sedap perut dan sebagainya…

kalo korang nak tau, aku nih takleh blah dgn darah+mayat+anything yang melibatkan ngeri2 nih… mmg aku mabuk..

1st session, kitorang dgr talk oleh sorang prof nih pasal forensic semuala.. nak cerita bosan plak… apa yang tak bestnya.. kitorang turut disajikan dgn pelbagai gambar yang meloyakan.. gambar2 yang diorang post mortem… yang putus tu, belah ni, koyak tu, rabak ni… tobat aku loya dan akhirnya menuju ke tandas untuk MUNTAH!!! Ngeri siut… menggigil jap aku tgk benda2 tuh…

2nd session adalah ‘lawatan sambil belajar’ ke bilik MAYAT…

walaupun takder post mortem dijalankan… tapi kitorang dapat tgy mayat fresh yang baru lepas dibedah siasat… kiranya dah siap jahit semua la… cantik jahitan kat mayat tuh.. mesti doktor nih terror menjahit pakaian gak.. hahaha..

bau kat bilik mayat mcm something… tiba2 rasa macam sesuatu menerpa kat idung… ibarat dibawa angin lalu gitew… sekali lagi aku rasa loya.. akhirnya… aku kuar dari bilik mayat tuh.. dan MUNTAH untuk kali kedua… huhu..

aku kira ok la… beranikan diri tgk mayat yang ada kat atas meja tuh.. ader 3 orang kawan aku.. haram.. tak sampai seminit kuar… hahaha

p/s:- moral of the story… tobat aku takkan jadi lawyer criminal.. walaupun passion aku terhadap kes2 jenayah mmg tinggi… tapi memandangkan.. darah+mayat+post mortem aderlah sesuatu yang akan jadi santapan… fuhh.. simpang malaikat 44…. huhuhu

 chow..

h1

Pidato Peniti v Pidato Antarabangsa

Februari 19, 2008

Pidato Peniti baru jer abis… hahaha.. aku dapat tempat kedua…. kalah lagi.. kali ni Johan disandang oleh Izat Joned dari UIAM…. tahniah aku ucapkan… bagusla… apa pun apa yang aku nak cakap pasal pidato peniti bukanlah pasal kekalahan aku dgn seorang pemidato yang lebih junior… tapi pasal masalah teknikal yang melanda pentas final ahad malam yang lepas… malam tuh pertama kali aku berpidato di pentas final tanpa gunakan mikrofon.. haha.. hebat tak… minit pertama aku berhujah, mic dah mula tenggelam timbul.. aku tunggu gak orang naik betulkan.. tapi hampeh.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk beralih ke depan tinggalkan mic dan lontarkan vokal tanpa gunakan mic… so seksa… fokus aku terganggu… intonasi terpaksa dikeraskan sehingga akhir ucapan… mungkin tuhan nak uji.. walau bagaimana pun, aku puas… pentas pidato aku yang terakhir.. aku akhiri dengan penuh professional dan bermaruah…..

bak kata Sham (my buddy from upm, dia pun pidato gak)… ‘inilah persembahan ko yang paling puas yang pernah aku tengok…. menang atau kalah, ko ader lah pemidato yang sangat professional’…. thanks darling… kui..kui….

habis cerita pasal pidato peniti…

Pasal Pidato Antarabangsa…. mungkin ramai yang dah tahu bahawa aku hanya mampu dapat tempat ketiga masa pemilihan untuk wakil Malaysia beberapa minggu lepas… hanya johan dan naib johan yang terpilih untuk wakil Malaysia… aku difahamkan, aku hanya kalah 0.2 dengan peserta yang dapat naib johan…. tak kisahlah kalo kalah 0.0001 sekali pun.. ia tetap kalah….

Kecewa??? memang aku sangat kecewa… sebab aku satu-satunya yang dah hadir selection 2 tahun berturut2.. tahun lepas kalah dengan Daud… tahun nih bila buka peluang untuk 2 orang… Kalah lagik???? hahahha… bukan rezeki aku… aku berkabung agak lama.. sebab aku mmg harap dapat wakil Malaysia… tapi apakan daya… aku hanya manusia.. Tuhan Penentu segala….

cuma aku terfikir…. betapa sayangnya dua orang yang wakil Malaysia tuh.. diorang baru tahun 2…. tahun depan dah takleh masuk.. sapa laa… yang hebat macam diorang yang bleh wakil Malaysia lagik tahun depan??? hmmm….. aku harap, pemidato2 yang junior.. bekerja keras… tingkatkan prestasi… supaya boleh wakil Malaysia satu hari nanti….

hmm…. so, buat Bonsai dan Kajol….. Selamat Maju Jaya…. Buat bersungguh2 demi negara tercinta… Dunia debat IPT yakin anda berdua boleh lakukan…..

oklah… taknak sambung lagik… takut emosi menguasai diri…

wassalam….

h1

Berita Terkini…. huhu

Februari 17, 2008

assalamualaikum… apa khabar semua?? huhu.. lamanya aku tak update blog.. maklumla. seperti biasa takder masa.. bz gilos.. oklah.. aku nak update beberapa perkara pasal aku.. hahaha…

  1. study – skarang nih tgh bz gila.. tadi baru abis bengkel mock trial.. skarang nih bila soklan mock trial dah kluar.. mmg tak senang duduk la.. aku dapat kes criminal (murder) dan aku dan teammate aku kena jadi DPP… itu baru satu subjek. blum subjek2 lain lagik.. pendek kata.. TENSION…..
  2. Pidato – setelah kekecewaan aku dalam pemilihan pidato dunia ari tuh telah mambawa aku ke pertandingan pidato aku yang TERAKHIR… Iaitu pidato PENITI 2008 kat UPM… actually aku dah tak larat nak masuk tournament tapi aku dah janji dgn up at least apa2 yang aku buat adalah untuk UKM.. harap2 tournament last nih bagi kenangan manis buat aku.. tapi, tahun nih agak susah… tajuk banyak gila… mmg susah la… argghhh.. TENSION LAGI….
  3. Kerjaya – huhu. cewah.. untuk pengetahuan korang aku berjaya dalam 1st stage interview aku dgn PETRONAS ari tuh…. ALhamdulillah… so, aku dijadualkan untuk next interview pada 26hb Februari nih… kat KLCC… cuak gak la sebab kali ni dgn LEGAL BOSS…. warghhhh… TENSIONNYA….

Kesimpulannya, hidup aku mmg tension… hahahaha….

oklah… kalo dah settle down nanti aku update lain ek…