Arkib bagi Bulan Disember 2007

h1

holiday on christmas day…

Disember 25, 2007

wassup guys… hahaha.. tiba2 jer aku gelak kan… just nak kongsi ngan korang apa yang aku buat ari nih… actually hari nih kan cuti..

so, aku ngan 3 housemate aku cadang nak la pegi outing.. kitorang nak pegi midvel jer.. dalam hati dah boleh agak mesti kat KL ramai orang.. tapi main redah jer la..

dalam kul 1.30 kitorang gerak pegi KL… sampai midvel jer, terus kitorang kata, adakah pilihan untuk ke midvel ini satu keputusan yang tepat??? oh aku rasakan tidak…

pertama, nak carik parking jer aku rasa makan masa lebih setengah jam… rasa nak muntah pusing2 carik parking…. then, sampai jer kat dalam midvel rasa macam ader kat Lahore dah… ramai gila umat pelbagai warna kulit… sesak nak mampus… kitorang gerak pegi wayang… konon2 nak tgk movie la…

panjangnya beratur, korang tgk mesti tak larat nak beratur…. takleh blah mcama nih.. pegi lak boling.. lagilah ramai… waiting list over gila….

last2 kitorang cadang jalan2 jer tgk orang..

best gak tengok2 orang nih…

hahahaha.. pastu, decide nak pegi makan…. meeting lagik nak makan kat mana dah amik lagi setengah jam sebab tempat nak makan pun penuh.. last2 kitorang decide pegi makan kat secret recipe.. walaupun kena tunggu dalam 15 minit tunggu tempat kosong///

kosah di secret recipe- housemate aku paidin mintai air iced mocha… lambat nak mampus sampai.. 5 kali tanya tak sampai2..  pastu aku sound akak yang amik order tuh terus gelabah terkial2 amikkan… bengag gila.. kan dah kena paku.. ingatkan nak mintak rebate.. tapi sebab hati panas kitorang malas… lagi pun menyampah tgk waiter2 kat secret recipe yang muka maisng macam tapak selipar aku…

argghhh… kesimpulannya…. outing hari nih tensen… huhuhu

h1

Lawatan ke Padang Dan Bukit Tinggi…

Disember 22, 2007

wassup guys… lama gak tak update blog nih.. actually aku baru balik dari Padang dan bukit tinggi, Indonesia.. ikut lawatan antarabangsa pertukaran budaya dan kembara jejak warisan anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) UKM…. lawatan dari Ahad minggu lepas sampai semalam… semalam dalam jam 11 pagi kitorang sampai kat LCCT dari Bandar Udara, Padang…

Basically, lawatan nih best sangat… kitorang lebih kepada mencari akar umbi Minangkabau yang terdapat di area Padang dan Bukit Tinggi…. so, kebanyakan program adalah berasaskan adat, kesenian dan kebudayaan… kitorang juga ada program anak angkat kat Kampung Mole Paninjauan… dan keluarga angkat aku memang best..

disebabkan aku lum transfer gambar kat laptop aku.. so, aku akan bagi laporan penuh lawatan aku ke sana dalam nest week…

ok guys.. see yah.. tunggu llaporan aku…

h1

Debat Perpaduan dan Debat IKIM.. UKM still rock!!!!

Disember 13, 2007

Tahniah buat adik2 aku yang berjaya melangkah ke pentas FINAL Debat Perpaduan bagi kali kedua.. mengulangi sejarah tahun lepas.. walaupun mengekalkan prestasi tahun lepas iaitu Naib Johan (juri pun sama 5-2)..HUHU.. aku still berbangga ngan korang…… cayalah…

walaubagaimana pun, untuk team Debat IKIM kitorang tak berjaya nak kekalkan atau lebih baik dari tahun lepas… kitoraang TERTEWAS di tangan UM pada peringkat suku akhir…. frust jugak la…. kalah 1 point jer…. mana tak kecewa… aku pun tak paham macam mana markah pengisian boleh sama dgn diorang.. hmm… maybe takde rezeki… aku percaya ada hikmah disebaliknya… mungkin ader rezeki yang lebih besar tuhan nak bagi…. Ameen….

Untuk UM dan USIM.. aku ucapkan good luck untuk korang… buat betul2 final nanti…. huhuhu….

ok lah.. rumusan… aku amat puas hati tahun nih…. Kem Debat UKM pada tahun 2007 ditutup dengan kejayaan2 berikut…

  1. Johan Debat Diraja (kategori muda)
  2. Naib Johan Debat Alam Sekitar
  3. Naib Johan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional
  4. Separuh Akhir Debat Kemerdekaan IPT
  5. Johan Pidato Komoditi
  6. Naib Johan Pidato Kepemimpinan Intervarsiti
  7. Naib Johan Pidato Kemerdekaan IPT

SEMOGA AKASIA TERUS GEMILANG PADA TAHUN DEPAN…… 2008, HERE WE COME….!!!

h1

Penatnya.. huhu..

Disember 13, 2007

wassup guys… lamanya aku tak update blog nih.. biasalah busy giler… actually, seperti yang korang tau aku baru abis debat ikim.. petang tadi baru balik…. penat gak la berkampung kat jalan duta sejak ahad lalu… then, sabtu nih aku kena tolong akak aku pindah rumah.. akak aku nak pindah dah.. dari putrajaya ke nilai….. maklumla.. org dah ader umah.. huhu.. pastu, ahad nih nak pegi indon plak.. sampai raya aji… ader program anak2 n9 UKM… kitorang pegi padang ngan bukit tinggi… wahh… penatnya…

dah la result sem lepas akan kuar time kitorang kat sana… so takut.. hahaha…

apa pun… nantikan update terbaru pas aku balik indon ek???? bye…

h1

Pengumuman Team Debat IKIM dan Perpaduan….

Disember 4, 2007

Wassup guys….. huh,, baru jer abis debat diraja.. sekarang nih tgh prepare untuk dua lagi tournament yang akan datang… iaitu.. DEBAT IKIM yang akan berlangsung pada 10-13 Disember 2007 dan juga DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL yang akan diadakan pada 7 hingga 11 Disember 2007 bertempat di Universiti Malaysia Pahang…

aku amat berharap dengan kejayaan yang baru ditempa baru2 ini dapat diteruskan lagi pada 2 kejohanan ini… semoga warga Akasia UKM akan terus berusaha sebaik mungkin untuk menempa kejayan yang lebih indah… marilah kita sama2 berdoa agar tahun 2007 ini kita akhiri dengan kejayaan yang selama ini kita impikan… ‘mengilham harapan.. mencipta masa depan…..’

berikut adalah senarai individu yang terpilih untuk mewakili UKM dalam pertandingan2 yang dinyatakan di atas:-

DEBAT PERPADUAN

UKM A

  1. Panglima Jagumba J.P (Ning)
  2. Mohd Khairel Rani (Ularella)
  3. Khairul Anuar Salim (Aaron)
  4. Ahmad Firdaus Mat Isa (Kak Da)

UKM B

  1. Lee Lin Jian @ Jerry
  2. Shafiq Mahadi (Black)
  3. Nik Mohd Nashriq Nik Nazman
  4. Mohd Khalis Khalid

DEBAT IKIM

  1. Aria Putera Kamal
  2. Anis Akrimah Abdul Rahim
  3. Mohd Taufik Khamis (Zita Manje)
  4. Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Bobiana Dolce)

so guys… good luck and have fun…… Do our best… and always pray because HE will do the rest….