wassup guys.. skrg nih heboh melalui email pasal kritikan terhadap pemergian Dr Sheikh Muzaphar ke ISS hanyalah perkara yang merugikan negara… cuma tempelan.. pergi melancong.. tak cukup dgn itu, isu perkauman turut dibangkitkan.. personally, saya rasa pandangan2 ini hanyalah dilontarkan oleh mereka yang tidak sedar erti perjuangan bangsa dan juga tidak mengetahui apa erti cintakan negara..
mengapa isu2 sedemikian timbul? manusia zaman skrg memang penuh dgn ‘PHD’… apa yang menyedihkan.. kutukan2 tersebut dilakukan oleh rakyat malaysia sendiri..
kalaulah benar Dr. Sheikh Muzaphar hanyalah tempelan atau pelancong, kenapa media antarabangsa membuat liputan yang luas?? sedangkan, sebelum2 nih tak pernah plak yang jadik pelancong ke angkasa masuk media antarabangsa.. rasanya, mereka tidak membaca tentang timbal balik yang dilakukan oleh Malaysia dengan Rusia atas pembelian Sukhoi sebanyak 18 buah.. hal itu pun sepatutnya kita perlu berbangga..
buat Dr. Sheikh, saya berbangga kerana anda merupakan rakyat Malaysia yang cukup berani dan sanggup menggalas tanggungjawab demi negara tercinta.. Syabas!!!!
