wassup guys…. tadi aku tgk semi final muzik2 kategori balada…. rasanya ramai gak antara korang yg tengok kan?? bagi yang meneka2 tuh.. macam mana?? kena tak dgn pilihan korang??? actually, lepas abis tgk semua persembahan ini tekaan aku yang akan masuk final :-
- Mahakarya Cinta – Faizal Tahir (aku rasa lagu nih mmg berhantu dan ader peluang tuk menang kategori ini masa final nanti… sore pun sedap.. audi mok berjaya melahirkan rentak balada yang agak unik.. not so melankolik..)
- Izinku Pergi – Sahri (walaupun bukan kaer yang nyanyi.. tapi aku rasa lagu ni hebat.. sahri tak mengecwakan.. p/s:- betul ker kaer pegi jakarta belajar?? macam pelik jer bunyinya.. aku dgr cerita yang kaer sakit pasal nyanyi lagu nih.. tak berani nak komen lebih2.. nanti kena tangkap plak aku.. huhu)
- Ceritera Cinta – Jac n Lah VE (lagu nih pun superb… aku rasa Lah nyanyi lagi best dari Rio Febrian)
- Kasih Tercipta – Faizal Tahir (selalunya ajai buat lagu tuk perempuan best.. tapi lagu nih best gak la Faizal nyanyi)
- Bisakah – Siti (walaupun siti nyanyi tak best malam nih.. tapi aku rasa lagu nih kuat gak la… lagi pun ini kemunculan semula Siti kat muzik2.. so aku ingat harapan agak cerah..)
SELEPAS KEPUTUSAN DIUMUMKAN.. HANYA EMPAT TEKAAN AKU BETUL…
Bisakah gagal ke final dan satu lagi lagu yang berjaya adalah Fazli Zainal melalui lagu Harapan ciptaan Sepenuhnya oleh Hazami..
Kenapa aku tak target lagu yang dinyanyikan oleh Fazli Zainal boleh masuk final???
First, untuk lagu Harapan… aku rasa lagu tuh dan macam biasa didengar.. seolah2, bila pertama kali dgr lagu tuh mesti boleh agak lagu tu Hazami yang buat…
Second, untuk lagu yang satu lagik.. apa tajuk dia?? Sejuta Nafas Cinta kalo tak silap.. aku target pada awal lagu nih leh pegi jauh.. Malangnya… Fazli Zainal gagal bawak lagu nih ngan baik… rosak lagu tuh.. setahu aku, walaupun lagu tuh bagus, tapi penyanyi dia nyanyi macam hampeh, still takleh dapat… huhuhu..
so.. Good luck bagi lagu2 yang berjaya ke Final… jangkaan aku sama ada lagu Mahakarya Cinta atau Ceritera Cinta bakal mengungguli kategori Balada masa Final AJL nanti…
p/s:- ini hanyalah pendapat aku sebagai salah seorang peminat muzik tanahair… so, kalo ader komen yang menyinggung korang.. aku minta maaf awal2 ek…..
chow…
