Arkib bagi Bulan Januari 2008

h1

Anugerah Juara Lagu (AJL22)

Januari 29, 2008

wassup guys… huhu.. aku just nak beri komen pasal AJL yang baru jer lepas ahad malam ari tuh… secara keseluruhannya AJL nih mmg mencetus kelainan… especially dari segi lagu yang dipertandingkan.. aku rasa korang mesti setuju dgn aku yang tahun nih antara yang paling susah nak teka sapa yang akan merangkul juara ketegori mahu pun juara lagu secara keseluruhan.. lagu yang bertanding pun hebat2 n gempak beb…

walaubagaimana pun, daripada 6 kategori… aku telah berjaya meneka tepat 4 kategori… seperti berikut:-

  1. Vokal Terbaik – Jac & Lah (aku rasa paduan vokal diorang memang serasi n best gila… meremang gak la segala bulu yang ader bila dengar diorang nyanyi.. dan buat pertama kalinya sejarah dicatat apabila pasangan duet yang menang kategori ini.. p/s:- perlu ker andy n misha nak menang kategori ni?? so hancur vokal)
  2. Persembahan Terbaik – Mawi (aku dah bleh bajet dia menang sebab ader undian sms walaupun 50% jer tapi still sms… walaubagaimana pun, persembahan mawi not bad.. ok la.. tak macam Fazli Zainal yang so recycle persambahan hazami… Personally, aku suka persembahan CT walaupun aku tak suka busana yang dia pakai.. huhu)
  3. Etnik Kreatif – Nora, Samudera (obvious la dia leh menang… bunuh diri Nora kalo kalah dgn kak melah n kak chah.. bagi aku dirgahayu n kasihnya balkis tak kuat untuk menang kategori nih.. personally aku kecewa dgn aisyah sebab dia semput.. kalo tak harus bleh challenge vokal terbaik)
  4. Pop Rock – Estranged, Itu Kamu (huhu.. best gila Rich bwk lagu nih.. aku mmg bajet lagu nih bleh menang dari awal2 lagik.. lagu nih unik n ader kekuatan yang lain daripada lagu pop rock yang lain.. kadang2 aku tak paham kenapa ramai yang bajet misha, ct atau mawi yang akan menang… hmm… maybe ramai yang lihat pada popular.. huhu.. anyway.. Estranged mmg best..) 

 untuk lagi 2 kategori, tekaan aku salah… bagi balada, aku bajet Mahakarya Cinta boleh menang.. lagi pun, Fiq tak mengecewakan.. dia deliver dgn bagus walaupun tak sehebat Aura Faizal Tahir (mesti faizal tahir menonggeng frust sbb takleh nyanyi lagu tuh kat AJL.. tu lah.. bijak sgt.. huhu..oopss..)

then, aku bajet Samudera dapat juara keseluruhan dgn alasan Mahakarya Cinta takleh dapat juara keseluruhan sebab bukan Faizal Tahir yang nyanyi.. ala2 macam kurang ummph la…

Apa2 pun… bila diumumkan balada Izinku Pergi yang menang (aku tak target lansung lagu nih menang sebab sahri yang nyanyi… tak best!!!!) aku dah bleh agak yang mesti Estranged yg dapat AJL kali nih…

TAHNIAH RICH!!! TAHNIAH ESTRANGED!!!

p/s:- ini hanya komen aku.. kalo ader yang tak puas hati aku takleh nak wat apa la kan… sebarang komen silakan… huhuhu..

see u guys..

h1

Lee Hishammudin vs PETRONAS

Januari 21, 2008

wassup guys… huhu.. tiba2 rajin plak nak menaip.. actually program ALSIC 2008 dah pun abis jumaat minggu lepas… kiranya, kelas aku kembali havoc kerana manusia2 yang bz dgn program tuh sudah pun memenuhi kembali tempat duduk masing2 di dalam kelas… hahaha..

cakap pasal kuliah, sem nih merupakan sem yang terakhir aku kat UKM nih.. mudah-mudahan selamat la aku menghabiskan sisa2 pengajian yang cuma tinggal beberapa bulan jer lagi.. walaupun, sem last… kerja bukan bertambah mudah.. bertambah2 ader la.. hahaha… especially this sem kitorang kena wat mock trial.. lagi la… team aku kena jadi DPP…. harap2 dapat la kes yang senang2…

abis pasal belajar, aku nak share pasal my future plan… cewah.. actually.. setakat nih aku dah dapat 2 interview… 1st interview untuk tempat chambering… dah settle sabtu lepas.. top 30 student from FUU, UKM dapat peluang untuk interview kat Lee Hishamudin & Allen Gledhill… salah sebuah firma guaman yang terkemuka di Kuala Lumpur… competitive la jugak nak chambering kat firm nih.. masa kitorang pegi tuh.. ader budak2 Uitm sekali… kitorang pegi petang.. pagi ader budak2 UM dgn UIAM… huhuhu… dalam ramai2 tuh, diorang nak amik 20 orang jer maximum… yerla.. elaun dia pun boleh tahan beb.. RM1800 sebulan.. tinggi tuh untuk chambering… kalo aderr rezeki dapatla kot.. huhu.. lagi pun, chambering bukanlah option pertama aku lepas abis belajar nanti..

jeng..jeng..jeng…

Minggu lepas aku ader antar CV aku kat booth Petronas masa Legal Career Fair kat Legend Hotel… dan sungguh aku tak sangka hari Khamis lepas HR untuk Legal & Corporate Division contact aku yang aku dapat interview dgn Petronas 1hb Februari nih.. Alhamdulillah… aku syukur sangat sebab mmg aku bercita2 untuk kerja dgn syarikat2 besar macam Petronas nih.. walaupun baru 1st interview, aku akan cuba bersungguh2 supaya apa yang aku impikan menjadi kenyataan..

so guys, doakan untuk aku ek… harap2 interview ini berjalan dengan lancar dan mudahan Tuhan murahkan rezeki untuk aku berjaya ke peringkat interview yang seterusnya…

ok guys… see u soon..

nanti aku update apa2 berita terbaru.. huhu..

h1

Asian Law Student International Conference (ALSIC 2008)

Januari 7, 2008

hello.. wassup guys.. harap semua sehat dalam kebahagiaan menyambut tahun baru 2008….

sorrylah asik on off jer.. agak sibuk la… actually back to my topic… ALSA (Asian Law Student Association) Malaysia

yang ber pengkalan di fakulti undang-undang UKM akan menjadi tuan rumah untuk ALSIC 2008…. makluman aderlah seperti berikut:-

Tarikh:- 10 – 18 Januari 2008

Tempat:- Pearl International Hotel, KL

actually, konferens nih diadakan setiap tahun… tahun nih giliran Malaysia plak jadi tuan rumah.. dak2 law UKM yang mengaktifkan semula ALSA Malaysia.. huhu.. aku tolong2 jer..

untuk conference 2008 nih aku telah dipilih menjadi salah seorang Head Of Commission… kira2 macam moderator la.. ader sepuluh commission semuanya dan aku akan handle topic ‘waste management’… susah gak la topik nih.. tapi takper.. bukan senang nak dapat peluang nih…

lupa nak bgtau.. ader lebih kurang 11 negara2 asia akan join conference nih.. dan aku dengar ader gak pemerhati2 dari negara2 eropah yang akan turut serta… seronok seh…

ok lah guys.. wish me luck to be a good Head of Commission… nerves2… hahaha